Tarikh Tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Untuk Lepasan SPM, STPM dan STAM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2009 yang memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi tahun 2010, tarikh tutup permohonon dalam talian ialah pada 30 Mac 2010.

Borang permohonan aplikasi dalam talian bagi kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 telah mula dibuka mulai 2 Feb yang lalu. Setiap pemohon berpeluang untuk melakukan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Continue reading

Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Lepasan SPM

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 2 November 2009.

Fasa

Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

  • Fasa 1 : Pendaftaran Pemohonan 2 November 2009 – 31 Disember 2009
  • Fasa 2 : Pengesahan Permohonan 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

Continue reading