Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk U 2010

Baru – Semakan e-Rayuan Fasa 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau UPU untuk tahun 2010 (sesi 2010/2011) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari, 1 Mei 2010.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA (UPU) Sesi 2010/2011

  1. Menghubungi talian Helpline Kementerian Pengajian Tinggi di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
  2. Semakan secara online (dalam talian) boleh dibuat dengan melayari laman web UPU MOHE, UTM atau UUM.
  3. Semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu UM, UPM, UTM, UIAM, UPSI, UiTM, Unimas, UTHM, UMT, USIM, UTEM, UMP, UNIMAP, UDM, UPNM

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU)

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

beliamuda: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

Untuk info terkini berkaitan UPU, biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

165 responses to “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010”

  1. must92 Avatar
    must92

    apa itu asasi kejuruteraan dan sains komputer??

    1. beliamuda Avatar

      @must92, asasi kejuruteraan ni akan belajar perkara2 asas dalam kejuruteraan seperti fizik dan kimia. lepas tu ada lagi subjek2 yang dikembangkan daripada asas ni.

      Sains komputer tu kurang pasti.

  2. ernie Avatar
    ernie

    sy dapat uitm. asasi sains. tapi cmner nak tau uitm yg mana satu ek??

    1. ieqa Avatar
      ieqa

      @ernie, asasi sains uitm kt kmpus puncak alam. nk tau lbh lnjut taip je pusat asasi uitm..

      1. ernie Avatar
        ernie

        @ieqa, Thanks! 23may register. awal nye.

    2. Aqasyah Avatar
      Aqasyah

      @ernie, eh sy pun dpt uitm asasi sc.. kampus kat puncak alam n kampus nie bsar 3 kali ganda dpda kampus shah alam n it’s really nice.. see u soon there! hehe… 🙂

  3. ayie Avatar
    ayie

    xdpt upu, xdpt mktb… skrg tggl poli jerrr :(((((((((((

    1. nila Avatar

      @ayie, aduy sandi oo..skewa abez…xdpt upu..huhuhuuu

  4. catt Avatar

    Boleh tak nak tukar course kt UTM ?
    .-= catt´s last blog ..Semak Keputusan UPU 2010 =-.

  5. chanz Avatar

    Anyone got Dietetics course??? Hehe
    .-= chanz´s last blog ..Berjaya Menghabiskan Buku "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" =-.

    1. crystal Avatar
      crystal

      @chanz, ade ke course dietetik???

      1. chanz Avatar

        @crystal,

        And we welcome everyone to take this course~
        .-= chanz´s last blog ..Aku Seorang Collector =-.

      2. chanz Avatar

        @crystal,
        Yeah. It exists. It is offered by various IPTA/IPTS. USM. UKM. UPM. UIAM.
        Just google it okay.

        You may go check my blog or my colleagues

        http://halalanthoyyibah.blogspot.com/2010/04/dietetik-tu-ape.html
        .-= chanz´s last blog ..Aku Seorang Collector =-.

        1. crystal Avatar
          crystal

          @chanz, maksud sy,, diploma ade ke?? sy jmpe kos teknologi makanan, pengurusan perkhidmatan makanan, seni kulinari… tu je r… kos diploma dietetik x pnah jpe pn…huhuhu

        2. crystal Avatar
          crystal

          @chanz, lg 1 nk tnye,, kalau lpsn diploma pengurusan perkhidmatan makanan tu still ade chance nk ambk ijazah dietetik x??? pls help i really wanted to be a dietitian!!!!

  6. mijie Avatar

    adik ipar saya dapat uia untuk kursus asas bahasa inggeris

  7. miafikmaa Avatar
    miafikmaa

    askm saya ucpkan .. hmm .. saya xdapatla upu .. 🙁 .. saya ade dapat tawarn drpd unikop,diploma sains .. 😀 .. unikop tue macam mane ye ..

  8. syiqen Avatar

    sy mahu tny , sekiranya saya menolak tawaran upu dan menunggu tawaran matrikulasi bg pdt adkh sy layak ? tapi sebelum ini sy tlh d britahu bhawa sy tdak lyk memohon mna2 kursus d matrikulasi .

    1. beliamuda Avatar

      @syiqen, kalau tak layak memohon mana2 kursus matrik, payah la nak dapat matrik tu.

    2. mun Avatar
      mun

      @syiqen, sy lepasan bekas plajar pdt kolej matrikulasi pahang. Slalunyer, result PST n PDT xjauh beza.. Dlm bp ari da bley tau.. Klu x dpt, kmungkinan bsr x dpt la.. Better awk g UPU dlu, then klu dpt, ley la pk kan nk trus di IPTA or matrik..

  9. eira Avatar

    dpt kos yg rase nye ssah la nk mintak keje nnti kat uitm…mcm mne nie …rasenye mcm x nk jew g uitm tue

  10. me Avatar
    me

    salam..beliamuda.
    sedihnya..matriks sy tak dpt, upu pon tak dpt..result sy 9a..
    sy takde mohon salain 2 tu..mcmane ye? brape percent peluang sy untuk rayuan ni? nanti jadi 2nd intake la kan? so kene catch up ape yg dah tertinggal or akan start dari awal?

    1. Sya Avatar
      Sya

      @me, awak dpt 9A tp xdpt matriks ngan upu? sy pun dpt 9A tp sy dpt dua-dua twaran… baik awak call unit pengambilan plajar upu…

      1. nila Avatar

        @Sya, yup..
        btl tuu..not fair ooo hmpir suma skola dapat result y bek spm ..student pown rmai y llus cemerlang..p pluang ipta suma dpt dukacita..!!!x best la cm g ney…:(

    2. beliamuda Avatar

      @me, kalau dapat 2nd intake, takde la jauh sangat. rasanya keputusan rayuan tu cepat je tau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge