Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Lepasan SPM

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 2 November 2009.

Fasa

Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

  • Fasa 1 : Pendaftaran Pemohonan 2 November 2009 – 31 Disember 2009
  • Fasa 2 : Pengesahan Permohonan 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

Iklan

Iklan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf akan disiarkan pada 31 Januari 2010.

Nombor Unik ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Februari 2010. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 12 Oktober sehingga 13 November 2009, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.

Permohonan

Maklumat

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2010/2011 ini dibuat melalui Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM akan ditutup pada 30 Mac 2010.
  • Bagi mereka di bawah kategori C dan D tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 30 Mac 2010 juga.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

Para pemohon lepasan SPM dan setaraf yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA dijangka akan mendaftar sebagai pelajar baru pada 26 dan 27 Jun 2010.

Comments

35 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Lepasan SPM”

  1. n Avatar

    salam
    mcmna nk msuk ke ipta…terutama nk msuk universiti malaysia sabah
    ,…tolong bagitahu..plezzz

  2. azry Avatar
    azry

    salam…sy ialah azry dan bakal duduki spm 2010 ini….sy ingin tanye macam mana cara untuk sy dpt masuk ke ipta utk perguruan terutamanya dlm bidang perdagangan….apa syarat-syaratnya untuk sy dpt masuk ipta tersebut dan bila sy boleh mohon utk ke ipta tersebut? harap tuan/puan dpt membantu sy…ini emel sy >> ary_mraz@yahoo.com…terima kasih…..salam…

  3. farhaathiah Avatar
    farhaathiah

    salm…tahn ni sye akn mengambil spm….
    saye ingn melnjutkn peljrn ke ipta…
    bila blh mohn untk kemasukn???

    1. beliamuda Avatar

      @farhaathiah, aapbila permohonan dibuka, nanti akan diberitahu dalam blog ni.

  4. Mizam Avatar

    tlong kc thu sa lau ada ipta yg sudah d buka utk
    sesi kemasukan 2011 ne ya
    plesssssssssssss sa nak melanjutkan pelajaran ne….

    1. beliamuda Avatar

      @Mizam, melanjutkan pelajaran di peringkat mana? dari level mana?

  5. adila aziz Avatar
    adila aziz

    fasa 1 untk dax spm tahun ni da buka ke blom??

  6. fatin afeeqah Avatar
    fatin afeeqah

    urm..no pin tak beli lagi..
    nak mintak tesl..tak pon law..

  7. fyra Avatar
    fyra

    hey..sy nak tnya..saya lpsn spm 2010..
    saya tak buat p’mohonan ipta fasa 1 boleh ke sy isi yg fasa 2 punya?

  8. Sue Avatar

    pelik btul p’isi’n upu ni…
    x fhm….—–blurrrr—–
    knpa ckgu xda ckp pun psal fasa1,fasa2 ni…???

  9. eira Avatar
    eira

    tension r,nk crie fasa 2 xjmpa2 pown……….mmg nk msok cgt2,beliamuda bole tlong x??? plizzzzz

  10. M.K.I Avatar

    hmmmmmmm……ssh tol la nk msuk asasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge