Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011

Salam sejahtera buat semua.

KLIBF 2011

Baru semalam bertanya kepada Faris tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) @ Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2011, sebab seingat saya KLIBF 2010 diadakan sekitar bulan Mac. Masa tu saya ada mengirimkan novel Cinta Sufi kepada seorang rakan.

PBAKL 2011 akan dianjurkan pada 22 April – 1 Mei 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”. PBAKL 2011 akan beroperasi daripada pukul 10 pagi sehingga 9 malam, setiap hari berbeza daripada PBAKL 2009.

 

 

Penganjuran KLIBF 2011

PBAKL / KLIBF 2011 dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatu Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Kontraktor Buku Malayasia (PKBM), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia(PPPBBM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Penganjur PBAKL 2011

Saya turut menjangkakan novel seterusnya (selepas Rayyan Fantasi) oleh Ramlee Awang Murshid yang telah pun dihantar manuskrip kepada penerbit iaitu Sutera Bidadari mungkin akan menemui peminat semasa PBAKL 2011.

Bagi ulat buku yang memang tidak akan melepaskan kunjungan ke PBAKL 2011 ni, jangan lupa untuk mula menyimpan duit bagi mendapatkan buku yang diinginkan dan buku-buku yang bakal menyebabkan anda serba salah jika tidak memilikinya di 749 gerai pameran dari dalam dan luar negara.

beliamuda: Untuk lebih lanjut mengenai PBAKL 2011 / KLIBF 2011 boleh rujuk di sini.

13 thoughts on “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011

  1. Pingback: (Cover) Novel Sutera Bidadari oleh RAM | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Tarikh Pelancaran Novel Sutera Bidadari semasa PBAKL 2011 | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: (Promo Poster) Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2011 | beliamuda {dot} com

  4. Pingback: Perjalanan UTP – PBAKL 2011 (Bahagian 1) | beliamuda {dot} com

  5. SALAM. SAYA DAN SELURUH JAWATANKUASA PENGANJUR PBAKL 2011 INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN DI ATAS SOKONGAN TERHADAP PBAKL 2011.

    IKHLAS
    A’AZMI SHAHRI
    PENGARAH
    URUS SETIA TETAP MBKM
    KEM. PELAJARAN

  6. Salam.

    Saya memerlukan sokongan serta kerjasama sesiapa yang ada kaitan dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur khasnya Tuan A’AZMI SHAHRI untuk merealisasikan penerbitan Jelajah Buku : 101 Buku Inspirasi Rakyat.
    Semoga pengunjung dan peminat PBABKL 2012 akan memanfaatkan aktiviti yang dicadangkan. Untuk pengetahuan semua, saya telah hadir di PBABKL2011 sempena pelancaran buku oleh Perpustakaan Negara pada 23 April 2011.

  7. Pingback: Orang Kita | AL-MUHANDISU.COM

  8. Pingback: Orang KitaNota Kembara | Nota Kembara

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge