Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2010

Salam sejahtera buat semua.

Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang  jasa  Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

(i)  Warganegara Malaysia.

(ii)  Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

(iii) Baru tamat Semester Satu *, Tahun Pertama Ijazah Pertama di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam negara.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum

(i)  Memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM / STPM / Matrikulasi/ Asas.

(ii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

(iii) Memperolehi PNGK / CGPA minimum 3.50 dalam peperiksaan Semester Satu Tahun Satu (1),program Ijazah Sarjana Muda.

(iv) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang / aktif dalam ko-kurikulum.

(c) Syarat Tambahan

(i)    Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas   tamat pengajian yang ditaja.

* Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan penuh Semester Kedua, Tahun Pertama, iaitu apabila sah mendapat PNGK / CGPA melebihi 3.5 untuk Tahun Pertama.

KADAR BIASISWA

Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:

(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh IPT.

(ii) Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.

(iii) Elaun Buku bernilai RM500 / semester.

(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amal / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).

(v) Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).

PERMOHONAN

Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.  Semua Permohonan mesti dibuat melalui Timbalan  Naib  Canselor(Hal  Ehwal  Pelajar) universiti anda.  Jika tidak ia akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2010

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk  temuduga.

Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.

* muat turun Borang Biasiswa Tunku Abdul Rahman

YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

ARAS 1, BLOK E14, PARCEL E, PRESINT 1

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62505 PUTRAJAYA.

TEL: 03-8888 6107/ 8888 6108

FAKS: 03-8888 6095

[Laman Web Biasiswa TAR]

Comments

32 responses to “Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2010”

  1. akui Avatar
    akui

    nk tanya..stdnt 2nd year ijazah srjana muda bole apply tak?

  2. khoo Avatar
    khoo

    selamat sejahtera, saya ada beberapa soalan, harap tuan dapat menjawabkannya.
    1. Adakah biasiswa ini hendak dibayar balik selepas saya tamat pengajian?
    2. Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun, apakah jenis perkejaan yang akan ditawarkan? adakah perkerjaan itu dibawah kerajaan?
    sekian terima kasih.^^

    1. beliamuda Avatar

      @khoo, selamat sejahtera. jujur saya katakan, saya hanya menyiarkan makluman sahaja untuk biasiswa ini. Adalah lebih baik jika anda berhubung sendiri dengan pihak mereka.

  3. helmi Avatar
    helmi

    tawaran untuk master cam tak de je..

  4. MUNIRAH Avatar
    MUNIRAH

    education student can also apply this scholarship???
    im,1year degree student in education of chemistry..can i apply this scholarship??is it still open for july intake??

    1. beliamuda Avatar

      @MUNIRAH, i don’t think it will be available for edu student.

  5. has Avatar
    has

    biasiswa untuk pljr diploma ade x?utk pljr yg dpt pointer cgpa above 3.5..sy amat memerlukn biasiswa..

    1. beliamuda Avatar

      @has, ada >> JPA.

      1. has Avatar
        has

        @beliamuda, tp saya dah masuk semester 5.jd,ada peluang lg x?

        1. beliamuda Avatar

          @has, boleh je lagi (tapi biasiswa JPA dah tutup 16 Julai lalu).

  6. ismalieza Avatar
    ismalieza

    salam..nk tnya,biasiswa untuk dipl0ma xde ke..?

    1. beliamuda Avatar

      @ismalieza, wasalam, ada je badan/organisasi lain yang tawar biasiswa untuk diploma.

  7. asliza Avatar

    untuk pelajar diploma kat mane nk daftar permohonan xde pn??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge