Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. ashleyna Avatar
    ashleyna

    salam,camne nak mohon biasiswa pidn ni? saya ada cuba bukak laman web eSILAv2 tu tapi takde ape2 pasal permohonan biasiswa pun. camne ek? benda ni perlu log in ke, sign up ke? TQ.

    1. beliamuda Avatar

      @ashleyna, sudah ada. sila semak semula.

  2. nana Avatar
    nana

    bila biasiswa PIDN nak kuar ye…?

    1. beliamuda Avatar

      @nana, dah keluar.

  3. azri Avatar
    azri

    salam..utk makluman smua pidn akan dibuka pd 3/7 shga 16/7…
    utk maklumat lanjut bleh rjuk kat eSILA…tenkiu

  4. musafir Avatar
    musafir

    nak ty klo da final year nk mhn biasiswa jpa ni boley lg ke

    1. beliamuda Avatar

      @musafir, boleh je rasanya (kalau tengok dalam syarat2 tu la).

  5. xtahu Avatar

    sya cuma nk tau tentang status sya yg sudah ditawarkan biasiswa PIDN..saya masih belum pasti adkah sya perlu terus berada di pusat asasi yang saya belajar skarang atau saya akan dihantar ke IPTA lain untuk program asasi..surat tawaran masih belum sampai lagi..sebarang makluman pn belum sya ketahui..sekarang ni sya konfius..boleh tolong jawabkan..

    1. beliamuda Avatar

      @xtahu, saya sendiri tidak pasti apakah masalah yang sedang awak alami. Adalah lebih baik jika awak bertanya sendiri kepada pihak berkenaan.

  6. bahri Avatar

    nape ek bdk2 pendidikan x leh pohon biasiswa jpa? sedangkan kita same jerr???

  7. intan Avatar
    intan

    salam…konfius skit la….klu kita isi online kita kna cetak n pos ker?????x pham la..

    1. beliamuda Avatar

      @intan, agak2 bila boleh dapat kereta tu?

    2. beliamuda Avatar

      @intan, borang2 yang diminta tu perlu diposkan.

  8. syiena Avatar
    syiena

    salam..
    biasiswa pidn ni ade ke utk stdnt pndidikn??

    1. beliamuda Avatar

      @syiena, tiada.

  9. radhi Avatar

    salam..
    camne kalo result(cgpa) xsampai 3.5(3.0-3.49) utk lepasan diploma kejuruteraan mekanikal?subjet2nya cukup core, dan juga kpd pelajar2 yang berpotensi,tapi tidak berkemampuan dari segi kewangannya??xkan tak de sedikit pertimbangan dari pihak jpa?
    harap dapat bantu kami..
    kami anak MALYSIA..

    1. beliamuda Avatar

      @radhi, kalau tidak layak untuk memohon (sebab persaingan yang sangat banyak), PTPTN adalah jalan terakhir (boleh juga try biasiswa lain).

  10. suraya Avatar
    suraya

    nk tya,
    lmbt lg ke keputusan utk PIDN ni kuar?
    agak2 ble ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge