Saya Hanya Suka Lagu Sinetron Tasbih Cinta

Salam sejahtera buat semua.

sinetron-tasbih-cinta

Cinta tiga segi Sinetron Tasbih Cinta?

Kalau diingat balik semasa masa cuti sem yang lalu (cuti mid sem lambat lagi, walaupun banyak IPT baru je habis mid sem), waktu tengah hari, lebih kurang waktu lunch tu, memang siaran sinetron Tasbih Cinta di TV3.

Tapi, sebenarnya saya sendiri tak pernah melekat depan TV duk tengok cerita ni. Yang melekat depan TV tu adik perempuan saya je la. Kalau masa tu saya tengok jugak dan ada yang saya macam tak tahu atau tak faham, tanya je diorang untuk cerita balik macam mana episod yang lalu.

Best je duk tanya balik benda yang kita tak tahu tu. Kadang-kadang macam kacau diorang tengok cerita tu je. Hehe. Biasanya, saya tengok sekejap je la diawal cerita sebab nak dengar OST Sinetron Tasbih Cinta ni je. Layan jugak la lagunya kan.

Kalau bukan adik perempuan yang jadi mangsa, Mama pun saya tanya jugak. Dengan Mama je la pernah kena marah sebab tak tengok tapi sibuk nak tahu. Huhu. Adik mana berani nak lawan abang dia. Ngeh3.

Paling best part tanya nama pelakon ke apa kan. Yang itu namanya Bella, yang itu namanya… err, itu je yang saya ingat. 😛

syafiq-main-komputer

Ni masa main komputer, bukan tengok TV

Kadang-kadang berebut jugak dengan adik yang bongsu sebab nak tengok ceirta kartun dia. Baru je balik sekolah, terus bukak TV. Kena pulak kartun banyak kan masa tu.

Senario setiap kali cuti lebih kurang macam tu la. Tapi lepas ni macam dah tak berapa nak alami situasi macam ni dah kot. Sem depan cuti dalam dua minggu je sebelum mula internship. Lepas habis internship ada dalam seminggu sahaja sebelum melangkah masuk ke alam Tahun Akhir.

beliamuda: Baru je melepasi saat-saat kalut buat resume. Sekarang ni sibuk nak cari penempatan intern pulak. Ada cadangan yang menarik untuk chemical engineering?

Comments

13 responses to “Saya Hanya Suka Lagu Sinetron Tasbih Cinta”

  1. aizuddin Avatar

    lagu ost tu mmg best..hehe..nak layan citer indon dah xd mase skang..dulu bole la..
    .-= aizuddin´s last blog ..Laman Web Pilihan Untuk Kaki Bola =-.

  2. ikin Avatar

    kul 2.30 cter wonderpets aa kat tv9..haha..

    incik belia, intern salu kat tempat2 yang cane? cari kilang aa..[er..tatahu nak kasi cadangan cane]
    .-= ikin´s last blog ..cuma picisan =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, tgk la jugak kat mana2 tu. kat plant ke, takpun dalam ofis je. tgk skop kerja tu jugak la.

  3. kuyam Avatar

    isk3..xsuka crite ni..Sinetron Tasbih Cinta sgt x tasbih~
    .-= kuyam´s last blog ..Mahu pekerja wanita cantik? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, kalau tgk dari tajuk cam islamik, tpi mmg bukan sama sekali…

  4. Wan Perlis Avatar

    tak pernah tgk cinta indon.huahaha
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Artis Kita Semakin Bangang – suam-suam kuku =-.

    1. ayie Avatar

      @Wan Perlis, yerk kew xprnh tng0k cTew2 ind0n??tpI cTew yg nIe beSt r!huhuhu

  5. eyriqazz Avatar

    good luck beliamuda..chemical engineering?apply la petronas….
    .-= eyriqazz´s last blog ..Sambil Menyelam Sambil Minum Air =-.

    1. beliamuda Avatar

      @eyriqazz, kalau scholat petronas, senang sikit nak apply situ. tpi saya under MARA. payah sikit.

  6. syin Avatar

    mcm mana lagu dia ehhh….?

    aku dan tv skang sudah dipisahkan…..

    1. beliamuda Avatar

      @syin, lagu menyesal. ada je dalam link kat atas aku bagi.

  7. bellla Avatar

    hai korg pun ska gak ke cte tasbih cnt 2 ….spe yg korg mnt dlm cte 2 ….

  8. nurfaizah Avatar
    nurfaizah

    hai sume,cter tasbih cinta mmng best.lps blk sklh,mmng wajib la tgk cter nie….sbb,xnak tlepas 1 episod pon….
    huhuhuu,luv jojo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge