Salam sejahtera buat semua.
Keputusan rayuan untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tahun 2010 atau pengambilan kedua telah diumumkan pada hari ini. Keputusan rayuan ini adalah untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Pengambilan kedua ini adalah untuk pelajar Tingkatan 1 dan 4 yang tidak berjaya semasa pengambilan pertama pada Januari lalu.
Keputusan Rayuan bagi Tingkatan 1 Kemasukan ke MRSM 2010
Semakan boleh dilakukan di keputusan kemasukan ke MRSM 2010 bagi Tingkatan 1. Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
Keputusan Rayuan bagi Tingkatan 4 Kemasukan ke MRSM 2010
Semakan boleh dilakukan di keputusan kemasukan ke MRSM 2010 bagi Tingkatan 4. Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan.
Tahniah kepada mereka yang terpilih dalam pengambilan kedua ini kemasukan ke MRSM 2010.
Leave a Reply