Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk U 2010

Baru – Semakan e-Rayuan Fasa 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau UPU untuk tahun 2010 (sesi 2010/2011) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari, 1 Mei 2010.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA (UPU) Sesi 2010/2011

  1. Menghubungi talian Helpline Kementerian Pengajian Tinggi di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
  2. Semakan secara online (dalam talian) boleh dibuat dengan melayari laman web UPU MOHE, UTM atau UUM.
  3. Semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu UM, UPM, UTM, UIAM, UPSI, UiTM, Unimas, UTHM, UMT, USIM, UTEM, UMP, UNIMAP, UDM, UPNM

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU)

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

beliamuda: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

Untuk info terkini berkaitan UPU, biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

165 responses to “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010”

  1. syahirul Avatar

    yey dpt uitm.. hehee
    .-= syahirul´s last blog ..Jom conteng gambar jadi webicon =-.

  2. izz Avatar

    klo kote nk tuka course cmne ek??
    .-= izz´s last blog ..koc khas untuk wanita =-.

    1. babywhite Avatar
      babywhite

      @izz, accept je klu awk dpt u ape2..
      nty klu na tuka , kt sne ley tuka

  3. MeowMeow Avatar

    @syahirul, aik?bkn ke 12tgh hr es0k bru dpt taw?awk tgk lmnweb asing mne ni?leh sy j0in?

    1. syahirul Avatar

      haha takde la, saje wat lawak.. dah lama abes blaja kat UITM la.. hehehe

      1. danisha Avatar
        danisha

        @syahirul,
        bes x study kat UiTM?sy dpt asasi law 1 1/2 thn kat c2….tp x tahu
        lg la UiTM kat mane…Awk ada ape2 mklmt x psl kos n?Plizzzzzzzzz,
        really need help from UiTM students sbb sy btl2 clueless n.Mcm sbjk
        apa yg akan diajar semasa asasi 6t.surronding UiTM mcm mana plk?Please
        answer me a.s.a.p…………….tq

        1. syahirul Avatar

          best sgt.. dulu dpt uitm permatang pauh, pulau pinang.. superb kampus baru tahun 2003.. hehe.. law nya kos tak taw ape2 la since saya ni dak engineering.. ape kata u pegi kat fazreen.com.. dia dak uitm shah alam 😛 leh tanya dia 😛

  4. sue Avatar
    sue

    cam ne awk taw dpt uitm………

  5. hazwan Avatar

    ouh..
    adik aku dpt ke x upu ni..
    hurmm
    .-= hazwan´s last blog ..Awek Tudung Melampau =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, dapat dop?

  6. nyet_comell Avatar
    nyet_comell

    salam…sy dapt dua tawaran..matrik dan diploma di uitm……sy nk tnye..blh x klu sy g matrik dulu,then baru g uitm????hope members kt sini blh tlg

    1. ikin Avatar

      @nyet_comell, boleh aje.. istikharah banyak2.. good luck.
      .-= ikin´s last blog ..harini, kita belajar subjek cinta =-.

    2. beliamuda Avatar

      @nyet_comell, boleh je…

  7. din Avatar

    nak wat dgree mdh g mtrk..klu dip dlm engnrng nk amik degree amat ssh kecuali anda dip di u yang top..tp klu g mtrk sile struggle lbh klu x baik amik dip je..

  8. imran Avatar

    Tahniah pada yang berjaya. Tuan punya blog ni dapat mana eh? 😀
    .-= imran´s last blog ..Cara memasukkan ayat Quran ke dalam Microsoft Power Point =-.

    1. beliamuda Avatar

      @imran, eh, dah lama dah masuk u.. 🙂

  9. ikin Avatar

    sape dapat UUM angkat tangan!! heheh~ jom masuk UUM!
    .-= ikin´s last blog ..harini, kita belajar subjek cinta =-.

  10. mun Avatar
    mun

    salam….klu gne result matrik untuk kali kdua ke ipta bley x??? sbb skrang sy ngah study kat IPTS degree in medic…tp xley catch up la.. hope sumone can help me….

    1. beliamuda Avatar

      @mun, apa maksud result matrik kali kedua tu?

      1. mun Avatar
        mun

        @beliamuda, sy lepasan matrikulasi tahun 2009.. Tahun lpas, saya da gunakan result matrik utk memohon IPTA n IPTS. Skrang sy da abis first year kat IPTS..tp sy nk stop n nk mohon IPTA balik.. bley ke mohon ag skali???

        1. beliamuda Avatar

          @mun, kalau pasal ni, saya kurang pasti. Lagipun, permohonan kemasukan ke IPTA pun dah tahu keputusan.

          1. mun Avatar
            mun

            @beliamuda, its ok.. anyway thanx eh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge