Penahanan Dr Asri oleh JAIS

Salam sejahtera buat semua.

Dr Asri ditahan

Semalam, saya terperasan tentang perbincangan berkaitan Dr Asri di twitter. Tweet tersebut hanya berkisar tentang kuliah yang akan diadakan Dr Asri.

Kuliah oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hari Ahad, 1 Nov 2009 jam 8.00mlm di No 2, Lrg 2C, Taman Sri Ukay. Semua dijemput hadir.

Minda Tajdid

Tidak berapa lama kemudian, timbul pula tentang rumah banglo kuliah tersebut diadakan telah dikepung oleh polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tapi, disebabkan keadaan yang agak letih dan tidak mengizinkan semalam, saya terpaksa tidur awal dan tidak dapat mengikuti apa yang berlaku seterusnya.

Dr Asri Ditahan

Awal pagi, selesai segala urusan penting, terus sahaja saya ikuti semula tweet yang tertinggal dan membelek akhbar-akhbar utama. Terkejut juga dengan tajuk utama di Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia Depan Dr Asri

Seperti yang ditulis dalam berita tersebut, Dr Asri telah ditahan lewat 12 tengah malam setelah rundingan dilakukan antara pegawai JAIS dan para tetamu serta tuan rumah.

Apa yang tidak enak ialah komen daripada salah seorang yang berada di tempat kejadian. Lobai Tampin dalam entri blognya mendakwa tindakan pegawai JAIS kelihatan tidak rasional dan kurang ajar berbanding tindakan pegawai polis yang lebih sopan.

Dr Asri dibebaskan semula sekitar 1.10 pagi setelah dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang. Tiada keterangan yang diambil selama sejam penahanannya. Tindakan penahanan ini telah menyebabkan orang ramai mempersoalkan motif JAIS atas tindakan ini yang menahan Dr Asri dengan tuduhan, “menyampaikan kuliah tanpa tauliah”.

Isu Bantahan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Beberapa hari sebelum itu, Dr Asri telah dikaitkan dengan bantahan oleh PGSM. Bantahan ini berkaitan dengan melantik Dr. Asri sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Memorandum bantahan ini telah dihantar kepada ang di-Pertuan Agong.

Di bawah ini ialah sidang media yang telah dilakukan oleh Dr Asri berkaitan isu ini.

Memorandum itu menyatakan Dr. Asri mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali serta tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jawatan Yang Dipertua Yadim ditawarkan kepada Dr. Asri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (diakui sendiri oleh Dr Asri dalam video pertama, sebanyak dua kali).

beliamuda: banyak spekulasi dibuat berkaitan dengan isu penahanan ini. JAIS dimaklumkan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Perdana Menteri telah menafikan penglibatan kerajaan pusat dalam kes ini. Tiada dakwaan dilakukan oleh JAIS pada pagi tadi. Ada berita melaporkan Dr Asri akan menyertai sebuah parti politik. Parti yang manakah?

23 thoughts on “Penahanan Dr Asri oleh JAIS

    • @orangmuda, perselisihan begini biasa berlaku.. asalkan ianya tidak melangkaui perkara asas dan wajib dalam Islam sudah cukup.. boleh minta pandangan mereka yang lebih tahu (jabatan agama) jika anda berminat..

  1. ni semua pasal politik punye pasallah!selfish!aku x suke semua ni,org nak ajar agame ditangkap,org buka kelab mlm sampai lewat mlm duduk goyang kaki.mcm mane tu?!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge