Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. adaa Avatar
    adaa

    bila status permohonan untuk biasiswa ni bleh dketahui untuk tarikh ttup permohonan pd 16 julai 2010?

    1. beliamuda Avatar

      @adaa, tahun lepas keputusan keluar akhir ogos. mungkin tahun ni pun akhir ogos juga.

  2. syue Avatar
    syue

    salam…
    ada ker permohonan pidn tuk kelompok kedua???
    bila yer??

    1. beliamuda Avatar

      @syue, macam takde.

  3. azie Avatar
    azie

    ble pmohonn utk biasiswa jpa 2011 akn keluar??
    dkt mne nk check ye(^.^)

    1. beliamuda Avatar

      @azie, boleh semak di portal esila JPA. tapi sesi tahun depan tu lambat lagi la.

  4. naw1074 Avatar
    naw1074

    Syukur biasiswa PIDM dah kuar..dan dah dapat/terima…rezeki daripada ALLAH

    1. @budaksekolah Avatar
      @budaksekolah

      @naw1074, result je luar.. duit dia xmsk g pn… pokai gile da ni heheheh
      bila la nk kuar duit dia ni hehehe

  5. ieda Avatar
    ieda

    kenapa CGPA 3.63 pn x dpt ye? atau pn JPA menialai dari segi lain?

  6. tiqa Avatar
    tiqa

    cmne nk buat rayuan jpa ek??ade ape2 link tak…nak tnya gak..knpa pmohonan tak bejaya sdangkan kita dah ikut syarat2nya..pointer pon alhamdulillah lpas..sbb trikat dgn kuota ke?

    1. beliamuda Avatar

      @tiqa, saya akan maklumkan kemudian apabila saya tahu macam mana cara2 untuk membuat rayuan.

      1. tiqa Avatar
        tiqa

        @beliamuda,

        salam..
        maaf, saya nak tahu macam mana caranya untuk saya menghantar rayuan?
        keadaan terdesak sangat ni..
        harap sangat JPA dapat membantu
        saya takut terlepas tarikh untuk buat rayuan

  7. aishah Avatar
    aishah

    assalamualaikum..
    nk tya, knp 3.8 pun xdpt??
    dy pilih berdasarkan pe erk?
    klu blh nk gk tw…

    1. beliamuda Avatar

      @aishah, saya tidak tahu secara penuh, tapi mengikut apa yang saya faham, ini mengikut kepada jurusan yang anda sedang duduki sekarang. Persaingan dalam jurusan yang sama (kouta untuk setiap satu) pastinya memainkan peranan. Lain-lain perkara seperti pendapatan ibu bapa juga memainkan peranan.

  8. el Avatar
    el

    mcmna nak buat rayuan biasiswa jpa pidn?? huhu… tolong jwb… sgt2 memerlukan.. untuk ses1 2010/11

    1. beliamuda Avatar

      @el, buat masa ni, tiada maklumat lanjut lagi.

      1. el Avatar
        el

        @beliamuda, huhuu… klu ade pape mklmat tlg infom ye.. tqvm..

  9. amy Avatar
    amy

    salam
    mengenai rayuan untuk pemohonan bisiswa PIDN utk sesi 2010/2011 ini, macam mana hendak buat rayuan, adakah pihak JPA akan membuat maklumalan mengenai rayuan ini..???

    bila biasanya tarikh boleh untuk membuat rayuan ini dan bila tarikh tutup rayuan..???

    harap dapat beri bantu dan maklumat, saya rasa ramai yg kurang maklumat mengenai pemohonan rayuan untuk biasiswa PIDN 2010/2011..
    t.kasih~

  10. suzie marthyna herman lanying Avatar
    suzie marthyna herman lanying

    Bagaimana hendak membuat rayuan biasiswa jpa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge