Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Logo 20 SBT 2010

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

beliamuda: Baru tahu Sekolah Sains Alam Shah dan Sekolah Sultan Alam Shah adalah dua entiti berbeza.

Disunting semula daripada Utusan Malaysia Online

107 thoughts on “Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010

  1. datuk dr.rais yatim ade dtg sekolah tmpt sy mengajar ari selasa lepas..cuba teka sekolah mane?hehe
    semalam tgk tv1..pengetua masuk tv sbb amik anugerah SBT..hehe
    mantap2..byk kali dah masuk tv yer..tahniah!!!
    marilah kita sama2 kekalkan kecemerlangan sekolah kita yer para guru sekalian..(“,)..

  2. alhamdulillah,,
    akhirnya SMK(P)ST.GEORGE,PENANG atau dikenali sbg SGGS, dpt gak SBT nie..dr sekolah kluster ke sekolah berprestasi tinggi..
    congrets SGGS!!!i’m proud to be exgeorgian!!=)

  3. aku x puas hati!!!…asal sume sek sbp elit dpt except STAR..apa lg yg kerajaan nk ni!!kitorng dh buat yg t’baik spnjng tahun pn masih lg dorng x pandang…dpt kluster pn lmbt!!>xpe..kpd sume jr.starian kitorng senior kt sini hrp korng buat yg t’baik utk name sek kite..STAR,IPOH:-B)

  4. sekolah yg mempunyai pelajar yg telah menerima pangkat seperti datuk,tan sri dan sbagainya baru dipilih sebagai sekolah berprestasi tinggi,sbab tu ASiS mahupun SASER tidak dipilih,

  5. huh..
    pape tah..
    ni sume skola2 elit jer..
    ngarOwt ah.,
    lam snarai cemerlang sPm tarak pon..
    kisas je ader..
    yg lain hampeh..
    stf n mckk mane up sgt akademik..
    koKo je lebih..

  6. actually, mrsm serting tuh mmg form 4-5 jer..tp 2000 smpai 2002 mrsm serting bukak utk form 1…pastu stop kejap..kalo ikut ikin, maknenye 2007 mrsm serting bukak balik la utk form 1…

    i’m so sure about this cz i enrolled as form 1 kt mrsm serting in 2000 & i stayed until spm 2004.

  7. Banyak PRO dan KONTRA mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi ni. Pendapat peribadi saya, SBT hanya akan melebarkan jurang antara sekolah-sekolah yang memang sudah ternama dan mendapat “sokongan” dari ALUMNI/PIBG/SWASTA berbanding sekolah-sekolah harian dan luar bandar.

    p/s : Dikatakan SBT mendapat peruntukan perkapita RM1000 bagi setiap pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge