Penyumbang Trafik Kedua Tertinggi Bagi Peraduan PTS
Salam sejahtera buat semua.

Tiada entri berat yang mahu dikeluarkan hari ni. Tidur yang sedikit lewat semalam gara-gara mahu mengemaskini blog sebaik sahaja AJL 24 berakhir dan ditambah bangun awal sebab semua orang nak keluar pergi kerja dan sekolah, keletihan jugak la.
Semalam memang dah siap sedia awal-awal lagi nak update lepas AJL tu berakhir. Di saat-saat akhir, baru perasan DNS fluctuate sekejap semasa entri dimasukkan. Nasib baik tak hilang lagi tulisan tu. Boleh salin dan tampal je. Terlewat empat minit daripada jangkaan awal.
Berkenaan dengan tajuk entri ni, semalam ada YM dengan Jaws. Dia mengingatkan mengenai keputusan affiliate Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang. Untuk makluman, beliamuda {dot} com adalah salah satu daripada blog yang mengiklankan tentang peraduan ni.
Tak sangka ada pemilihan untuk memaparkan iklan ni pada awalnya. Bagi pengiklan terpilih, mereka akan mendapat buku PTS yang berharga RM25 (buku pilihan sendiri). Selepas tu, pengiklan kenalah meletakkan banner peraduan di blog sampailah 3 Januari 2010 (ada banner floating di sebelah bawah kanan blog sebelum ni).
Sepanjang peraduan berlansung, PTS ada mengemaskini penyumbang trafik ke halaman peraduan tersebut. Masa tu blog ni berada di tangga kelapan. Setelah peraduan berakhir, kemaskini terakhir dimasukkan dan hasilnya, blog ini merupakan penyumbang trafik kedua terbanyak dibelakang blog Saifulislam (boleh rujuk gambar di atas). Untuk itu, saya layak untuk mendapat hadiah sebuah buku bernilai RM70.
beliamuda: Buat rakan blogger, sila jangan segan untuk menyertai contest mudah yang kali pertama diadakan oleh saya. Buat pengomen terbanyak bulan Jan, ada ganjaran untuk anda nanti.




entri memberikan IHLAM kepada aku … bagus juga kalau aku buat contest penyumbang trafik tertinggi sepanjang tahun 2010….apa kata kalau hadiah pertama sebuah laptop acer..
denaihati´s last blog ..10.01.10 Hijrah Hidup pada usia 10 tahun
[Reply]
beliamuda Reply:
January 11th, 2010 at 10:10 PM
@denaihati, wah, hadiahnya itu sungguh lumayan. untuk menyumbang trafik sepanjang setahun, memang padan dengan hadia selumayan itu. untuk mengekalkan trafik sepanjang tahun tu susah jugak kan. peraduan ni pun nasib baik sempat meningkatkan trafik ke blog sebab sedang bercuti. kalau tak, mungkin tidak mampu untuk mencapai tangga kedua.
[Reply]
zuls Reply:
January 12th, 2010 at 4:26 PM
@denaihati, power tu bro… hadiah pun power

zuls´s last blog ..3 Kaedah Asas Cari Twitter Follower
[Reply]
hmm…encik belia, untuk contest mudah, saya pun nak menang mudah jelahh…::hohoh::…menang tanpa bertanding. buleh aa..:P
[Reply]
ikin Reply:
January 12th, 2010 at 3:22 AM
er..encik belia,lupe lak nak cakap tahniah. bukan senang nak dapat adiah buku hrga
rm70! (er..buku ape ye?) u make me jealouss! well, anggap la ni adiah besday dari PTS, okies! ^o^
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 9:10 AM
@ikin, entah la buku apa. tapi kalau dari PTS, boleh agak la genre macam mana kan.
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 9:08 AM
@ikin, -_-”
[Reply]
wahh.. nombor dua dalam carta.. tahniah bro.

amirulfaiz´s last blog ..Kalimah Tauhid (Pandangan Saya).
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 9:12 AM
@amirulfaiz, kebetulan trafik elok je sepanjang iklan tu dipasang.
[Reply]
wah adiah laptop… saya spam ini blog… hahahaha…
nOj´s last blog ..cek nuffnang yg kudambakan itu…
[Reply]
beliamuda Reply:
January 12th, 2010 at 10:57 AM
@nOj, spamkan sahaja. haha. itu yang ditawarkan oleh saudara denaihati. eh, ilhamnya sahaja. belum lagi dilaksanakan. hehe~
[Reply]
congratz….
hoho….
Pisyek´s last blog ..Hukum sertai Facebook
[Reply]
menarik2 hehe.. :p tapi aku tak yakin la pula dengan kebolehan blog aku sekarang :p nway. tahniah tu yu

mr.eims @ perfume´s last blog ..Terre d’Hermes – unique, elegant & sophisticated
[Reply]
beliamuda Reply:
January 14th, 2010 at 10:54 AM
@mr.eims @ perfume, tak perlu ada kemahiran dalam blog ni. pilihan pemenang secara random je. takde pengaruh pandai ke tak.
[Reply]