Mencari Si Dia Yang Secomel Tiz Zaqyah, Eira Syazira dan Memey Suhaiza
Salam sejahtera buat semua.
Ah, sungguh tak boleh blah. Kali ini aku bermain dengan sesuatu yang baru. Tak apa. Aku ingin mencuba benda baru. Berkeskperimen sementara aku masih ada masa untuk melalut dalam keadaan penus kawarasan.
Siapa tidak kenal nama-nama di atas? Kalau kau tak tengok tv, mungkin kau tidak kenal. Tapi, sejak aku bercuti semester ni, kerap jugalah aku terserempak dengan nama-nama mereka ini.
Tiz Zaqyah. Namanya menjulang naik dengan drama Nur Kasih yang sungguh fenomena. Sampai sekarang aku masih belum melengkapkan lagi drama tersebut. Kawan perempuan yang aku kenal semuanya tergila-gilakan cerita ini. Aku sempat menangkap OST Nur Kasih sahaja.
Eira Syazira dan Memey Suhaiza pula dua gandingan dalam drama Cinta Balqis. Aku tidak pernah kenal Eira Syazira ni, kecuali nama Memey Suhaiza yang meletup di kala kantoi tangkap khalwat tidak berapa lama dulu. Kantoi dengan siapa ya? Ah, aku tidak ikut kisah gosip mereka itu.
Drama Cinta Balqis pun aku hanya sempat jeling-jeling manja sahaja. Tangkap dengar lagu Istana Cinta yang terasa sedap didengar oleh telinga. Ramai juga yang meminta untuk lagu Istana Cinta ni. Ah, susah mahu cari lagu penuh. Banyak juga lagu dalam cerita tu yang pelik-pelik. Jarang didengar orang.
Tiz Zaqyah, Eira Syazira dan Memey Suhaiza Yang Canti, Comel dan Cute
Apa persamaan mereka ya? Pada pandangan mata aku seorang lelaki, boleh aku katakan mereka cantik. Comel dan cute pun boleh pakai kot? Nama artis yang turut meningkat naik seiring dengan drama yang dibintangi. Tapi, seperti biasalah, mereka hanya berlakon di layar tv. Ambil apa yang baik mereka paparkan, tinggal tanpa fikir apa yang salah.
Tiz Zaqyah yang manis bertudung
Tiz Zaqyah membawa imej yang cukup baik dalam drama Nur Kasih. Aku rasa, ramai lelaki yang mahukan perempuan seperti itu. Tapi, tercalar juga imej dia apabila banyak tersebar foto dan gambar rutin kehidupan mereka (rutin kah?). Kehidupan sosial dia, itu dia punya hal la. Walau macam mana dia nak bersosial pun, kita hanya boleh menasihat dalam bentuk kritikan.
Tak apalah. Walau apa imej buruk yang didedahkan, itu kisah merekalah. Aku tak mahu komen. Tapi, sebagai lelaki, aku mahukan si dia itu seperti mereka. Maksud aku, apa yang cantik dan elok sahajalah. Bukannya gaya seksi yang dibawa artis itu.
Tapi, yang baik hanya untuk yang baik sahaja kan? Maka, kena jadi baik dululah kan? Aku tak mahu berskandal panjang-panjang. Nanti aku meleret makin jauh, maka lari dari tujuan asal entri ini.
Berfantasi Mencari Si Pujaan Hati
Ah ya. Aku memang ingin si dia seperti itu. Kau nak kutuk apapun, katakan sahajalah. Aku terima. Tiada hazard untuk aku pun rasanya. Makin meriah mungkin. Kalau kau cari aku di myspace, mungkin tak jumpa. Aku tiada di sana. Di Facebook adalah jugak. Tapi hanya sekadar ada. Harus kan?
Anggaplah ini eksperimentasi berani gagal dalam blog picisan ini. Aku berskandal untuk menyindir. Tapi aku menyelam minum air. Timbul sekejap hirup udara. Lepas tu masuk balik. Aku tulis sendiri. Cerita hanya rekaan. Kau jangan percaya ok?
Sudah banyak aku cuba. Tapi yang lain aku sembunyikan. Mungkin dah lama aku tidak menulis sebegini. Kau klik la mana-mana yang patut kalau nak tahu lebih lanjut. Ada masa aku cerita apa yang ada disebalik tulisan penuh prasangka dan persepsi ini. Habis nama artis wanita di atas aku gunakan. Jangan marah ya yang di sana.
Ah, Tiz Zaqyah yang sedap dipandang mata dengan tudungnya. Eira dan Memey pun boleh cuba juga kot? Nanti aku ucap syukur banyak-banyak pada ALLAH atas kurniaannya. Artis kita kan pandai bersyukur? Kau tak pernah dengar kah?
beliamuda: Kau ada rasa pelik tak? Mungkin sedikit panas? Kalau tak, tidak apalah. Aku hanya merepek. Bukan biasa aku buat begini. Jangan risau, aku masih waras. Aku akan kembali dengan entri formal kemudiannya.






bro, gaya tulisan yang sememangnya cantik… ada bakat tulis novel ni bro..
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 10:56 AM
@zuls, kalau ideanya banyak, sudah pasti ku karang. malangnya, secebis sahaja yang ada..
[Reply]
salam…post nie agak merepek…
the best way to find Si Dia yg dikatakan
ialah dgn melihat betapa hebatnye perjuangan sahabiat2 terdahulu
seperti asma’ abu bakar, sumayyah, ummu sulaim
keimanan merekalah yg patut dijadikan kayu pengukur untuk mencari Si Dia
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 10:57 AM
@sahabiat, wassalam. memang sangat merepek sebenarnya. ada sesuatu yang nak dilihat daripada entri ni.
memang betul kata ija. itulah yang sebenarnya dicari pada si dia.
[Reply]
tiz cantek sgt pakai tudung, kalau x pakai tudung tah nape x lawo pun… aritu masa anugerah skrin ke hape tah, nmpk gumuk je dia…
oh bg ai, lisa surihani tu lawo… muka lembut je… terliur plak rase… hahahaha
nOj´s last blog ..cek nuffnang yg kudambakan itu…
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 10:58 AM
@nOj, betul tu. nampak sedikit tembam kan? ah, lisa surihani. sudah lama tidak nampak dia muncul.
[Reply]
tetap kata nora danishhh paling comel.

miss lolly´s last blog ..* belog lolly di PAGERANK 3? omaigod *
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 10:59 AM
@miss lolly, rasanya semalam baru tengok dia kat tv. nampak agak lain sikit je…
[Reply]
lisa surihani lg lawa kot

hazwan´s last blog ..Anugerah Juara Lagu 24
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 10:59 AM
@hazwan, lain padang, lain belalang.
[Reply]
ssh nak jumpa gadis mcm nuramina ni dlm dunia realiti. lakonan tiz zaqyah mmg berkesan.
naz´s last blog ..Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL 24)
[Reply]
watak di layar cumalah rekaan, dan manusia ternyata banyak kelemahan. kadang-kadang watak sempurna dalam drama/cerita membuatkan kita terbawa-bawa sampai ke dunia realiti.
Well, encik belia, perempuan solehah cantiknya pada semua segi, sebabnya..itulah yang dijanjikan..
semoga berjumpa wanita impian…
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 3:58 PM
@ikin, itulah fantasi televisyen. adaptasi ke dunia realiti jauh daripada kebenaran.
wanita impian, pasti ketemu jua, jika diizin ALLAH.
[Reply]
ikin Reply:
January 12th, 2010 at 4:03 PM
@beliamuda, (^o^)
semoga dibantu Allah
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:11 AM
@ikin, amin.
[Reply]
ehem2. neyra shazeyra was here. adek beradek eira syazira *i ta tiru nama dia ok. haha* anyway, malas komen bnyk. lagu versi acoustic dlm cinta balqis tuh, adek eira syaziera yg nyanyi. tu jek nk bgtau. hikhik
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:12 AM
@neyra shazeyra, adik dia eh. tq eh~
[Reply]
eyra Reply:
January 14th, 2010 at 5:39 PM
@beliamuda, ahhahahaha
[Reply]
Tiz Zaqyah tu memang comel..
Tapi apakan daya.. Urban..
zool´s last blog ..Harga Gula mungkin naik lagi ?
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:14 AM
@zool, urban… tepat kena rasanya.
[Reply]
mereka hanya di layar maya..belum tentu sama kt dunia realiti..pape pon, terbaek la imaginasi nh..
jmr´s last blog ..Sapa dah angkut LED TV??
[Reply]
nora danish tak termasuk ke?hehe
aizuddin´s last blog ..Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:14 AM
@aizuddin, akan datang la kot. haha~
[Reply]
Sedang mencari ke? Tak pe, tak lama lagi jumpa la…Ambil masa sket cari yang betul-betul berkenan =)
blinkky´s last blog ..Avatar: The Last Airbender Wallpapers
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:17 AM
@blinkky, perjalanan pencarian yang masih belum berakhir…
[Reply]
Kemanisan wajah Nur….
[Reply]
Aku sudah menjumpai puteriku…Lagi cantik dari mereka..sudah tentulah isteriku…
eyriqazz´s last blog ..Ada apa dengan Cik Epal
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:31 AM
@eyriqazz, sudah ada cahaya mata kan… semoga terus berbahagia di samping keluarga tersayang.
[Reply]
ketiga-tiga nyer comel, tapi…
p/s : aku berSYUKUR Allah jadikan aku handsome dan mudah didekati…
lazaac´s last blog ..Mana satu yang betul..? lazaac@Iazaac
[Reply]
tiz zaqiyah.. aku jatuh cinta dgn mata dia masa citer nur kasih..
tapi bila aku tgk gambar2 sosial dia kt google, alahai..
teruskan mencari si dia.. aku dah nak dapat.. hihi
Luth Textile´s last blog ..5 Fesyen tudung zaman sekarang
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:39 AM
@Luth Textile, ramai yang kecewa bila tgk gambar betul dia.
~aku masih dalam perjalanan mencari.
[Reply]
Salam..
wah, cita2, adakah kamu sekacak akhlak aidil?;p
semua nak yg terbaik, tapi kena jadi baik dlu:)
menarik betul ayat kali ni, tersusun cantik;p
arnamee´s last blog ..Nikah Kahwin dan Goodieku
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:40 AM
@arnamee, hehe.. itu diri sendiri je yg tahu…
[Reply]
Wanitakan perhiasan dunia, tapi jaga-jaga kerana wanita boleh jadi fitnah kepada lelaki.
Fahmishah´s last blog ..Setelah Sekian Lama
[Reply]
sokong zuls..gaya pnulisan macm novel.. serious xmacm gaya2 masa before cuti sem..he3.. adakah anda nak buat novel macm ramlee awnag murshid @ macm sri diah @ macm ahadiat akashah..he3..
just, ending entry ko, aku xnampak ko nam bawa membaca kpada apa?.. isu menutup aurat?.. @ ko nak promo sapa2 awek cun solehah utk rumate ko?..opss..salah2..utk ko..ha3
luqman hakim´s last blog ..Oprah vs A C ??
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:42 AM
@luqman hakim, apekah kenyataan mu ini?
takde la isu sebesar tu. tapi ada benda lain aku sedang cuba dengan entri ni.
~luqman ni dah berpunya. jangan kaco..
[Reply]
errrrr~~~~~xtantik cam tiz zaqyah..de sape2 x nk crik???hahaha~~
hana tantik´s last blog ..saye punye harapan besar!!
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:42 AM
@hana tantik, nak2.. haha~
[Reply]
gosip diorang pun ko tak tau? bongok betul la. meh aku nak kasi tau neh.
tiz zaqyah ni kan dia ngaku suka hidup sosial. memang dia cakap tak pakai tudung pun. tak yah kecoh2 la kan.
eira syazira ni pasal kes dia berkemban. pakai kain macam nak gi mandi je. entah pape.
memey ni, entah apa kisah terkini. kan dia kena tangkap khalwat ngan normah hakim dulu.
dah, aku harap ko tahu. sekian.
[Reply]
yep2.. indeed.. gaya pnulisan gaya mcm novelis.. best2..
susah mau cari pujaan hati yg menepati citarasa hati.. pape pn, still pegang, pasti ade di sudut dunia ni yg memang meant for us.. ngeeee..

farhana´s last blog ..Ruginya Tak Dapat Salam Dengan Mamat Itu.. *Sigh*
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:50 AM
@farhana, tidak terniat pun nak tulis gaya novel. asalnya ditulis untuk tujuan lain.
pujaan hati mmg payah dicari. kadang2 kita terbuat salah pulak bila dah jpe.. -_-”
[Reply]
kadang2 ‘terkesan’ jugak tgk member2 dah mula naik pelamin. tp cari jodoh bukan boleh click2 mcm main facebook. huhu~
Lea´s last blog ..Karnival SamsungCorby
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:54 AM
@Lea, betul. mmg bukan mudah. tapi kalau ada jodoh, ketemu juga.
[Reply]