Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2010

Salam sejahtera buat semua.

Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang  jasa  Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

(i)  Warganegara Malaysia.

(ii)  Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

(iii) Baru tamat Semester Satu *, Tahun Pertama Ijazah Pertama di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam negara.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum

(i)  Memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM / STPM / Matrikulasi/ Asas.

(ii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

(iii) Memperolehi PNGK / CGPA minimum 3.50 dalam peperiksaan Semester Satu Tahun Satu (1),program Ijazah Sarjana Muda.

(iv) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang / aktif dalam ko-kurikulum.

(c) Syarat Tambahan

(i)    Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas   tamat pengajian yang ditaja.

* Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan penuh Semester Kedua, Tahun Pertama, iaitu apabila sah mendapat PNGK / CGPA melebihi 3.5 untuk Tahun Pertama.

KADAR BIASISWA

Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:

(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh IPT.

(ii) Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.

(iii) Elaun Buku bernilai RM500 / semester.

(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amal / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).

(v) Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).

PERMOHONAN

Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.  Semua Permohonan mesti dibuat melalui Timbalan  Naib  Canselor(Hal  Ehwal  Pelajar) universiti anda.  Jika tidak ia akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2010

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk  temuduga.

Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.

* muat turun Borang Biasiswa Tunku Abdul Rahman

YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

ARAS 1, BLOK E14, PARCEL E, PRESINT 1

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62505 PUTRAJAYA.

TEL: 03-8888 6107/ 8888 6108

FAKS: 03-8888 6095

[Laman Web Biasiswa TAR]

Comments

32 responses to “Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2010”

  1. ash Avatar

    Hummm…napela tak tau time degree dulu. Hehehe…

    1. beliamuda Avatar

      @ash, dah abeh degree ke ni?

  2. ROCKprincess Avatar

    wow…
    thks for posting this…
    gud info for 1st year bachelor student like me…
    kalu ader pape info pasal scholarship gik post arr ek…
    thks again…

    1. beliamuda Avatar

      @ROCKprincess, ada satu lagi latest entri tentang dermasiswa.

  3. mi vida Avatar

    erm..dh sem 5,melepasss!!!

  4. hazwani Avatar
    hazwani

    salam…best gak twrn ni..
    tp kn, ble erk twrn bsiswa JPA n KPM akn di buka??
    lau sape2 tau, ley x kongsi…?

    1. beliamuda Avatar

      @hazwani, ada dua kali dalam setahun. satu untuk luar negara (Feb) dan untuk dalam negara (Jun).

  5. AZIE Avatar
    AZIE

    salam..biasiswa untuk pelajar yang sambung master ada tak?..thanks..:)

    1. beliamuda Avatar

      @AZIE, untuk master takde rasanya (bagi biasiswa TAR ni la).

  6. dila Avatar
    dila

    ad tak biasiswa tok student tahun 1 sem 2????ble tawaran tu dbuka..

    1. beliamuda Avatar

      @dila, biasiswa JPA boleh rasanya. nnt tengok dalam syarat tawaran biasiswa JPA.

  7. khai Avatar
    khai

    kalau 1st sem dpt less than 3.5 memg xbole apply yek??lau 2nd sem bole tlg dpt kn jd 3.5 4 da 1st year of study xbole apply jugak ye??

    1. beliamuda Avatar

      @khai, kelayakan seperti yang dinyatakan di atas. lagipun, bilangan calon yang diterima, tidaklah ramai.

  8. kid Avatar
    kid

    salam. ada x twrn tok 1st sem foundation stdnt?

    1. beliamuda Avatar

      @kid, biasiswa untuk foundation memang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana badan (kecuali MARA untuk uni dan bidang tertentu dalam keadaan tertentu).

  9. hanii Avatar
    hanii

    tawaran biasiwa TAR dibuka untuk pelajar lepasan SPM 2009 tak?
    and apa kursus yg ditawar?

    1. beliamuda Avatar

      @hanii, biasiswa ni baru je ditutup tempoh hari.

  10. ALISSA Avatar
    ALISSA

    salam…sya baru apply Julai punya sem…..tpaksa tunggu 1 year ekh then boleh apply bia ini???

    1. beliamuda Avatar

      @ALISSA, mengenai biasiswa ni, saya tak tahu macam mana cycle nya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge