Salam sejahtera buat semua.
Ah, sungguh tak boleh blah. Kali ini aku bermain dengan sesuatu yang baru. Tak apa. Aku ingin mencuba benda baru. Berkeskperimen sementara aku masih ada masa untuk melalut dalam keadaan penus kawarasan.
Siapa tidak kenal nama-nama di atas? Kalau kau tak tengok tv, mungkin kau tidak kenal. Tapi, sejak aku bercuti semester ni, kerap jugalah aku terserempak dengan nama-nama mereka ini.
Tiz Zaqyah. Namanya menjulang naik dengan drama Nur Kasih yang sungguh fenomena. Sampai sekarang aku masih belum melengkapkan lagi drama tersebut. Kawan perempuan yang aku kenal semuanya tergila-gilakan cerita ini. Aku sempat menangkap OST Nur Kasih sahaja.
Eira Syazira dan Memey Suhaiza pula dua gandingan dalam drama Cinta Balqis. Aku tidak pernah kenal Eira Syazira ni, kecuali nama Memey Suhaiza yang meletup di kala kantoi tangkap khalwat tidak berapa lama dulu. Kantoi dengan siapa ya? Ah, aku tidak ikut kisah gosip mereka itu.
Drama Cinta Balqis pun aku hanya sempat jeling-jeling manja sahaja. Tangkap dengar lagu Istana Cinta yang terasa sedap didengar oleh telinga. Ramai juga yang meminta untuk lagu Istana Cinta ni. Ah, susah mahu cari lagu penuh. Banyak juga lagu dalam cerita tu yang pelik-pelik. Jarang didengar orang.
Tiz Zaqyah, Eira Syazira dan Memey Suhaiza Yang Canti, Comel dan Cute
Apa persamaan mereka ya? Pada pandangan mata aku seorang lelaki, boleh aku katakan mereka cantik. Comel dan cute pun boleh pakai kot? Nama artis yang turut meningkat naik seiring dengan drama yang dibintangi. Tapi, seperti biasalah, mereka hanya berlakon di layar tv. Ambil apa yang baik mereka paparkan, tinggal tanpa fikir apa yang salah.
Tiz Zaqyah yang manis bertudung
Tiz Zaqyah membawa imej yang cukup baik dalam drama Nur Kasih. Aku rasa, ramai lelaki yang mahukan perempuan seperti itu. Tapi, tercalar juga imej dia apabila banyak tersebar foto dan gambar rutin kehidupan mereka (rutin kah?). Kehidupan sosial dia, itu dia punya hal la. Walau macam mana dia nak bersosial pun, kita hanya boleh menasihat dalam bentuk kritikan.
Tak apalah. Walau apa imej buruk yang didedahkan, itu kisah merekalah. Aku tak mahu komen. Tapi, sebagai lelaki, aku mahukan si dia itu seperti mereka. Maksud aku, apa yang cantik dan elok sahajalah. Bukannya gaya seksi yang dibawa artis itu.
Tapi, yang baik hanya untuk yang baik sahaja kan? Maka, kena jadi baik dululah kan? Aku tak mahu berskandal panjang-panjang. Nanti aku meleret makin jauh, maka lari dari tujuan asal entri ini.
Berfantasi Mencari Si Pujaan Hati
Ah ya. Aku memang ingin si dia seperti itu. Kau nak kutuk apapun, katakan sahajalah. Aku terima. Tiada hazard untuk aku pun rasanya. Makin meriah mungkin. Kalau kau cari aku di myspace, mungkin tak jumpa. Aku tiada di sana. Di Facebook adalah jugak. Tapi hanya sekadar ada. Harus kan?
Anggaplah ini eksperimentasi berani gagal dalam blog picisan ini. Aku berskandal untuk menyindir. Tapi aku menyelam minum air. Timbul sekejap hirup udara. Lepas tu masuk balik. Aku tulis sendiri. Cerita hanya rekaan. Kau jangan percaya ok?
Sudah banyak aku cuba. Tapi yang lain aku sembunyikan. Mungkin dah lama aku tidak menulis sebegini. Kau klik la mana-mana yang patut kalau nak tahu lebih lanjut. Ada masa aku cerita apa yang ada disebalik tulisan penuh prasangka dan persepsi ini. Habis nama artis wanita di atas aku gunakan. Jangan marah ya yang di sana.
Ah, Tiz Zaqyah yang sedap dipandang mata dengan tudungnya. Eira dan Memey pun boleh cuba juga kot? Nanti aku ucap syukur banyak-banyak pada ALLAH atas kurniaannya. Artis kita kan pandai bersyukur? Kau tak pernah dengar kah?
beliamuda: Kau ada rasa pelik tak? Mungkin sedikit panas? Kalau tak, tidak apalah. Aku hanya merepek. Bukan biasa aku buat begini. Jangan risau, aku masih waras. Aku akan kembali dengan entri formal kemudiannya. 😀


nora danish tak termasuk ke?hehe
.-= aizuddin´s last blog ..Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24 =-.
@aizuddin, akan datang la kot. haha~
Sedang mencari ke? Tak pe, tak lama lagi jumpa la…Ambil masa sket cari yang betul-betul berkenan =)
.-= blinkky´s last blog ..Avatar: The Last Airbender Wallpapers =-.
@blinkky, perjalanan pencarian yang masih belum berakhir…
Kemanisan wajah Nur….
Aku sudah menjumpai puteriku…Lagi cantik dari mereka..sudah tentulah isteriku…
.-= eyriqazz´s last blog ..Ada apa dengan Cik Epal =-.
@eyriqazz, sudah ada cahaya mata kan… semoga terus berbahagia di samping keluarga tersayang.
ketiga-tiga nyer comel, tapi…
p/s : aku berSYUKUR Allah jadikan aku handsome dan mudah didekati…
.-= lazaac´s last blog ..Mana satu yang betul..? lazaac@Iazaac =-.
tiz zaqiyah.. aku jatuh cinta dgn mata dia masa citer nur kasih..
tapi bila aku tgk gambar2 sosial dia kt google, alahai..
teruskan mencari si dia.. aku dah nak dapat.. hihi
.-= Luth Textile´s last blog ..5 Fesyen tudung zaman sekarang =-.
@Luth Textile, ramai yang kecewa bila tgk gambar betul dia.
~aku masih dalam perjalanan mencari. 😀
Salam..
wah, cita2, adakah kamu sekacak akhlak aidil?;p
semua nak yg terbaik, tapi kena jadi baik dlu:)
menarik betul ayat kali ni, tersusun cantik;p
.-= arnamee´s last blog ..Nikah Kahwin dan Goodieku =-.
@arnamee, hehe.. itu diri sendiri je yg tahu…
Wanitakan perhiasan dunia, tapi jaga-jaga kerana wanita boleh jadi fitnah kepada lelaki.
.-= Fahmishah´s last blog ..Setelah Sekian Lama =-.
sokong zuls..gaya pnulisan macm novel.. serious xmacm gaya2 masa before cuti sem..he3.. adakah anda nak buat novel macm ramlee awnag murshid @ macm sri diah @ macm ahadiat akashah..he3..
just, ending entry ko, aku xnampak ko nam bawa membaca kpada apa?.. isu menutup aurat?.. @ ko nak promo sapa2 awek cun solehah utk rumate ko?..opss..salah2..utk ko..ha3
.-= luqman hakim´s last blog ..Oprah vs A C ?? =-.
@luqman hakim, apekah kenyataan mu ini? 😛
takde la isu sebesar tu. tapi ada benda lain aku sedang cuba dengan entri ni.
~luqman ni dah berpunya. jangan kaco.. 😀
errrrr~~~~~xtantik cam tiz zaqyah..de sape2 x nk crik???hahaha~~
.-= hana tantik´s last blog ..saye punye harapan besar!! =-.
@hana tantik, nak2.. haha~