beliamuda {dot} com Kini Berusia Setahun

Salam sejahtera buat semua.

beliamuda

Tema yang digunakan sebelum ni…

Setahun sudah berlalu sejak kali pertama nama beliamuda {dot} com mula muncul di alam internet. 9 Mac 2009 menandakan hari domain blog ini didaftarkan untuk kali pertama dan sudah lengkaplah usia blog ini setahun. Baru setahun jagung.

Kali pertama bertapak di hosting TNN sebelum beralih arah ke Serverfreak awal tahun ini. Domain ini masih lagi di bawah pendaftar (baca: registrar) yang sama. Sepanjang setahun yang lalu, pelbagai perkara telah ditempuhi dalam berblog di platform wordpress self-hosting berbayar.

Daripada masalah dengan hosting yang menyebabkan kehilangan entri, masalah blog tidak dapat diakses, dan pelbagai lagi hal teknikal yang lain. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan masih jauh lagi perjalanan dalam berblog ni.

Hala tuju beliamuda {dot} com

Macam best pulak nak cakap pasal hala tuju blog ni. Sejak bermulanya semester Januari 2010, semakin hari saya semakin kehilangan peluang untuk mengemas kini blog. Hal ini akan berterusan sehinggalah ke tahun hadapan kerana pada semester depan saya akan menjalani Latihan Industri (baca: Internship) yang masih lagi belum dipastikan di manakah tempatnya. ~_~

Pada awalnya, saya banyak menulis mengenai perkara peribadi, tetapi lama-kelamaan entri di blog ini berubah dan menjadi lebih terbuka dan tidak terlalu peribadi (walaupun ada juga yang diselit secara sengaja).

Dalam fikiran saya sekarang ni, sudah ada target tersendiri untuk blog ini, tetapi tiada ruang dan kesempatan untuk pergi lebih jauh buat masa ni. Mungkin saya akan meneruskan apa yang telah dipraktikkan sebelum ini dalam tulisan-tulisan entri saya di masa hadapan.

beliamuda: Ok, setakat ini sahaja buat masa ini. Minggu sebelum bermula mid-sem memang super sibuk. Esok ada test. Entri yang akan menyusul selepas ini adalah statistik blog beliamuda {dot} com.

Comments

19 responses to “beliamuda {dot} com Kini Berusia Setahun”

  1. ikin Avatar

    hapy birthday beliamuda{dot}com. semoga penulisannya yang bermanfaat dapat terus dijanakan 😛 btw, ape dah jadi dengan chatbox beliamuda{dot}com?
    .-= ikin´s last blog ..tulen seorang guru =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, chatbox ni sedang disalahgunakan oleh anak remaja lepasan spm. huahua~

  2. aizuddin Avatar

    hepy brthday bro..moga pjg umo n sukses slalu..hehe
    .-= aizuddin´s last blog ..gelanggang RAJA lawak musim ke 4 [astro PRIMA] *updated minggu 10 @ FINAL =-.

  3. blinkky Avatar

    Lebih kurang lah kita. Blog saya pun hampir setahun =)

  4. duranian Avatar

    haha thniah nipi…dh cukup umur blog ko
    blog aku cukup umur dh kena close up dh
    tapi skrg “ko memberikan ku insiparasi untuk menulis” slogan wat aku nak tulis lagi
    hehe
    >_<"
    keep up write good entries…
    .-= duranian´s last blog ..#12 i have to…but actually i don’t want.. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @duranian, aku pelik gak npe ko gi tutup blog ko. skg dah kembali semula dengan jenama baru. 🙂

  5. azizan4444 Avatar

    tahniah bro.teruskan menulis..blog demo banyak info menarik

  6. Jaws Avatar

    selamat ulangtahun pertama!!
    semoga panjang umur murah rezeki..

    1. beliamuda Avatar

      @Jaws, tq bro~

  7. Anjung Web Avatar

    Dah setahun rupanya… Tahniah!
    .-= Anjung Web´s last blog ..Apa itu Fedora ? =-.

  8. Pisyek Avatar

    oh, hebat dan tahniah~ =)

    pisyek.com dah hampir mencecah 3 tahun…

    tapi beliamuda.com lg hebat… tahniah lg skali…

    hehe….
    .-= Pisyek´s last blog ..FESCO 2010 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, wah, dah lama rupanya pisyek ni.

      1. Pisyek Avatar

        @beliamuda, ops~ silap tgk tarikh.. baru 2 tahun… hehehe… =P
        .-= Pisyek´s last blog ..Pisyek benci plagiat. Anda suka plagiat? =-.

  9. Azah Avatar

    selamat ulang tahun.
    moga banyak rezeki mendatang.

  10. AnastasiaAnn Avatar

    Congrats. Mine bru 2/3 ari aktif. kena banyak blajar ag ni.

    1. beliamuda Avatar

      @AnastasiaAnn, teruskan usaha. ni pun jauh lagi nak melangkah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge