Salam sejahtera buat semua.
Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 mulai 16 April 2010.
Keputusan kemasukan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).
Cara Semakan
-
Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 boleh disemak dengan tiga cara;
-
Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
-
Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
-
Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja
-
Pendaftaran
-
Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
-
Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
Rayuan
-
Pelajar yang layak dan membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 bagi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara dalam talian.
-
Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.
Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan dan merujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011.
nervous la nak check matrik ni.. tkut xdpat je ni..tkut2
teringt time2 dpt result msk mtrik dlu..bkn main hepy..hehe
huhu…dapat johor .. cam x caye jee..
macam mane nak mohon pertukaran tukar kursus matrikulasi yang layak dirayu….tq
erm..saya dapat matriks perlis..
memang dari dulu saya memang tak minat matriks,tapi dapat pulak..
dalam dilema nak g ke tak…
@fify, abs 2 mnat nk msuk mne????
kalu minat subjek sains n math blhla nk struggle utk mtrk….
fikirla leklok
@tina, minat jadi cikgu bi..
ade mintak asasi bi..
tapi tak taw result lagi..
sape dapat perlis kat cni??
kalau dapat Kedah boleh tukar balik ke Johor tak??
assalamu”alaikum….hye n tahniah bg ssape y dpt k matrik,..n smoga study lok2..chayok!!!
salam. sy dpt matrik gambg, sains.. alhmdulillah. ape yg mrisaukn ialah spm sy,, sbjek bio, admet, kmia just dpt c/c+ je.. fzk b… lps tu after spm x study so skrg dh hmpr2 lupe la smue tu ape yg blaja tym spm dlu… bley ke sy srvive nnt??? ~huhuuu….T_T
x kan laa… yg dpt 8a 2b+ pun x dpt mtrik kot.. buat la rayuan..
aku dapat 9a 1b… b bi lak 2.. dpt gak mtrik kedah..
cek blik laa… ada silap laa 2..
wahah…dah pun habis belajar…tinggal nak sambung dgree lak…result UPU lmbt la pulak…..takut2
.-= Meow´s last blog ..Bandwidth Dah Nak Habis!Tolong!! =-.