beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 403 entri

Salam sejahtera buat semua.

Terkini  – Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

Tarikh untuk semakan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 akan mula dibuka mulai 8 Februari sehingga 19 Februari.

Semakan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan program matrikulasi sama ada dengan mengisi borang OMR atau melalui Internet.

Menurut Kementerian Pelajaran, dengan semakan ini pelajar akan boleh membuat semakan untuk pilihan kolej dan pembetulan bagi alamat, nombor telefon serta e-mel. Selain daripada itu, tiada pembetulan lain yang boleh dilakukan. Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran untuk membuat pindaan (tiada masalah jika terlupa nombor pin yang dibeli sebelum ini).

Segala semakan, pembetulan dan pindaan boleh dilakukan dengan melayari laman web, www.moe.gov.my dan terus ke pautan prauniversiti dan seterusnya ke Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011 (pautan akan diberikan dalam entri seterusnya apabila ianya dibuka).

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja sahaja).


03

February
2010
Masa: 7:00

13 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. sape dapat matrik johor, angkat tangan!!
    ikin´s last blog ..kenapa saya sepohon kayu mati? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, haha. mana kuar result lagi. ape da…

    [Reply]

    ikin Reply:

    @beliamuda, biar aa :p
    ikin´s last blog ..my feveret things list My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. ernie

    nape tak dapat cek eh?? dapat buat kemas kini je.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ernie, nak cek macam mana sebab keputusan SPM tak kuat lagi.

    [Reply]

    ernie Reply:

    @beliamuda, laaa. abeh tu nape borneo post cakap
    result matriks kua 8 feb?? haiiiiiiihhhh

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ernie, mana de. Itu mesti tipu punya.

    [Reply]

  3. dilla

    jomla msuk mtrx perlis…mmg tip-top la dye pnye facilities compare to matrix lain…seriusly i ckp.i ex-kmp..klu mtrx melaka,n9,agak lama ckit r fcilities dye…tp bljr kt mne2 pum sme je…sylibus sme jer….

    [Reply]

  4. hai beliamuda…wassap bro…knp tk dpat check matrix ooooo?????????????

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ADY, nak cek? mmg la tak leh cek lagi, sebab result SPM pun tak kuar gi. lepas result baru leh cek. ke nak buat pembetulan ni?

    [Reply]

  5. mashi

    beliamuda…mcm mane kalau sy x buat semakan permohonan ke matrikulasi……..adakah borang sy akn di proses..??

    [Reply]

  6. eton

    beliamude,
    macammane kalau kite cube nak kemskini permohonan tu,
    tapi, bile nak antaq, die blur..
    kirenye the kemaskini tu fail la..
    adakah saye punye permohnan yang asal tu masih wujud lagi??

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @eton, untuk masalah macam ni, better contact dengan KPM. sebab ada masalah sistem keciciran..

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 | beliamuda {dot} com 08 02 10

Komen anda

CommentLuv diaktifkan