Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk U 2010

Baru – Semakan e-Rayuan Fasa 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau UPU untuk tahun 2010 (sesi 2010/2011) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari, 1 Mei 2010.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA (UPU) Sesi 2010/2011

  1. Menghubungi talian Helpline Kementerian Pengajian Tinggi di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
  2. Semakan secara online (dalam talian) boleh dibuat dengan melayari laman web UPU MOHE, UTM atau UUM.
  3. Semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu UM, UPM, UTM, UIAM, UPSI, UiTM, Unimas, UTHM, UMT, USIM, UTEM, UMP, UNIMAP, UDM, UPNM

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU)

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

beliamuda: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

Untuk info terkini berkaitan UPU, biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

165 responses to “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010”

  1. nyet_comell Avatar
    nyet_comell

    hurmmm…nak tnye laa..apa itu diploma pengajian perniagaan…..org kata corse tu xbgs…btl k???????

    1. ikin Avatar

      @nyet_comell, itu orang kata.. saya degree in business sekarang. dan biasanya kawan-kawan saya yang lepasan diploma business dapat good pointer. belum cuba belum tau-jangan dengar orang kata je..diorang tak tau sebab diorang sendiri tak ambil bidang tu..remember, 90% sumber rezeki datang dari business..
      .-= ikin´s last blog ..gangguan semasa exam =-.

  2. must92 Avatar
    must92

    tumpang tanya,saya minat medic..saya dapt matriks,tp upu saya dapat asasi kjuruteraan dan sains kopmuter,uia. saya tak tau nak pilih mana..jd saya nak tau:kat matriks ada ad math tak??blaja apa kt matriks?? bnyak org cakp matriks though?? kalo kat upu plak blaja apa?? harap ada yg bole jawab soalan saya sbb matriks dah nak dkat..,10 mei ni..kalo p medic ada harapan lg nak buat medic.

    1. Aqasyah Avatar
      Aqasyah

      @must92, blaja kat ctu kne struggle gle utk dpt pointer tggi.. add maths mmg ade… subjk matriks cam spm gak cme lbih susah ckit… dptkan 4 pointr msti dpt further ur studies in medic…

      1. must92 Avatar
        must92

        @Aqasyah, terima kasih.pendapat anda sgt saya hargai.

    2. ikin Avatar

      @must92, better masuk matrik. jangan lupa solat sunat istikharah. good luck!
      “boleh jadi kamu tak menyukai sesuatu sedangkan ia baik bagimu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu.”-Al-Baqarah.
      .-= ikin´s last blog ..gangguan semasa exam =-.

      1. must92 Avatar
        must92

        @ikin, thanks..=)

    3. mun Avatar
      mun

      @must92, salam.. Sy lepasan Kolej matrikulasi Pahang tahun 2009.. Dan skrang sy da bis first year in medik.. Kat matrik ade dua aliran. Sains hayat n Sains Fizikal. Sume ader 3 subjek. KIMIA, MATH n BIOLOGI(sains hayat) FiZIK (sains fizikal).. Mmg kne struggle duk matrik. Tp klu berusaha mmg best giler duk matrik..hehe..

      Saya epy sbb adik nie btol2 minat nk jd doktor.. Tp pk btol2 dlu eh.. Jgn jd cam sy..

      1. must92 Avatar
        must92

        @mun, ok..bole tak kongsi??bg nasihat??sbb saya dah buat kputusan utk amek matriks..ptg ni dah nak bertolak..saya sanggup korbankan tawaran biasiswa yg sya dapat semata2 nk jd doktor..minta nasihat??

        1. mun Avatar
          mun

          @must92, Seyes mmg best duk matrik.. Tp kne struggle sket laa.. Memandangkan awk nie bersemangat, sy ase xde masalah awk nk survive kat sane…
          Emm…kat sane t ader 2 ujian n 2 exm… exm pling pntg.. Try uat yg terbaek k.. IF u hav any problem, juz email me.. farmoon_90@yahoo.com
          gudluck…salam…

  3. lysa Avatar
    lysa

    salam…
    sape tawu cne nk wat rayuan utk kos yg kte nk kt upu tu ea?
    plizzzzzzzzzzzz…
    ni no fon sy..
    0176677421
    sape yg tawu pliz kontek o msg…

    1. im Avatar
      im

      @lysa, x tawula……….
      korunk tlgla ye…….

    2. Ct Avatar
      Ct

      @lysa, bukak la laman web upu.. then tkan rayuan…

      1. Ct Avatar
        Ct

        @lysa, lbh awak cpt tggal 13 hari je utk memohon rayuan… sy da bukak upu sng je nak buat rayuan.. i wish u all the best… hrap dpt membantu… gud luck… 🙂

  4. dp92 Avatar
    dp92

    nape surat twrn die xleh nak bukak a? hri ni dh 3 mei dah..

    1. Bella Avatar
      Bella

      @dp92, tak blh bukak?? awak tkan la upu then semak kputusan.. lps tu isi no i/c… next akan kluar ‘tahniah!’ anda dpt twaran di bla bla… tkan la lman web yg diberi tu… bru jmpe surat twaran.. sy buat cmtu la..

  5. ayumi Avatar
    ayumi

    cvil eng cmne…???

  6. farah Avatar
    farah

    macam mane nak dapatkan surat tawaran??
    x dapat pun….

  7. farah Avatar
    farah

    macam mane nak buat pengesahan penerimaan tawaran??

  8. popeye Avatar
    popeye

    aaa, nak tanya cket. kalo saya x apply pon utk masuk upu awal tahun ni, saya ada peluang lg x na masuk upu? macam mna yer? sy nak apply utk 2nd intake pon jadi la.

    1. beliamuda Avatar

      @popeye, kalau tak apply, tak boleh masuk la. lagipun, banyak permohonan yang telah ditolak sebab tidak layak. Jika ada apa-apa masalah, boleh hubungi pihak berkaitan dengan segera.

  9. sam Avatar
    sam

    SPM saya 6A3B1C ,B bio ,kimia and add math dan C EST.saya mintak dip sains kesihatan dlm upu tp x dpt.Saya buat rayuan dlm kos yg sama.Adakah peluang saya nk dpt cerah?

    1. sam Avatar
      sam

      silap, kimia A2 add math B3

    2. beliamuda Avatar

      @sam, susah jugak nak cakap. biasanya course2 kesihatan ni nak standard yang tinggi.

    3. mun Avatar
      mun

      @sam, sy dpt 5A je SPM tp dpt medik.. sbb mse kat matrik, sy struggle btol2…. 🙂

  10. crystal Avatar
    crystal

    salam nak tnye ni kalo diploma di uitm boleh tinggal di kolej kediaman sampai sem berape? jawab please! sy nk wat kputusan dh ni….. tarikh nye dh kritikal amat!

    1. beliamuda Avatar

      @crystal, pasal ni, saya mohon pelaajr UITM untuk menjawab. saya sendiri tidak tahu…

    2. abcendolspecial Avatar
      abcendolspecial

      @crystal, untuk student diploma boleh tnggal sampai habis sem. asalkan result bagus. kalo tak silap cgpa mesti atas 2.50. tapi ada gak member2 sy yang pointer 3 lebih tp tak dpt. mungkin sebab ada masalah tatatertib, langgar peraturan atau saingan terlalu kuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge