Ayat Motivasi Diri – Kebenaran Sebuah Kegagalan

Salam sejahtera buat semua.

Koleksi kata-kata hikmah

Meneruskan siri entri kata-kata hikmah yang telah lama tidak ditambah, hadirlah entri ini. Entri ini juga sebagai salah satu cabaran kepada Hidup Berani Untuk Gagal.

Dalam meniti kegagalan, sama ada yang telah dilalui atau bakal ditempuh, pasti ada yang rasa kecewa dan kecundang. Tidak kiralah sama ada bagi mereka yang terasa kegagalan dalam peperiksaan atau yang lebih teruk, kegagalan dalam kehidupan.

Ayat motivasi di bawah diambil dan dialih bahasa daripada tulisan puisi “Kebenaran Sebuah Kegagalan” oleh Robert Schuller.

  • Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
  • Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
  • Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
  • Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
  • Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
  • Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.

beliamuda: Semoga ayat motivasi diri mengenai “kebenaran disebalik sebuah kegagalan” ini dapat memberi sedikit sebanyak kepada yang membaca dan diri sendiri.

12 thoughts on “Ayat Motivasi Diri – Kebenaran Sebuah Kegagalan

  1. tahniah…
    kegagalan bukan titik akhir sebuah kejayaan tp sebenarnya titik permulaan senuah kejayaan..

    kesusahan adalah anugerah Allah yg paling bharga krn tiada siapa berani memohon kesusahan..

  2. “Kegagalan membuat kita meneliti diri, bangun daripada tersungkur untuk merangkak, berjalan, ataupun berlari tanpa berputus asa kembali ke jalan semula untuk tiba di sebuah garisan yang menentukan SIAPA KITA? Semuanya bermula dari kita sendiri.” YA @ TIDAK ( kita yang memilihnya… )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge