beliamuda {dot} com Kini Berusia Setahun

Salam sejahtera buat semua.

beliamuda

Tema yang digunakan sebelum ni…

Setahun sudah berlalu sejak kali pertama nama beliamuda {dot} com mula muncul di alam internet. 9 Mac 2009 menandakan hari domain blog ini didaftarkan untuk kali pertama dan sudah lengkaplah usia blog ini setahun. Baru setahun jagung.

Kali pertama bertapak di hosting TNN sebelum beralih arah ke Serverfreak awal tahun ini. Domain ini masih lagi di bawah pendaftar (baca: registrar) yang sama. Sepanjang setahun yang lalu, pelbagai perkara telah ditempuhi dalam berblog di platform wordpress self-hosting berbayar.

Daripada masalah dengan hosting yang menyebabkan kehilangan entri, masalah blog tidak dapat diakses, dan pelbagai lagi hal teknikal yang lain. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan masih jauh lagi perjalanan dalam berblog ni.

Hala tuju beliamuda {dot} com

Macam best pulak nak cakap pasal hala tuju blog ni. Sejak bermulanya semester Januari 2010, semakin hari saya semakin kehilangan peluang untuk mengemas kini blog. Hal ini akan berterusan sehinggalah ke tahun hadapan kerana pada semester depan saya akan menjalani Latihan Industri (baca: Internship) yang masih lagi belum dipastikan di manakah tempatnya. ~_~

Pada awalnya, saya banyak menulis mengenai perkara peribadi, tetapi lama-kelamaan entri di blog ini berubah dan menjadi lebih terbuka dan tidak terlalu peribadi (walaupun ada juga yang diselit secara sengaja).

Dalam fikiran saya sekarang ni, sudah ada target tersendiri untuk blog ini, tetapi tiada ruang dan kesempatan untuk pergi lebih jauh buat masa ni. Mungkin saya akan meneruskan apa yang telah dipraktikkan sebelum ini dalam tulisan-tulisan entri saya di masa hadapan.

beliamuda: Ok, setakat ini sahaja buat masa ini. Minggu sebelum bermula mid-sem memang super sibuk. Esok ada test. Entri yang akan menyusul selepas ini adalah statistik blog beliamuda {dot} com.

19 thoughts on “beliamuda {dot} com Kini Berusia Setahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge