Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. azri Avatar
    azri

    salam…klau ade sape2 yg taw bla tarikh PIDN dibuka slalah bgtaw kat cni…ni dah akhir blan jun…x bkak2 agi…tenkiu..: )

  2. hanis Avatar
    hanis

    @beliamuda, saya ingin bertanya berapakah jumlah wang biasiswa pidn yg akan diberikan kepaada pelajar asasi. Adakah ia akan dibayar bulanan atau mengikut sem. Saya merupakan pelajar pusat asasi sains um. Saya baru mendapat tawaran jpa tersebut.

    1. beliamuda Avatar

      @hanis, saya sendiri tidak pasti. kena rujuk sendiri dengan JPA.

    2. putri Avatar
      putri

      @hanis, biasiswa dibayar mengikut semester…wang yg diberi mengikut jurusan yg diambil oleh pemohon…sy student uiam,dpt dlm rm4600 1 semester,termasuk duit buku dll…da x igt…^^

      1. putri Avatar
        putri

        tmbhn sket…sy student biomedical science…

  3. faridah Avatar
    faridah

    nk tya,
    pinjaman boleh ubah 2 syarat permohonan dia apa erk?
    xde ke panduan ke ape ke yg blh bg penerangn psl pinjaman boleh ubah ni?
    pinjaman ni ble start bka?
    ade terbaca yg pinjaman ni dh bka tp, camne nk apply?
    x jmpa link pun….
    mnta tlg utk bg kerjasama…
    TQ

    1. beliamuda Avatar

      @faridah, masih belum buka lag. pinjaman boleh ubah ni secara umumnya berkaitan dengan cara pembayaran balik yang bergantung kepada keputusan akademik.

  4. mayrie Avatar
    mayrie

    Salam sajahtera..Bilakah permohonan biasiswa JPA utk pejar IPT akan dibuka?

    1. beliamuda Avatar

      @mayrie, dalam masa terdekat ni.

  5. suparjo Avatar
    suparjo

    waah,ramainya tunggu PIDN nak bukak.
    btw,segala info(syarat kelayakan bagai) bleh tgk kat portal rasmi jpa.
    klik kat pelajar/tajaan.
    mcm2 bleh taw kat stu..
    apa2 pun stay alert ye.
    hehe.
    takut plak trlepas jpa nih.adui.lalala

  6. YUSOF Avatar
    YUSOF

    salam, nk tanya sesape yg dah dapat pidn dah dapat ke belum surat tawaran yang akan di pos tu?bila dijangka dapat biasiswa tu?

  7. nurul Avatar
    nurul

    saya pelajar asasi uiam program setahun setengah dan akan ke main campus pada december 2010 ini.. saya bukan pelajar tajaan jpa sebelum ni.. jadi macam mana saya nk apply utk biasiswa jpa PIDN??? sedangkan setahu saya permohanan hanya pada jun/julai sahaja.. pada masa tersebut saya masih lagi bergelar pelajar asasi.. salah satu syarat permohanan ialah status bukanlah pelajar asasi..

    1. beliamuda Avatar

      @nurul, kalau begitu, anda kena tunggu semasa anda sudah berada di dalam ijazah. Permohonan untuk biasiswa dalam negara bukan sahaja untuk pelajar yang baru masuk, tetapi juga diberi ruang kepada pelajar sem lain (merujuk kepada biasiswa tahun lepas).

      1. nurul Avatar
        nurul

        @beliamuda, owh, terima kasih..

        1. beliamuda Avatar

          @nurul, sama-sama.

  8. azri Avatar
    azri

    salam…nk tnye ape beza pinjaman boleh ubah dan biasiswa jpa?

    1. beliamuda Avatar

      @azri, kalau dari segi bahasanya, maksud pinjaman (maknanya duit dipinjam) dan biasiswa (maknanya duit itu diberikan dan terikat dengan badan tersebut) adalah berbeza. Kadang2 pelajar keliru dengan perbezaan keduanya. Pinjaman boleh ubah biasanya tidak terikat dan pembayaran balik bergantung kepada prestas akademik. tapi ini juga bergantung kepada perjanjian dengan pemberi pinjaman dan biasiswa.

  9. aisya Avatar
    aisya

    salam..saya nak tny…kenapa uum tak tersenarai utk permohonan biasiswa PIDN? saya merupakan pelajar tahun pertama ingin memohon biasiswa ini..bila say boleh dpt info detail mengenai tawaran pembukaan biasiswa PIDN?

    1. beliamuda Avatar

      @aisya, semak balik dalam tawaran PIDN. Semua IPTA disenaraikan.

  10. anis Avatar

    salam,saya nak tanya,saya terima cek ptptn ni,saya nak gunakan duit itu sebagai wang perbelanjaan sebelum mendapat tajaan jpa lebih kurang dalam 3 bulan saya gunakan duit itu…
    boleh ke saya nak gunakan wang itu?
    adakah bagi ap ap effect kepada jpa yang akan saya pohon nanti?

    1. beliamuda Avatar

      @anis, boleh. PTPTN tidak akan memberi kesan kepada peluang tawaran JPA anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge