beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Menjadi Mangsa Keadaan, Apakah Tiada Ruang Penjelasan?

Diposkan oleh yang telah menulis 1110 entri

Salam sejahtera buat semua.

gari polis

Saya tanya di sini, pernahkah anda menjadi mangsa kepada sesuatu keadaan yang tidak menyebelahi diri anda? Suatu keadaan yang anda sebenarnya tidak bersalah, apatah lagi terlibat, namun dijatuhi hukuman tanpa usul bicara.

Lebih memedihkan lagi, ada suatu persepsi yang menjadi pemberat dalam membuat keputusan itu. Persepsi negatif yang selama ini telah cuba untuk dipadamkan, namun nyatanya ia masih berbekas di hati pemberi hukuman.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila anda antara yang pertama dijatuhkan hukuman bersalah dalam hal itu. Kenyataannya, anda lansung tidak terlibat.

Anda sedar anda dijatuhkan hukuman bersalah, namun anda tidak diberikan ruang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Itupun kalau anda sedar dan tahu apakah keadaan yang sebenarnya. Akhirnya, hal sebenar tidak akan pernah diketahui dan anda akhirnya terpaksa makan hati sendirian.

Jadi, apakah jalan penyelesaian terbaik untuk menghadapi keadaan seperti ini?

beliamuda: Dalam keadaan yang saya pernah lalui, saya tidak keseorangan makan hati. Ada lagi dua orang yang turut menjadi mangsa keadaan.

28

March
2010
Masa: 0:00

35 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. selalu sgt dah…
    kadang2 bagi penjelasan pun tak guna
    mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

    amik jalan terbaik diam je. terpaksa pendam huhuu
    .-= zaryl´s last blog ..404 Error Pages, Make It Useful =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @zaryl, aku pun cuba memilih jalan untuk berdiam diri. biar masa yang merawat segala duka ini…

    [Reply]

    muhammad fakhruddin Reply:

    @beliamuda, memang sukar menjadi mangsa keadaan…

    bacalah novel Bidadari Paderi(ops,terpromote novel).Mengisahkan watak utamanya yang sering menjadi mangsa keadaan.
    .-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Renungan:3 Mac Yang Berlalu =-.

    [Reply]

  2. salam,
    pernah juga terjadi…
    selalu saya akan renung balik diri, kenapa terjadi? dan memohon padaNYA supaya yang sebenarnya ternampak jua..
    tapi selalunya bila pandangan negatif sudah di terima, walaupun kenyataan sebenar telah di ketahui tetap memberi pengaruhnya..
    TAWAKAL

    [Reply]

  3. kadang-kadang inilah cara kita ditegur..saya doakan semuanya baik2 saja buat incik belia..
    .-= ikin´s last blog ..PERSAHABATAN =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, amin…

    [Reply]

  4. Selalu kena..
    .-= Wan Pai´s last blog ..Unwell =-.

    [Reply]

  5. ntah..aku pun tak perasan pernah kena ke tak..huhu
    .-= aizuddin´s last blog ..Cara Tukar Domain .com Untuk Pengguna Blogspot =-.

    [Reply]

  6. rilek sudeh…cube try jd jahat sket..haha
    .-= hazwan´s last blog ..Oh Juwita =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hazwan, nak jadi jahat guano.. aku tak buat pape, tetibe jadi mangsa…

    [Reply]

  7. penyelesaian terbaik
    berserah je pada Allah
    maybe kite xnampak tapi semuanya
    qada’ dan qadarNya
    >_<
    .-= duranian´s last blog ..#60 with the 60th post,i hereby declare to join venture with earth hour.. =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @duranian, hmm, cuba untuk berserah dan redha dengan apa yang terjadi…

    [Reply]

  8. Weak Duelist

    Kalau mende yang terjadi tu takde kesan pada kehidupan seharian ko, biarkan je la. Biarkan sampai semua di selesaikan sendiri. Kalau ada kesan barulah fikir

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Weak Duelist, nak kata takde kesan tu, ada la jugak. tapi still dapat kontrol lagi la…

    [Reply]

  9. patut tak update blog, rupanya dlm ‘proses diam’

    jaga diri – ini adalah laluan hidup.
    .-= Kujie´s last blog ..Top Blogger Kantoi Pakai Baju Yang Sama Di Dua Majlis Berbeza =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Kujie, agak sibuk jugak la sekarang ni. kalau ada masa je baru ambil peluang melawat blog orang + update blog sendiri.

    [Reply]

  10. biarkn masa shj yg menentukn, org yg bnar slalunya menang…
    .-= MM´s last blog ..Hikmah =-.

    [Reply]

  11. aku dah selalu sangat jadi mangsa keadaan..
    sekarang ni asyik berhati-hati je kalo nak buat ape2..
    i dont want banana fruit two times..
    .-= Anarm´s last blog ..Edit theme WordPress di localhost =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Anarm, aku pun dah cuba berhati-hati. Tapi sayangnya, perbuatan orang lain, tempiasnya aku yang kena.

    [Reply]

    Anarm Reply:

    @beliamuda:
    sebab tu sekarang ni aku jadi makin susah nak percaye kat sape2 walaupun kawan2..
    dulu aku kerap jugak jadi mangsa keadaan.. sebab kawan2 aku penah masuk ke ‘dalam’,
    penah kene belasah ramai2, kene tuduh subahat, macam2 lagi ahh..
    walaupun aku takde kaitan langsung dalam hal tu..
    memang perit giler jadi mangsa keadaan.. aku anggap tu sume pengalaman je..
    sabar jela bro.. mungkin tu sume bleh mematangkan lagi diri kita..
    .-= Anarm´s last blog ..Edit theme WordPress di localhost =-.

    [Reply]

  12. sabar la bro. aku dulu pun selalu kena macam tu masa kat u. nak lawan pun rasa macam aku pulak yang bodoh. last2 aku biar macam tu je.
    .-= zaiMi´s last blog ..Kempen Boikot Akademi Fantasia 8 Di Facebook =-.

    [Reply]

  13. salam,bro ayie jugak terkian mcm bro menjadi mangsa keadaan dihina dicaci dan dimaki,walhal kita buat sesuatu bukan for personal,for all,tapi majoriti mengalahkan menoriti ayie ambik keputusan menyepi dan memendam rasa jelah,semut didepan x nampak nung gajah diseberang nampak pulak :)

    [Reply]

  14. fight for your right nifi
    .-= kuyam´s last blog ..Macam Avril Lavigne kata "keep holding on!" =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @kuyam, setel!

    [Reply]

  15. cam paham je entri ni
    take time
    .-= penaberkala´s last blog ..VISITOR BERTUAH VISIBLE VOICE EDISI 1 =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @penaberkala, setel!

    [Reply]

  16. awat x cita lebih detail
    macam ISA plak.tahan org tanpa soal jawab
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Anti Earth Hour =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Wan Perlis, takde la sampai kena tahan. dijatuhkan bersalah je. tapi dah di “bebaskan”. :)

    [Reply]

  17. cuba sedaya upaya mencari ruang untuk memberi penjelasan..
    tapi kadang2 diam itu bagus.. tengok pada keadaan..
    .-= menteil´s last blog ..Kasim dan Karipap Nenas =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @menteil, dah memberi penjelesan tempoh hari selepas peluang dibuka oleh pihak berkenaan.

    [Reply]

  18. Pernah juga jadi mangsa keadaan…Tapi nak wat cam ne lagi =)

    [Reply]

  19. memang pernah juga berhadapan situasi macam ni.. jadi mangsa keadaan.. buat kita serba-salah..
    caranya saya settle perkara macam ni, saya tanya semula orang berkenaan apa kesalahan saya yang menyebabkan dia ambil tindakan/buat sesuatu macam tu..
    .-= kulanz´s last blog ..Bila Ayam Berterima Kasih =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @kulanz, akhirnya dah clarify dengan pihak berkenaan. ada salah faham.

    [Reply]

  20. Macam ada sesuatu je nak diluahkan. Memang sekiranya emosi menguasai seseorang, pastinya akan ada yang menjadi mangsa keadaan. huhu

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @imran, hehe. mmg ada pun. sekurang2nya maklumat sampai kepada pihak berkenaan tanpa melukakan.

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv badge