Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Logo 20 SBT 2010

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

beliamuda: Baru tahu Sekolah Sains Alam Shah dan Sekolah Sultan Alam Shah adalah dua entiti berbeza.

Disunting semula daripada Utusan Malaysia Online

107 thoughts on “Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010

    • @jon,

      Ak rse SASER trbaik dr segi akademik jea, tp koko mngarut..based on SBT, dorg nk usya skolah yg trbaik dlm smua bdang bkn akademik jea but all…

  1. Ak rase kesian gler STAR Ipoh x msuk list nie..padahal ktorng lebih lyk drpd MC..Ak rse sbb STAR xde dlm nie maybe coz of disicpline…usya tyme 2007, ktorng skit lg nk dpt kluster then dak2 form 5 tahun tuh buat taik lak trus kne tarik..akhir 2008 bru dpt kluster…sdeyh siot STAR xde..padahal ktorg beat MC dlm smua bnde kot…usya debate, rugby, hoki, exam cm PMR and SPM ktorng best in Perak but damn MC still got the privilege…ak rse MC ad org dlm kementrian sbb tuh dorg dpt awl..padahal disiplin dorg lg truk drpd kter…usya SBP premier smua ad dlm list, TKC, STF, SSP,SAS, SDAR…ktorg jea trcicir..pastu sggup dorg ltak soksek yang tahpape tuh dlm list..mmg panas tol..soksek trbaik dr segi ap???and even MC dpt sbb history die yg cm hebat padahal skrg dorg mgarut jea…

    -luahan hati sorg starian-

    • @hensemlad.., aku rse la kan.. from my point of view as org awam.. ko igt jmenterian bodo2 je ambik sume2 skola ni? dorang sure2 dh wt researce n kaji awal2.. klau ko rse MCKK ade org dlm kementerian, STAR pn ade gak, STF pn ade gak n mcm2 lg ade.. klau ko ckp STAR beat korang dlm sume bnde.. korang beat dorang x dlm Old boys asspciation? x kn? old boys association MCKK, MCOBA is one of the best old boys association kt malaysia.. psal pemilihan high performance school ni, dorang tgk dr sume aspek. klau korang ckp korang dh beat sume bnde.. korang tgk leadership dorang.. dorang organize international youth summit skola dorang.. korang ade terpikir nk wt? klau ade pernah x korang wt? complicated kn? n bnyk lg reason yg menunjukkan doran mmg layak.. yg korang klau dh pnas buat la the best.. dr sume aspect.. klau stakat tgk kokurikulum n academic dlm skola je susah r.. kte nk produce next generation yg berkualiti.. dr sume aspek.. skola2 yg laen klau kte tgk mmg bnyk dorang pny sume aspek power.. cube klau ko carik kelemahan dorang je. ko pn rse dorang x layak nnt kn? so pkir2 la sendiri

      • @intercept93, Hey, ak bkan nk pihak kpd sesiapa lah. Tapi ak rse btul point hensemlad tu, knape sekolah yang lebih layak tak diberi keutamaan? Macam contoh, Sekolah Sains Syed Putra. Siapa yang pernah dengar pasal sekolah tu? Brapa lama dah sekolah tu brada dalam era pendidikan negara? Kenapa tak beri keutamaan kepada sekolah yang lebih ‘established’ yang mempunyai nama yang gah seperti Victoria Inst., Kolej Sultan Abd Hamid dan STAR itu sendiri? Siapakah nilai jemaah nazir sekolah yang membuat pemantauan tentang kehebatan sesebuah sekolah itu? Sememangnya MCKK layak disenaraikan sebagai salah sebuah sekolah berprestasi tinggi, namun dimanakah letaknya benchmark terhadap pemilihan itu sendiri? Seperti contoh Sains Syed Putra; apakah pencapaian terbaik mereka? penganjuran pertandingan antarabangsa yang pernah dibuat oleh pihak sekolah? siapakah tokoh dari sekolah terbabit?

  2. Pingback: Senarai 10 Sekolah Amanah Tahun 2011 | beliamuda {dot} com

  3. hmm , xpyh la nak gaduh2 pasal sbp . act , kementerian tengok dr semua aspek , student2 skolah tu yg dah berjaya , and ada bg sumbangan pd negara etc . bukan just depends on aktiviti and kejayaan sekolah je . diorg jgk tgok dr keberhasilan murid , n pncapaian sekolah d plbagai peringkat , cntohnya , ada link dgn sekolah2 luar ngra dll . so , jangan lah pertikaikan sgt . kalau ada rezeki , sekolah anda akan dpt juga di lain tahun . okey yaa^^

  4. sy ex-kisas.. br je habis form 5 tahun lepas..
    so, sy smpt la merasai nikmat SBT di kisas selama setahun..
    mmg penat sbb sekolah kena buat banyak aktiviti agar penjenamaan SBT terlaksana & tidak ditarik balik…
    tp, still ade time utk buat aktiviti lain..
    sy doakan agar kisas terus maju dlm meniti arus kemajuan dunia..

  5. tak dpt sbt pun tak apa. apa2 pun SASER namamu teratas, takkan SASER hilang takhta 😀 dan kami dlm proses nk tukar nama. sains tuanku munawir 😛

  6. salam

    saya batch kedua ASiS. Sekarang di luar negara. macam tak percaya je ASiS tak tersenarai. Sebab ASiS maintain top ten…

  7. Pingback: Senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge