Salam sejahtera buat semua.
Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(iii) Baru tamat Semester Satu *, Tahun Pertama Ijazah Pertama di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam negara.
(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i) Memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM / STPM / Matrikulasi/ Asas.
(ii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iii) Memperolehi PNGK / CGPA minimum 3.50 dalam peperiksaan Semester Satu Tahun Satu (1),program Ijazah Sarjana Muda.
(iv) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang / aktif dalam ko-kurikulum.
(c) Syarat Tambahan
(i) Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.
* Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan penuh Semester Kedua, Tahun Pertama, iaitu apabila sah mendapat PNGK / CGPA melebihi 3.5 untuk Tahun Pertama.
KADAR BIASISWA
Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh IPT.
(ii) Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
(iii) Elaun Buku bernilai RM500 / semester.
(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amal / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).
(v) Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).
PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Semua Permohonan mesti dibuat melalui Timbalan Naib Canselor(Hal Ehwal Pelajar) universiti anda. Jika tidak ia akan ditolak.
Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2010
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.
* muat turun Borang Biasiswa Tunku Abdul Rahman
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
ARAS 1, BLOK E14, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA.
TEL: 03-8888 6107/ 8888 6108
FAKS: 03-8888 6095
nk tanya..stdnt 2nd year ijazah srjana muda bole apply tak?
selamat sejahtera, saya ada beberapa soalan, harap tuan dapat menjawabkannya.
1. Adakah biasiswa ini hendak dibayar balik selepas saya tamat pengajian?
2. Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun, apakah jenis perkejaan yang akan ditawarkan? adakah perkerjaan itu dibawah kerajaan?
sekian terima kasih.^^
@khoo, selamat sejahtera. jujur saya katakan, saya hanya menyiarkan makluman sahaja untuk biasiswa ini. Adalah lebih baik jika anda berhubung sendiri dengan pihak mereka.
tawaran untuk master cam tak de je..
education student can also apply this scholarship???
im,1year degree student in education of chemistry..can i apply this scholarship??is it still open for july intake??
@MUNIRAH, i don’t think it will be available for edu student.
biasiswa untuk pljr diploma ade x?utk pljr yg dpt pointer cgpa above 3.5..sy amat memerlukn biasiswa..
@has, ada >> JPA.
@beliamuda, tp saya dah masuk semester 5.jd,ada peluang lg x?
@has, boleh je lagi (tapi biasiswa JPA dah tutup 16 Julai lalu).
salam..nk tnya,biasiswa untuk dipl0ma xde ke..?
@ismalieza, wasalam, ada je badan/organisasi lain yang tawar biasiswa untuk diploma.
untuk pelajar diploma kat mane nk daftar permohonan xde pn??