Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2009 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm.

beliamuda: SPMU ni untuk kertas Julai la kan? Berapa subjek yang boleh diambil semula?

Comments

210 responses to “Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 Kini Dibuka”

  1. santhiah Avatar
    santhiah

    saya nak ambil subject bahasa inggeris bila jun atau julai?

    1. beliamuda Avatar

      @santhiah, subjek BI tidak ditawarkan dalam SPMU.

  2. santhiah Avatar
    santhiah

    kalau ambil bm jun atau julai susah ke atau senang?

  3. citi Avatar
    citi

    spmu 2011 utk subject english ada ke julai ni. bagaimana dan dimana daftar

    1. beliamuda Avatar

      @citi, subjek BI tiada untuk paper Julai.

  4. kathi Avatar
    kathi

    spmu 2011 bagaimana dan dimana daftar?Berapa subjek yang boleh diambil semula?

    1. beliamuda Avatar

      @kathi, Pendaftaran boleh di PPD/JPN. Dua subjek sahaja boleh diambil – BM dan Math.

  5. kawan Avatar
    kawan

    paper julai english ade kew??? please answer..

    1. beliamuda Avatar

      @kawan, tiada. hanya ada paper BM dan Math sahaja.

  6. rozita Avatar

    A’kum. Nak tanya klau dah lama kluar exam tp baru nak ulang paper math boleh tak? Exam Tahun 87.

    1. beliamuda Avatar

      @rozita, Kurang pasti boleh ke tak. Kalau tak boleh, kena tunggu ambil sebagai calon persendirian sekali dengan pelajar lain pada tahun semasa SPM tu…

  7. angel Avatar
    angel

    camne nak apply paper july 2011 ? kene bayar ke ?

    1. beliamuda Avatar

      @angel, a’ah, kena bayar.

  8. AMY Avatar
    AMY

    BAGAIMANA SAYA NAK AMIK SEMULA SPM UNTUK SUBJEK SAINS.??BOLEH KE?

    1. beliamuda Avatar

      @AMY, boleh, tapi semasa SPM pada tahun tersebut.

  9. nasrul Avatar
    nasrul

    assalamualaikum…. saya nak amik paper julai dekat negeri sembilan dkat mner…????

    1. beliamuda Avatar

      @nasrul, waalaikumussalam. Untuk lokasi, sila rujuk JPN atau PPD.

  10. ella Avatar
    ella

    Assalamulaikum.. saya nk tnya smpat lgi x klu nk register SPMU utk 2011?.. terime kasih

    1. beliamuda Avatar

      @ella, Waalaikumussalam. Dah tak sempat sebab permohonan tutup Mac hari tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge