Salam sejahtera buat semua.
Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 mulai 16 April 2010.
Keputusan kemasukan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).
Cara Semakan
-
Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 boleh disemak dengan tiga cara;
-
Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
-
Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
-
Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja
-
Pendaftaran
-
Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
-
Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
Rayuan
-
Pelajar yang layak dan membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 bagi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara dalam talian.
-
Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.
Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan dan merujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011.
mcm na nk wat rayuan matrix???
hahaha..dapat kat kmns..jadi den jadi orang nogori la jwbnye..hahaha….kepada rakan2 disana jumpew kamu disana..hahahaha..
salam…
kpd sape2 yang dpt mtrik 2 tahniah….. stdy hard ye…
mslh sy skrg ialah sy dicadangkan hanya layak ambil PERAKAUNAN kat matrik. jad nak tanya bole tak sy buat rayuan dulu, lepas tu kalo tak dapat lg baru sy mohon untuk perakaunan boleh? tolong rply k.. thankx very much..
@ling yan, macam mana nak mohon lagi untuk perakaunan kalau tak dapat? saya tak faham dengan maksud ni…
askum… arhhhhh help meeee
result cume 4a6b aliran sains..jd sy x taw sy lyak rayu ape.. n akaun sy A… tp x suke…..
mslh skrg nie, mse pmohonan matrik sy x mohon..
dan sy nk wat rayuan.. bole ke???
then sy dgar spe da rayu matrik x ley rayu ipta…
betul ke nie???? huhuhuhuhu tlg bantu sy cepat da nk tamat tareh nieeee
@pinkycoklet92, saya tak pasti jika anda tidak memohon, anda boleh membuat rayuan. anda perlu segera menghubungi pihak berkenaan.
salam admin…
admin ada idea x macammana nak tulis karangan mengenai perihal diri,kerjaya dan perancangan pengajian???
sape2 yang dapat matrik tu yang ada idea boleh kongsi x???
tlg saya,saya nak tahu adakah saya boleh memohon untuk memasuki matriks sains 1 tahun syarat saya layak hanya kimia saya dpt d….boleh mohon rayuan tak???
camne nk tlis karangan perihal dri,prancangan pngajian n krjaya..???
da sesape yg bley tlong sya..??
@fatim, biasanya esei ni nak tgk macam mana perancangan awak dan pengetahuan terhadap bidang tu. buat research sikit dan tulis apa yang rancang tu…
Tumpang tanya, saya telah ditawarkan di kolej matrikulasi selangor,tetapi saya masih belum dapat surat tawaran.Saya memastikan alamat saya betul,dan saya cuba telefon kolej tersebut,tetapi tiada orang angkat.Apa perlu saya buat?Jika saya memang tak dapat surat tawaran,boleh ke saya terus mendaftarkan diri pada tarikh pendaftaran tersebut?
@Yee Hang, cuba call lagi pihak matrik ataupun pihak kementerian bahagian matrik.
nak tanye,
penempatan pelajar-pelajar di kolej matrikulasi mengikut alamat pelajar ke?
@Azfarnds, maksud pertanyaan ni? adakah penempatan lokasi matrik atau apa?
@beliamuda, maksud saya klu pelajar tu duduk selangor(alamat di selangor), peratusnye tinggi ke nak dpt masuk matrikulasi di selangor?
@Azfarnds, pasal tu, saya tak pasti.