Aku Yang Terasa Hot Edisi Teruna Sebab Bumi Yang Panas dan Kegersangan

Salam sejahtera buat semua.

panas terik

Ok, aku memang terasa sedikit hot sekarang. Tapi tiada maknanya terasa hot seperti sekarang ni. Hot sebab keadaan sekarang la yang membuatkan aku jadi hot. Kalau sampai bumi pun boleh jadi gersang sebab aura hot ni, manusia-manusia yang berada di atas muka bumi ni lagi la akan terasa hotnya.

Walau aku terasa hot, aku tetap tak dapat nak letak gambar yang hot kat sini. Kuyam boleh la letak. Kalau aku letak, nanti ada yang jelas, baik daripada spesies yang sama, mahupun spesies yang berbeza. ~_~

Cerita sama je dengan apa yang telah ditulis oleh Kuyam, cuma keadaan berbeza sikit. Memang sungguh tak boleh blah bila elektrik putus waktu tengah hari yang keadaannya sedang panas terik. Kena pulak masa tu aku baru nak baring-baring.

Laptop pula terpasang dengan hangatnya tanpa memasang bateri. Dah la dah tua laptop tu. Sekali elektrik putus, laptop terpadam dan kipas berhenti berpusing, maka jadinya keadaan panas yang amat. Terpaksalah peluh bekerja lebih hari tu.

Dr Martin Atkins

Dalam kepala otak aku dah terfikir, apa kes Gas District Cooling (GDC) ni buat hal waktu-waktu macam ni. Aku dapat tahu yang blok akademik lagi la parah sebab elektrik putus sampai pukul 5. Kena pulak ada lecturer jemputan, Dr Martin Atkins ada kat situ. Masa aku jumpa dia untuk adjuct lecture, habis basah lencun kemeja dia. Nasib baik dia memang orang yang kerja dengan Petronas (ok, aku tak tahu apa kaitannya).

beliamuda: [1] Kuyam, nanti belanja la aiskrim. Layan je makan aiskrim masa hot macam ni. Rasanya projek heater kita tu boleh je guna sumber kepanasan daripada alam sekitar. Huhu. Dah tak perlu tambah circuit. [2] GDC adalah sistem yang digunakan untuk menjana elektrik dan sistem penyejukan di UTP.

Comments

38 responses to “Aku Yang Terasa Hot Edisi Teruna Sebab Bumi Yang Panas dan Kegersangan”

  1. luqman hakim Avatar

    ngade..aku baca tajuk awal2 dah agak yg ko nak ikut rentak kuyam..haha..
    .-= luqman hakim´s last blog ..KeJuJuRan DalaM PerSahaBaTan =-.

    1. beliamuda Avatar

      @luqman hakim, jangan jeles. >_<

  2. KNizam Avatar

    perghhhh macam ketuhar gelombang mikro la korang dalam kelas eh. hehe 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @KNizam, tak jugak. masa tu takde kelas. duk bilik jek. kat kelas masa tu baru je ada balik letrik.

  3. topo Avatar

    hohoh tajuk tak nak kalah.. hoho nasib baik la melaka hujan lebat awal2 pagi tadi.. kalau tak sure macam microwave oven gak.. 😀
    .-= topo´s last blog ..Gambar yang Lawak Semasa Bermain Ice Skating =-.

  4. Wan Perlis Avatar

    hot sekarang..hehe
    belanja aku jugak ice cream.feveret tu
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Artis Kita Semakin Bangang – suam-suam kuku =-.

  5. ikin Avatar

    incik belia..saye nak aiskrim jugak! incik belia belanje, okeh~
    .-= ikin´s last blog ..sekadar secebis perkongsian rasa =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, mintak dulu ngan luqman. nnt dia tuntut balik. >_<

  6. supel Avatar

    sungguh tersangat panas sekali.
    suhu rumah2 di kampung empat B mencecah 323.15K.
    .-= supel´s last blog ..Theme: Butler =-.

    1. beliamuda Avatar

      @supel, terbaik la pel. haha~

  7. zuls Avatar

    panas-panas ni, tajuk pun panas jugak! hahaha.. tapi serius. memang kena banyak minum air.
    .-= zuls´s last blog ..Niche Blogging Satu Impian =-.

  8. kuyam Avatar

    tu dia, skali Gas District Cooling (GDC)..tau la dak chemy.haha…

    nway, meh amik duit ni.g bli eskrem v5..de jernih xde jual eskrem 😛

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, haha. kebetulan ada dalam PCS tempoh hari.

      nanti nak gi tuntut ni.. 😛

  9. blinkky Avatar

    Ingatkan pasal apa tadi…Tajuk panas betul =)

    1. beliamuda Avatar

      @blinkky, haha. panas lagi cuaca di sini… 😛

  10. faizal Avatar

    hahaha…sini pun panas..dah la g kelas jalan kaki..mahu tak berpeluh macam mandi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge