Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 mulai 16 April 2010.

Keputusan kemasukan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Cara Semakan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 boleh disemak dengan tiga cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
    3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja

Pendaftaran

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
  • Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.

Rayuan

  • Pelajar yang layak dan membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 bagi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara dalam talian.
  • Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.

Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan dan merujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011.

Comments

150 responses to “Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011”

  1. izwan Avatar
    izwan

    kat bawah surat tawaran matrik tu ada menyatakan TERIMA TAWARAN dan TOLAK TAWARAN..kalau saya terima tawaran matrik ni dan hantar,adakah permohonan upu saya tidak akan diproses??

    1. ikin Avatar

      @izwan, proses je..kawan2 saya dulu ramai yang masuk matrik kemudian keluar bila dpat universiti.. ada rezeki dapatla tu~
      .-= ikin´s last blog ..update pantas sebelum tidur-esok exam! =-.

  2. no--nur Avatar
    no–nur

    saya dapat matrik kulim…tapi saya pelik la…apa beza kolej matrikulasi dgn kolej mara ek??

    1. cookie Avatar
      cookie

      @no–nur, kolej mara mknn dsediakn tp elaun kurg kalau kolej matrikulasi kne bli mknn sndri tp elaun lbh skit 🙂

      1. no--nur Avatar
        no–nur

        @cookie,
        owh…yeker???bukan terbalik ek…
        saya ingat matrikulasi ni untuk orang yg dapat result besh jew…
        saya nak pg km pulau pinang tp dapat tempat lain plak..
        terima kasih encik/cik cookie

    2. faiz Avatar
      faiz

      @no–nur, sy dpt sme jugak.leh add fb sy klu de

      faiz_appjb@yahoo.com
      nti leh mmber dlu sbelom pegi sne.sy dah jumpe 2 org

      1. no--nur Avatar
        no–nur

        @faiz,
        alamk…
        ok nati saya add yer…

  3. pipu Avatar
    pipu

    yahoo..aku dapat matrik perak dekat dengan rumah….bagi yang dapat jugak 2 congerate…..

  4. wany@me Avatar

    huhh…npe xley nk check mtriks nyh…x sempat nk cetak. ..xper ka????help me!!!

  5. mc Avatar

    akunyer lak tawaran ditolak…kene wat rayuan lak tuh…adoyai~~ syarat da cukup tapi pelik giler
    .-= mc´s last blog ..[Picture] University Of Pondan! Who want to Apply? =-.

  6. blinkky Avatar

    Dah keluar rupanya… Yang dapat tu, belajar betul-betul =)
    .-= blinkky´s last blog ..Create Your The Simpsons Character =-.

  7. imiey Avatar
    imiey

    nk tnye…kn sbl0m ctAk srat twrn t0wh ye sw0h jwb trima 0r x….
    kne plih mse 2 kew…???
    0r 6t ye anta srat twrn…????
    0r kite sahkn kite trime dlu bru ye anta srat twrn…???
    emm,mmg k0npem k law kitew sahkn trime,twrn upu kite xkn t’jjas…????

    1. beliamuda Avatar

      @imiey, mungkin.

  8. iwan Avatar
    iwan

    beliamuda..bleh tlg bgi nasihat ttg rayuan utk ke matrikulasi? masih hairan la dgn proses rayuan nie.

    1. iema Avatar
      iema

      @iwan, samalah kita iwan, xphmla ttg cmne nk wat rayuan ni..
      mcm xley je..

    2. beliamuda Avatar

      @iwan, rayuan tu terus lepas semak keputusan kan?

  9. […] Hari ini adalah pengumuman keputusan kemasukan ke matrik, maka saya menghasilkan entri berkaitan dengannya yang menjadikan trafik hari ini melebihi dua kali […]

  10. jinie Avatar
    jinie

    kt dpt dpt kursus ap ek??
    dy tulis kt ctu just sains…
    sains kn ad 2…
    klu org dpt matrik dulu troz dy ckp dpt krsus ap…
    cam pelik jew nk kme smbong blaja nh..
    heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge