Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 mulai 16 April 2010.

Keputusan kemasukan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Cara Semakan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 boleh disemak dengan tiga cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
    3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja

Pendaftaran

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
  • Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.

Rayuan

  • Pelajar yang layak dan membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 bagi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara dalam talian.
  • Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.

Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan dan merujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011.

Comments

150 responses to “Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011”

  1. nina Avatar

    salam..nk tny ble kta bleh tau keputusan program matrikulasi dua tahun?

  2. vyna Avatar

    slm….i tgh runsg nie…i x dpt msuk matrks la…mybe bcoz kimia sye juz dpt d kot…erm..lyk ke sy msk mtrks dgn rayuan??????pls gv me a rply…

  3. muqsit Avatar
    muqsit

    haha,,aku dpt matrik penang,,akaun,,ok ak kat cana??blaja akaun kat matrik ssh ke

  4. penaberkala Avatar

    sape2 dapat matrix pahang? hak3
    .-= penaberkala´s last blog ..3 IDIOTS =-.

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, saya tak~

  5. musedora Avatar
    musedora

    yeehh..matrix labuan here i come!!

  6. nurul Avatar
    nurul

    sy nk mtrik…
    tp tk dpt..
    saper leh tlong..??

  7. zira Avatar

    alhamdulialh dpt km johor..
    tapi dekat sgt..sy nak g penang..
    sy xde pun wat plihan johor!!nape dpt johor plk..
    dy xtgk ke plhn ktorg,,bek xyh wat plihan ary tu..

  8. wan Avatar
    wan

    ada org kata kalau terima matriks ni,ipta x kan tawarkan pada kite`da…..btol ker???

    1. redfarid Avatar
      redfarid

      @wan,

      x semestinye..sbb skunk kan ade double offer…

      1. wan Avatar
        wan

        @redfarid, terima kasih..

  9. amiza Avatar
    amiza

    salam,
    sy tlh ditawarkan ke kolej matrikulasi labuan..
    tp family sy nak berpindah ke johor, blh ke kalau saya nak mohon tukar ke kolej matrikulasi johor?
    bg memudahkan tanggungan parents sy..
    tq

    1. beliamuda Avatar

      @amiza, itu kena rujuk pihak berkenaan.

  10. are-mal Avatar

    saya nk tnya la…ape mcmne dgn bidang pengajian di matrix ye…
    ye lar saya tgk kt surat twrn melalui kmputer hnya melampirkan jurusan sains..

    confusing…??
    .-= are-mal´s last blog ..kemusykilan da… =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge