Perlukah Seorang Blogger Mendedahkan Rahsianya?

Salam sejahtera buat semua.

Zero Black RebellionKerahsian identiti sebenar di sebalik wajah Zero

Benda ni dah lama bermain di minda saya. Rahsia yang saya maksudkan di sini bukanlah rahsia berkaitan kehidupan peribadi seorang blogger. Apatah lagi rahsia yang berkaitan dengan negara. Tu pun kalau ada blogger yang tak sayang hidup nak kena penjara.

Yang dimaksudkan dengan rahsia di atas adalah berkaitan dengan blog yang diuruskan oleh seorang blogger tersebut. Tak kisahlah apa jenis blog pun. Daripada niche politik, gosip artis, isu semasa mahupun personal semata-mata.

Saya jadi lebih tertarik dengan hal ini apabila membaca komen Kak Jie di blog nazrien.com iaitu mengenai pendedahan kata kunci (baca: keyword) yang hot / panas di blog dia sendiri. Dipetik daripada komen Kak Jie tersebut:

dah serik dah nak publish keywords kat blog
rasa macam dikhianati kawan bila dia pun terus buat post tentang hal tersebut…

entri itu bukan isu semasa yang panas semusim
kalau isu semasa agak logiklah masing2 buat post yang sama

Rasanya, mesti ada para blogger lain yang pernah mendedahkan keyword yang pernah masuk ke blog sendiri. Kebiasaanya yang diambil terus daripada statistik yang disediakan nuffnang ke, atau apa-apa alatan statistik trafik blog yang lain.

Seingat saya, saya sendiri tak pernah lagi mendedahkan keyword yang masuk ke blog ni. Mungkin sebab saya kurang mengambil berat mengenai trafik yang selalu masuk ke beliamuda {dot} com kecuali sejak dua bulan yang lalu.

Satu lagi yang biasa seorang blogger tunjukkan ialah statistik blog masing-masing. Kalau tunjuk statistik sahaja, mungkin tiada masalah sangat. Kalau trafik tinggi, pembaca atau rakan blogger yang lain akan rasa kagum. Yang ni pernah la saya buat, terutama di kala tiada idea untuk menulis entri baru.

Jadi, apakah pandangan para blogger sekalian mengenai hal ini? Adakah anda pernah mendedahkan suatu hal kerahsian blog anda kepada rakan lain yang kemudiannya dimanipulasi oleh beliau?

Teringat kata-kata Bill Gates, dalam bisnes, walaupun anda adalah seorang kawan, kerahsian mengenainya tidak boleh didedahkan sama sekali.

beliamuda: Tahukah anda, apakah tagline blog ini? Ini bukan lagi rahsia. Haha~ [Entri pertama, 1 Februari 2010]

Comments

33 responses to “Perlukah Seorang Blogger Mendedahkan Rahsianya?”

  1. ariff Avatar

    hurmm. aku ada je reveal. tapi blog aku belum la mantap lagi organic traffic ni. so macam xkisah sangat kot.
    .-= ariff´s last blog ..Nak Jadi Gagah Punya Pasal =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariff, hmm… ada gak terbaca ko cakap google tak index blog ko. aku kurang ngerti apa ko sebut tu. aku tengok molek je.

      1. ariff Avatar

        @beliamuda, tengok kat google webmasters. tengok bilangan url
        submitted ngan url indexed.

        url indexed aku kurang daripada submitted. ada la dalam 30 lagi.
        .-= ariff´s last blog ..Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar =-.

        1. beliamuda Avatar

          @ariff, o0o, macam tu rupanya. tak guna sitemap submit kat google?

  2. TMUkmkd Avatar

    aku tak de keyword :C
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Telinga Universal =-.

  3. Pisyek Avatar

    aku tak faham nape aku slalu dapat trafik dari indonesia dengan keyword tazkirah…

    org malaysia xde usha tazkirah online eh..?

    hehe…
    .-= Pisyek´s last blog ..What goes around comes around =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, ada je kot. cuma tak tersangkut ke blog pisyek. huhu~

    2. ariff Avatar

      @Pisyek, orang malaysia suka layan red tube malaysia. haha..
      .-= ariff´s last blog ..Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar =-.

      1. Pisyek Avatar

        @ariff, patut la hot smacam je malaysia skg nih.. hahaha….
        .-= Pisyek´s last blog ..What goes around comes around =-.

  4. best1of4's blog Avatar

    Bila takut post atau keywordnya dicilok jangan post tengok sendiri ajer ler.
    .-= best1of4’s blog´s last blog ..…Mampos kau! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @best1of4’s blog, huhu. alamatnya, tak berblog la kan..

  5. topo Avatar

    satu je aku boleh cakap beb…
    dalam apa juga perkara yg kite buat..
    kena bijak manipulasi hohoho

    aku sendiri tak pernah dedahkan keyword2 yang meletup..
    hehehehe tapi ada beberapa jenis keyword yg aku selalu post

    contohnya: http://topotato.com/2009/07/29/keyword-menarik-pelik-lucah-hahahaha/

    dan post ini.. http://topotato.com/2009/07/30/keyword-versi-baik-baik-pulak/

    hohoh pandai2 la.. memang dah jadi lumrah seorang blogger suka berkongsi beb.. 😀

    p/s: wahai pakcik askimet yang kacak dan baik hati.. jangan la anggap komen ini spam ye.. hoohoh
    .-= topo´s last blog ..5 Kesilapan yang Perlu Dielakkan Semasa Menulis Komen =-.

    1. beliamuda Avatar

      @topo, aku perasan jugak ko selalu masukkan keyword tu. lagipun, kalau entri kita dah betul2 mantap + lama dah kuasai, payah jugak nak gugat kedudukan tu.

      len kali nak berkongsi gaya topo gak la. boleh tak?

      ps: komen tak masuk spam pun, just kena minta kebenaran je.

  6. 1tomyam Avatar

    kalau nak banyak traffic letak jer keywords yg ada unsur sex ke, xxx ke etc..laju jer traffic masuk…tapi posting x semestinya cerita pasal tu..hehehe aku penah cuba dulu..
    .-= 1tomyam´s last blog ..Toyota Camry Gantung Jualan : Contoh Kawalan Kualiti =-.

    1. beliamuda Avatar

      @1tomyam, jangan tak tahu yang aku pun pernah cuba. takde la laju trafik. tapi maintain la ada trafik. siot je kan.. haha~

  7. DaHLia Avatar

    xkisah sangat sbb xde pun org nk jelees dgn ku..hehe
    tiada apa yg perlu ditiru…

    btw, ade org ajar i, boleh tgk keyword blog tu…i dh try pd aried nyer blog..mmg betul…

    View Page Source jer..tp kalo blogspot je kut leh nampak..sbb test katsini xnampak laks..
    .-= DaHLia´s last blog ..Krisdayanti & Siti Nurhaliza – Amarah =-.

    1. beliamuda Avatar

      @DaHLia, nak nampak apa nya kan? entri ni pun bukan dibuat untuk keyword. nak tanya pendapat rakan-rakan2 je. lagipun, keyword tu ada je dalam entri tersebut. kan2?

  8. menteil Avatar

    rasanya tak salah kot berkongsi keyword…
    lagipun ada google.. carik jer…

    *aku pon kekadang dah malas nak main keyword nie…
    .-= menteil´s last blog ..Penatnya Kerja =-.

    1. beliamuda Avatar

      @menteil, kalau yg google sendiri tu, ada la usahanya.

  9. framestone Avatar

    he….23x

    dalam perniagaan, even dengan family sendiri pun perlu dirahsiakan… kekadang ade kes gunting dalam lipatan…

    sekurang2nya mereka boleh berfikir untuk mencari module terbaik untuk perniagaan bersama.. Jika pakai satu module yang sama takut nnt xnampak keberkesanannya.. kate orang se”pattern” je…
    .-= framestone´s last blog ..Kenapa Isteri Curang =-.

  10. HURULAINI Avatar

    aku selalu je share keyword yg sesat kat blog….hohoho
    kengkadang lawak2 je keyword yang masuk…

    kadang2 walau orang tau apa keyword yang memantapkan blog kita, tapi tak semua orang mampu untuk tulis sama seperti kita….
    .-= HURULAINI´s last blog ..Begin Japanology =-.

    1. beliamuda Avatar

      @HURULAINI, keyword sesat tu macam tak sengaja. yang memang keyword kita tumpu, mungkin itu yang rasa tak sedapnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge