Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2009 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm.

beliamuda: SPMU ni untuk kertas Julai la kan? Berapa subjek yang boleh diambil semula?

Comments

210 responses to “Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 Kini Dibuka”

  1. Asyraf Muzammil Avatar
    Asyraf Muzammil

    Assalamualaikum… boleh sya tahu tarikh yang tepat untuk ambilan paper July SPMU tahun 2011? sya bmbang trlepas pluang thun ini..

    1. cikgu naza Avatar

      @Asyraf Muzammil, Periksa pd bulan JUN dan bukan JUlAI daftar di Jabatan Pelajaran Negeri masing2. Nak amik subjek aper tu???

    2. beliamuda Avatar

      @Asyraf Muzammil, tarikh pendaftaran telah pun dibuka untuk 2011.

  2. cikgu naza Avatar

    @sweaty pue, REgister cepat di Jabatan Pelajaran Negeri Masing2. SEkarang da buka hingga 31-Mac 2011. sahaja. Sila dapatkan maklumat terkini.tq

    1. sweaty pue Avatar

      @cikgu naza,ow.. mcm ambl peperiksaan besa lar ni kn..
      ada bayaran kh?

      1. cikgu naza Avatar

        @sweaty pue, ader… sila rujuk JPWPKL… atau maner2 negeri… kalu tak silap RM12/subjek dan daftar RM30.

  3. Anna Avatar
    Anna

    kalo nak ambik paper julai @ SPMU,boleh ke ambik kt tmpt yg berdekatan? walau dulu ambik SPM kat hometown? ader tak “coaching” atau bimbingan khas yg berdekatan area puchong?

    1. cikgu naza Avatar

      @Anna, Itu kena cari lah area saner…. TApi di Pusat Tuisyen Kesuma memang kami buat khas dan unik sebab.. kami buat group pelajar2 SPMU 2011 sahaja. Banyak tempat lain biasanya kena “join” group pelajar SPM 2011…Jadi susah skit guru2 tersebut nak bantu pelajar yg lemah seperti anda dan lain2

  4. mila Avatar
    mila

    salam…
    sy nk tahu berapa harga 1 subjek utk paper julai?ble tarikh dibuka? -terima kasih-

  5. Milky Avatar
    Milky

    sy ada call hari tu, tp 1 subjek untuk ulangan matematik spm sejumlah rm250, boleh x kalau di kurangkan lagi harga nya? saya rasa amat mahal untuk class sebulan tu… terima kasih

    1. beliamuda Avatar

      @Milky, ni harga untuk ulangan atau untuk class ni?

      1. cikgu naza Avatar

        @beliamuda, Itu saya rasa salah faham kot. Kami memang kenakan kan bayaran rm250 (yuran kelas+nota+daftar) utk 3 bln belajar. Bayar sekali je tuan/puan dan bukannya tiap2 bulan

  6. santhiah Avatar
    santhiah

    saya nak paper julai kalau saya dah ambil bila keputusan keluar bulan berapa?

    1. beliamuda Avatar

      @santhiah, pasal keputusan tu, saya kurang pasti.

  7. xian Avatar
    xian

    when result julai paper come out??

  8. mohd qalid Avatar
    mohd qalid

    sy gagal bm…
    sy nk ambik blik spm bln bpew???

    1. beliamuda Avatar

      @mohd qalid, boleh ambil SPMU pada bulan Jun. tapi kena daftar sekarang la.

  9. pipz Avatar
    pipz

    emm…brapa hrga bg 1 subjek yaa utk paper ulangan ne…??

  10. Khai Avatar
    Khai

    Jika lulus dalam peperiksaan SPM ulangan, result yang lain (seperti Engliah, Sains) akan dipaparkan dalam slip sebenar ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge