Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf

Salam sejahtera buat semua.

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2008 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2006 dan sebelum yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Continue reading

Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Lepasan SPM

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 2 November 2009.

Fasa

Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

  • Fasa 1 : Pendaftaran Pemohonan 2 November 2009 – 31 Disember 2009
  • Fasa 2 : Pengesahan Permohonan 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

Continue reading