Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, 25 Februari 2010, keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 telah diumumkan secara rasmi di seluruh negara. Analisa keputusan STPM 2009 dibacakan oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
Beliau memberitahu daripada 48,446 calon, sebanyak 4,316 calon lulus lima mata pelajaran, 29,670 lulus empat mata pelajaran), 9,797 lulus tiga mata pelajaran, 7,412 lulus dua mata pelajaran dan 6,251 lulus satu mata pelajaran.
Secara keseluruhan 92.55 peratus daripada 55,663 calon yang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas lulus penuh dengan sekurang-kurangnya mencatatkan kelulusan satu mata pelajaran.
Pencapaian cemerlang tahun ini juga meningkat daripada tahun lepas. Sebanyak 15 calon mencapai keputusan cemerlang dengan memperolehi Gred A dalam lima mata pelajaran iaitu enam dalam aliran sains dan sembilan dalam aliran sastera berbanding 13 orang pada tahun 2008.
Jumlah calon yang lulus lima dan empat mata pelajaran meningkat sebanyak 2,855 kepada 24,986 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 22,131 calon.
Prestasi calon yang memperolehi keputusan yang baik iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 keatas ialah 35.93 peratus dengan 331 calon mendapat PNGK 4.00,’’ katanya.
Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak
beliamuda: Berita disunting semula daripada Utusan Malaysia.
wow… camner la agaknyer ngan spm lak… adusss…
@Arnain,x tau….jgn tanya…menakutkan yang pasti…