Salam sejahtera buat semua.
Ah, sungguh tak boleh blah. Kali ini aku bermain dengan sesuatu yang baru. Tak apa. Aku ingin mencuba benda baru. Berkeskperimen sementara aku masih ada masa untuk melalut dalam keadaan penus kawarasan.
Siapa tidak kenal nama-nama di atas? Kalau kau tak tengok tv, mungkin kau tidak kenal. Tapi, sejak aku bercuti semester ni, kerap jugalah aku terserempak dengan nama-nama mereka ini.
Tiz Zaqyah. Namanya menjulang naik dengan drama Nur Kasih yang sungguh fenomena. Sampai sekarang aku masih belum melengkapkan lagi drama tersebut. Kawan perempuan yang aku kenal semuanya tergila-gilakan cerita ini. Aku sempat menangkap OST Nur Kasih sahaja.
Eira Syazira dan Memey Suhaiza pula dua gandingan dalam drama Cinta Balqis. Aku tidak pernah kenal Eira Syazira ni, kecuali nama Memey Suhaiza yang meletup di kala kantoi tangkap khalwat tidak berapa lama dulu. Kantoi dengan siapa ya? Ah, aku tidak ikut kisah gosip mereka itu.
Drama Cinta Balqis pun aku hanya sempat jeling-jeling manja sahaja. Tangkap dengar lagu Istana Cinta yang terasa sedap didengar oleh telinga. Ramai juga yang meminta untuk lagu Istana Cinta ni. Ah, susah mahu cari lagu penuh. Banyak juga lagu dalam cerita tu yang pelik-pelik. Jarang didengar orang.
Tiz Zaqyah, Eira Syazira dan Memey Suhaiza Yang Canti, Comel dan Cute
Apa persamaan mereka ya? Pada pandangan mata aku seorang lelaki, boleh aku katakan mereka cantik. Comel dan cute pun boleh pakai kot? Nama artis yang turut meningkat naik seiring dengan drama yang dibintangi. Tapi, seperti biasalah, mereka hanya berlakon di layar tv. Ambil apa yang baik mereka paparkan, tinggal tanpa fikir apa yang salah.
Tiz Zaqyah yang manis bertudung
Tiz Zaqyah membawa imej yang cukup baik dalam drama Nur Kasih. Aku rasa, ramai lelaki yang mahukan perempuan seperti itu. Tapi, tercalar juga imej dia apabila banyak tersebar foto dan gambar rutin kehidupan mereka (rutin kah?). Kehidupan sosial dia, itu dia punya hal la. Walau macam mana dia nak bersosial pun, kita hanya boleh menasihat dalam bentuk kritikan.
Tak apalah. Walau apa imej buruk yang didedahkan, itu kisah merekalah. Aku tak mahu komen. Tapi, sebagai lelaki, aku mahukan si dia itu seperti mereka. Maksud aku, apa yang cantik dan elok sahajalah. Bukannya gaya seksi yang dibawa artis itu.
Tapi, yang baik hanya untuk yang baik sahaja kan? Maka, kena jadi baik dululah kan? Aku tak mahu berskandal panjang-panjang. Nanti aku meleret makin jauh, maka lari dari tujuan asal entri ini.
Berfantasi Mencari Si Pujaan Hati
Ah ya. Aku memang ingin si dia seperti itu. Kau nak kutuk apapun, katakan sahajalah. Aku terima. Tiada hazard untuk aku pun rasanya. Makin meriah mungkin. Kalau kau cari aku di myspace, mungkin tak jumpa. Aku tiada di sana. Di Facebook adalah jugak. Tapi hanya sekadar ada. Harus kan?
Anggaplah ini eksperimentasi berani gagal dalam blog picisan ini. Aku berskandal untuk menyindir. Tapi aku menyelam minum air. Timbul sekejap hirup udara. Lepas tu masuk balik. Aku tulis sendiri. Cerita hanya rekaan. Kau jangan percaya ok?
Sudah banyak aku cuba. Tapi yang lain aku sembunyikan. Mungkin dah lama aku tidak menulis sebegini. Kau klik la mana-mana yang patut kalau nak tahu lebih lanjut. Ada masa aku cerita apa yang ada disebalik tulisan penuh prasangka dan persepsi ini. Habis nama artis wanita di atas aku gunakan. Jangan marah ya yang di sana.
Ah, Tiz Zaqyah yang sedap dipandang mata dengan tudungnya. Eira dan Memey pun boleh cuba juga kot? Nanti aku ucap syukur banyak-banyak pada ALLAH atas kurniaannya. Artis kita kan pandai bersyukur? Kau tak pernah dengar kah?
beliamuda: Kau ada rasa pelik tak? Mungkin sedikit panas? Kalau tak, tidak apalah. Aku hanya merepek. Bukan biasa aku buat begini. Jangan risau, aku masih waras. Aku akan kembali dengan entri formal kemudiannya. 😀


bro, gaya tulisan yang sememangnya cantik… ada bakat tulis novel ni bro..
@zuls, kalau ideanya banyak, sudah pasti ku karang. malangnya, secebis sahaja yang ada.. 😀
salam…post nie agak merepek…
the best way to find Si Dia yg dikatakan
ialah dgn melihat betapa hebatnye perjuangan sahabiat2 terdahulu
seperti asma’ abu bakar, sumayyah, ummu sulaim
keimanan merekalah yg patut dijadikan kayu pengukur untuk mencari Si Dia
@sahabiat, wassalam. memang sangat merepek sebenarnya. ada sesuatu yang nak dilihat daripada entri ni.
memang betul kata ija. itulah yang sebenarnya dicari pada si dia. 🙂
tiz cantek sgt pakai tudung, kalau x pakai tudung tah nape x lawo pun… aritu masa anugerah skrin ke hape tah, nmpk gumuk je dia…
oh bg ai, lisa surihani tu lawo… muka lembut je… terliur plak rase… hahahaha
.-= nOj´s last blog ..cek nuffnang yg kudambakan itu… =-.
@nOj, betul tu. nampak sedikit tembam kan? ah, lisa surihani. sudah lama tidak nampak dia muncul. 😛
tetap kata nora danishhh paling comel. 😀
.-= miss lolly´s last blog ..* belog lolly di PAGERANK 3? omaigod * =-.
@miss lolly, rasanya semalam baru tengok dia kat tv. nampak agak lain sikit je…
lisa surihani lg lawa kot 😛
.-= hazwan´s last blog ..Anugerah Juara Lagu 24 =-.
@hazwan, lain padang, lain belalang. 😛
ssh nak jumpa gadis mcm nuramina ni dlm dunia realiti. lakonan tiz zaqyah mmg berkesan.
.-= naz´s last blog ..Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL 24) =-.
watak di layar cumalah rekaan, dan manusia ternyata banyak kelemahan. kadang-kadang watak sempurna dalam drama/cerita membuatkan kita terbawa-bawa sampai ke dunia realiti.
Well, encik belia, perempuan solehah cantiknya pada semua segi, sebabnya..itulah yang dijanjikan..
semoga berjumpa wanita impian…
@ikin, itulah fantasi televisyen. adaptasi ke dunia realiti jauh daripada kebenaran.
wanita impian, pasti ketemu jua, jika diizin ALLAH.
@beliamuda, (^o^)
semoga dibantu Allah
@ikin, amin.
ehem2. neyra shazeyra was here. adek beradek eira syazira *i ta tiru nama dia ok. haha* anyway, malas komen bnyk. lagu versi acoustic dlm cinta balqis tuh, adek eira syaziera yg nyanyi. tu jek nk bgtau. hikhik
@neyra shazeyra, adik dia eh. tq eh~
@beliamuda, ahhahahaha 😛
Tiz Zaqyah tu memang comel..
Tapi apakan daya.. Urban..
.-= zool´s last blog ..Harga Gula mungkin naik lagi ? =-.
@zool, urban… tepat kena rasanya.
mereka hanya di layar maya..belum tentu sama kt dunia realiti..pape pon, terbaek la imaginasi nh..
.-= jmr´s last blog ..Sapa dah angkut LED TV?? =-.