Permohonan Biasiswa JPA & MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Bagi Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2010.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.

Maklumat lanjut mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan. Calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 22 sehingga 26 Mac 2010. Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.

Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.jpa.gov.my :

  1. Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 19 Mac 2010
  2. Keputusan panggilan temuduga JPA : 29 Mac 2010

Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 5 hingga 8 April 2010. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk:

  1. Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan; dan
  2. Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Pelajar-pelajar yang memohon tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http:// www.mara.gov.my :

Keputusan panggilan dan maklumat temuduga MARA : 30 Mac 2010

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541 (2 talian). Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8316 4422, 03-8316 4435 dan 03-8316 4055. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3704 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2010@jpa.gov.my.

Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-2691 5111 (sambungan 3620, 3625, 3623, 3629, 3627, 1173, 1166, 1172, 1109, 1131 dan 1142) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http:// www.jpa.gov.my dan laman web http:// www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2010.

Iklan ini dikeluarkan oleh

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM

58 thoughts on “Permohonan Biasiswa JPA & MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Bagi Lepasan SPM 2009

  1. salam…
    sy nk tnye psl permohonan biasiswa..sy bru lepasan diploma di IPTA…mse prmohonan biasiswa di buka, sy tak dpt lg twrn smbung blaja sbb mmg untuk diploma result akn kuwa lmbt…..skrg kputusan twrn blaja da kuar n alhamdulillah sy dapat…di sini sy nk tnye, ade ke x lg tawaran biasiswa dr mne2 syarikat atau company untuk permohonan seperti sy…
    terimakasih..

    • @fatimahalzahra, pasal biasiswa dari company tu, saya tidak tumpu sangat pasal hal tu. kalau nak tunggu biasiswa JPA dalam negara, dalam masa terdekat ni akan diumumkan.

      • @beliamuda, oooo….mcm tue plak..nk tnye lg..kalu lepasan diploma, ble x nk mtk permohonan ke luar negara tuk further study??ke luar ngra juz tuk lepasan spm??

  2. spm 09….
    saya sekarang blaja kat asasi 2010…
    saya dah terima biasiswa jpa untuk blaja kat asasi..(elaun kementerian pon ad kan tapi saya amik jpa)
    so ap procedurenye ye…
    surat pon xsampai lagi kat rumah…
    saya juz klik button trime je mse haritu kat web jpa?
    macam mne ye??

  3. belia,sye nk tye,,adkh lepasan mtrx jurusan perakaunan mmpunyai pluang yg bsr utk mlnjutkn plajarn ke oversea,,

  4. salam,
    sye skrg fm 4 tp nk cari info psl study oversea..
    boleh trangkn x pe yg sy ptut wt utk study oversea?

    • @jaja, wasalam. secara kasar, ada dua saluran buat pelajar lepasan SPM, sama ada melalui tajaan yang diberi oleh organisasi tertentu (seperti MARA dan JPA) atau atas hasil ikhtiar sendiri. Ini bergantung kepada keadaan diri anda sendiri.

  5. salam..sy lepasan asasi,bln 12 ni masuk masuk uitm..mcm mane yer nk apply biasiswa?sebab kebanyakannyer da tutup..mase nk apply awal2 dulu,belom final exam,so xde actual result lagi..huhu pening lah..

    • @nuraini, tunggu je bila biasiswa dibuka balik. Biasiswa JPA tu tidak terhad kepada pelajar yang baru masuk je. Biasiswa tu turut terbuka kepada pelajar tahun lain. Ni ada dinyatakan dalam syarat tawaran biasiswa tersebut.

  6. saya nk tanya macam mana nk mhon biasiswa tok pgjian dalm n luar ngara course p’akaun…..(lepasan spm 2010)
    klu biasiswa PNB berhad 2 dia ikat contract ke?

    3. andai kanlah sy dpt tmudga luar ngara yg mgkin pd bln 5 mcam tu tp at tat time sy ada kat luar ngra study semntara…..
    macam mana nk buat??? tkkn sy nk blik g 2 je…jdual pnbgan blik akhir blan 5.

    desper…..

  7. Assalamualaikum..

    Saya skrg study kt asasi uia dlm jurusan law syariah..pers0alannya,skrg sy rs x brapa berminat utk study law malah lbh cenderung ke arh pngajian islam, syariah ataupun bhasa arab.

    1) bagaimanakah caranya utk sy further study sy ke mesir dgn bntuan mn2 biasiswa dlm msa trdekat nie ?

    WALLAHUALAM.

  8. salam,,
    i want to ask about mara sponsorship,,
    i have brother yang baru abeh spm,,
    as a sister sy nk mohon biasiswa mara untuk dia,,
    bile ye permohonan biasiswa mara dibuka?
    da penat da sy mencari permohonan 2,,
    hope u reply a.s.a.p!
    thanx!=)

  9. salam semua , saya nak tanya nie , saya nak habis diploma dahh . then abg sedara saya sarankan saya sambung degree di luar negara . saya tak tahu macam mana nak buat nihh . boleh sapa sapa bagi cadangan ? :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge