Cover Novel Sunan Musafir

Salam sejahtera buat semua.

Novel Sunan Musafir

Sebelum ini ada saya menulis mengenai novel Sunan Musafir yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid tidak akan sempat menjengah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2012) kerana tidak sempat dicetak. Namun, dalam perkembangan terbaru yang diketahui, peminat RAM akan berkesempatan untuk mendapatkan novel Sunan Musafir pada penghujung PBAKL 2012 nanti.

Continue reading

Novel Sunan Musafir Tidak Akan Dijual Semasa PBAKL 2012!

Salam sejahtera buat semua.

Poster PBAKL 2012

Sebelum ini ada khabar menyatakan bahawa Ramlee Awang Murshid telah menoktahkan novel Sunan Musafir dengan tagline Allah Menciptakan Cinta & Cinta itu Fitrah Manusia’ yang mewujudkan peluang untuk karya tersebut berada di pasaran semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (PBAKL 2012) berlangsung.

Namun, semasa saya berpeluang untuk bersua muka dengan RAM di Berjaya Time Square dalam Temu Mesra, sempat juga saya ajukan soalan berkenaan keberadaan novel Sunan Musafir semasa PBAKL 2012 nanti. Jawapan balas daripada RAM adalah tidak pasti lagi.

Continue reading

Temu Mesra RAM dan Zaer Rihaz di Borders Berjaya Time Square

Salam sejahtera buat semua.

Temu Mesra RAM dan Zaer Rihaz di Borders Berjaya Time Square

Bagi peminat Ramlee Awang Murshid (RAM) yang popular dengan novel thriller, satu program Temu Mesra akan diadakan di Borders Berjaya Time Square pada hari ini iaitu pada pukul 3 hingga 5 petang. Kalau anda memiliki novel terbaru RAM iaitu Fiksyen 302, boleh la bawa bersama untuk ditandatangan oleh RAM.

Saya juga mungkin akan turut berada bersama. Novel Fiksyen 302 pun sudah lama habis baca. Tak sabar rasanya menanti novel Sunan Musafir yang akan menoktahkan siri novel yang memaparkan Laksamana Sunan sebagai watak utama.

Continue reading

Cover Novel Terbaru RAM: Fiksyen 302

Salam sejahtera buat semua.

Cover Fiksyen 302 oleh RAM

Sejak kebekalangan ini, terasa sangat terasing daripada dunia buku dan novel di Malaysia. Mana taknya, asyik bergelumang dengan kesibukan dunia Tahun Akhir yang terisi dengan Projak Tahun Akhir (FYP).

Selepas terbitnya novel terbaru RAM iaitu Sutera Bidadari sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang lalu, saya tidak banyak mengikuti perkembangan semasa berkaitan RAM.

Continue reading

Laman 1 - 512345