Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2010

Salam sejahtera buat semua.

Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang  jasa  Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi.

Continue reading

Tawaran Biasiswa MNRB 2010

Salam sejahtera buat semua.

TABUNG BIASISWA MNRB, sebuah tabung yang ditubuhkan oleh MNRB HOLDINGS BERHAD (sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia) mempelawa permohonan biasiswa daripada pelajar-pelajar Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian SPM/STPM dan bercadang untuk mengikuti pengajian bagi kursus-kursus Matrikulasi/Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau kursus professional sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang diiktirafkan.

Continue reading

Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2009

Salam sejahtera buat semua.

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2009/2010 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bidang

Semua bidang diperingkat diploma di mana-mana politeknik bagi sesi 2009/2010.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2008/2009 atau pada bulan Julai sesi 2009/2010
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian 6C dalam Bahasa Melayu
  6. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain Continue reading

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2009

Salam Sejahtera buat semua.

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2009 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang. Continue reading