Novel Cinta Sufi Kini Dalam Genggaman

Salam sejahtera buat semua.

Novel Cinta Sufi

Akhirnya, novel Cinta Sufi hasil karya RAM telah berada dalam genggaman saya. Terima kasih kepada Rufi yang sanggup bersusah payah membeli buku ini di PBAKL semalam. Dengarnya, sampai sakit bahu memborong buku yang dikirim oleh rakan-rakan. 🙂

Cinta Sufi dan Denyut Kasih Medik

Novel Denyut Kasih Medik (kepunyaan rumet) yang ditulis oleh suami Fatimah Syarha, novelis novel Islami dan novel Cinta Sufi oleh RAM.

Berikut adalah petikan ringkasan atau sinopsis yang ditulis di bahagian belakang novel Cinta Sufi.

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Novel Cinta Sufi RAM

Bagi mereka yang mempunyai akaun Goodreads, anda boleh menambah novel Cinta Sufi ke dalam senarai buku anda. Saya telah memasukkan daftar novel ini pagi tadi.

Sedikit petikan mengenai novel seterusnya oleh RAM yang bertajuk Rayyan Fantasi.

Rayyan Fantasi ini nanti mengisahkan mengenai cerita tentang seorang lelaki yang menghidap kanser. Diramalkan hidup hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja. Impian terakhirnya adalah mendaki Gunung Kinabalu. Namun lelaki itu hilang semasa pendakian. Selepas lima tahun, lelaki itu muncul semula dari tempat dia dilaporkan hilang.

beliamuda: Tak sempat lagi memulakan pembacaan novel Cinta Sufi. Rumet dah sampai separuh jalan buku Denyut Kasih Medik. Huhu~

Comments

34 responses to “Novel Cinta Sufi Kini Dalam Genggaman”

  1. muhammad fakhruddin Avatar

    patutlah cover cinta suci mirip-mirip trilogi bagaikan puteri…
    dalam kelas saya hampir semua orang ‘mabuk’ mengkhatamkan novel =)

  2. afiqaqila Avatar

    orang pon da beli Cinta Sufi! x saba nak baca 🙂
    .-= afiqaqila´s last blog ..Pesta Buku PWTC =-.

  3. duranian Avatar

    smgt gile nipi beli…tahniah la
    .-= duranian´s last blog ..#60 with the 60th post,i hereby declare to join venture with earth hour.. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @duranian, mestilah!

  4. aizuddin Avatar

    semangatnya bro ko baca novel..kalau aku buat perhiasan je..hehe
    .-= aizuddin´s last blog ..Cara Tukar Domain .com Untuk Pengguna Blogspot =-.

  5. eyriqazz Avatar

    dah lama tak dapat sempat habiskan baca novel..yang beli last year pun masih blom baca skitpun lagi…teruskan usaha membaca..
    .-= eyriqazz´s last blog ..Yang Mana Satu, Pilihan Kalbu… =-.

  6. soulmate_syud Avatar

    ramli awang mursyid da best novelist…
    tapi novel islamic indon lagi best
    ayat2 cinta…

  7. denaihati Avatar

    Banyak ilmu yg boleh belajar daripada membaca novel ni.
    .-= denaihati´s last blog ..2010 FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX =-.

  8. Wan Perlis Avatar

    denyut kasih medik akan aku dapatkan.
    fan kak Fatimah Syarha ni
    .-= Wan Perlis´s last blog ..WanPerlis – ini blog baru saya =-.

    1. agiw Avatar
      agiw

      @Wan Perlis, apa jgn

  9. kay Avatar
    kay

    mana korang dapat novel nie? ada sesapa tau tak kt mana leh beli di penang……. really need it

    1. beliamuda Avatar

      @kay, buat masa ni, tak tahu la dah masuk pasaran belum. ni pun dapatkan dari Pesta Buku.

      1. camry Avatar
        camry

        @beliamuda, dah ada kat pasaran.lom sempat beli.baru aje abis baca 9 nyawa.ni tak sabo nak beli nih.

  10. ekin Avatar
    ekin

    nk jugk novel ni…
    dah kwar ke blum eh?

    1. beliamuda Avatar

      @ekin, dah keluar semasa Pesta Buku tempoh hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge