Salam sejahtera buat semua.

Akhirnya, novel Cinta Sufi hasil karya RAM telah berada dalam genggaman saya. Terima kasih kepada Rufi yang sanggup bersusah payah membeli buku ini di PBAKL semalam. Dengarnya, sampai sakit bahu memborong buku yang dikirim oleh rakan-rakan. 🙂

Novel Denyut Kasih Medik (kepunyaan rumet) yang ditulis oleh suami Fatimah Syarha, novelis novel Islami dan novel Cinta Sufi oleh RAM.
Berikut adalah petikan ringkasan atau sinopsis yang ditulis di bahagian belakang novel Cinta Sufi.
—
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
—

Bagi mereka yang mempunyai akaun Goodreads, anda boleh menambah novel Cinta Sufi ke dalam senarai buku anda. Saya telah memasukkan daftar novel ini pagi tadi.
Sedikit petikan mengenai novel seterusnya oleh RAM yang bertajuk Rayyan Fantasi.
Rayyan Fantasi ini nanti mengisahkan mengenai cerita tentang seorang lelaki yang menghidap kanser. Diramalkan hidup hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja. Impian terakhirnya adalah mendaki Gunung Kinabalu. Namun lelaki itu hilang semasa pendakian. Selepas lima tahun, lelaki itu muncul semula dari tempat dia dilaporkan hilang.
beliamuda: Tak sempat lagi memulakan pembacaan novel Cinta Sufi. Rumet dah sampai separuh jalan buku Denyut Kasih Medik. Huhu~
argh!!! belum sempat keluar g beli!!!
.-= mokteh´s last blog ..I’m A Loner? Jalani Hidup dengan Gembira =-.
wa… nak jugak…
@cidimidi, nnt akan diedar di pasaran. tak lama lagi….
Salam, saya baru je hbs baca Cinta Sufi mlm td… 😉 memang best…. walapun chapter terakhir tu mcm mengkonfiuskan skit…
.-= ct_cucubi´s last blog ..The Kite Runner ~ cont =-.
nape kt shah alam susah nk jumpe novel cinta sufi…
@nana, tak cari di kedai buku Popular atau MPH?
salam,
nak tanya,
novel rayyan fantasi dah ada kat pasaran ke?
.-= arissa´s last blog ..Ayu Khamilia – Bab 17 =-.
@arissa, wasalam, takde lagi.
baru jea habis bace cinta sufi.memang best but ending dye sedig.harap ade sambungan.cerita dye macam tergantung.ape terjadi pada laksamana sunan?adakah hidup ataupun mati ? catalina? luna? taghut?dan yang paling pentung sekali haryani
saye da pown bace siri buku bagai kan puteri.puas gi geledah kedai2 buku..sume tak ade novel ny…bengkek nye…
@ika shahirah, cuba dapatkan terus daripada Alaf 21.
@beliamuda, saye tak tau cane.boleh tolong terang kan cane?????
@ika shahirah, yang saya tahu, ada dua cara, sama ada anda hubungi terus pihak Alaf 21 ataupun guna tempahan melaui borang di belakang mana-mana buku Alaf 21 (biasa kena cari dalam penulis yang sama).
x sabar nak cari novel cinta sufi…..ingatkan laksamana sunan dah mati….alih2 hidup ag….bagaikan puteri…..cinta sang ratu…hijab sang pencinta dan sekarang cinta sufi….best…last month cari x de ag….
@Nor Azlinda Che Iberahim, masih belum ada? Sudah lama Cinta Sufi berada di pasaran. Perlu cari segera. Rayyan Fantasi pun dah lama keluar.
kesudahannya mcm masih tergantung…..kenapa????adakah mahu disambung lagi…..kenapa masih tersirat lagi kesudahannya????
@Nor Azlinda Che Iberahim, ya, masih ada sambungan dalam novel selepas novel Rayyan Fantasi keluar. Novel seterusnya akan sambung lagi cerita Cinta Sufi.
Pingback: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 | beliamuda {dot} com