Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Lepasan SPM

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 2 November 2009.

Fasa

Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

  • Fasa 1 : Pendaftaran Pemohonan 2 November 2009 – 31 Disember 2009
  • Fasa 2 : Pengesahan Permohonan 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

Iklan

Iklan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf akan disiarkan pada 31 Januari 2010.

Nombor Unik ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Februari 2010. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 12 Oktober sehingga 13 November 2009, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.

Permohonan

Maklumat

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2010/2011 ini dibuat melalui Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM akan ditutup pada 30 Mac 2010.
  • Bagi mereka di bawah kategori C dan D tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 30 Mac 2010 juga.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

Para pemohon lepasan SPM dan setaraf yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA dijangka akan mendaftar sebagai pelajar baru pada 26 dan 27 Jun 2010.

Comments

35 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Lepasan SPM”

  1. ernie Avatar
    ernie

    @beliamuda, apakah beza antara asasi dan diploma?

    1. beliamuda Avatar

      @ernie, asasi ni macam foundation (biasanya setahun atau dua sahaja), sedangkan diploma ni ambil masa empat tahun (mungkin tiga ada juga).

      1. acap Avatar
        acap

        @beliamuda,nak msok ipta cmne???
        sy x bli no pin…
        tp nak masok sangat2…

  2. hidayah Avatar
    hidayah

    permohonan biasiswa utk lepasan SPM 2009 dah ade ke belum..atau kena tgu result dlu…xbleh gune rsult trial??

    1. beliamuda Avatar

      @hidayah, tunggu result SPM.

      1. wan Avatar
        wan

        @beliamuda, susah kan nak masuk ke ipta dah puas taip tp x jumpa2 juga

  3. cute girl Avatar

    kwn2 ,cm ne ya nk mohon ke ipta/ipts bg lpsan spm 2oo9 ? aku x tau la …tlg tell me plez ….

    1. jutawan Avatar
      jutawan

      @cute girl, email saya ok lelakikaya10 @ gmail.com

      1. konfius Avatar
        konfius

        @jutawan, answer me…

    2. zahid Avatar
      zahid

      @cute girl, SESI SEMINAR PELUANG UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM PROGRAM DIPLOMA
      UITM UNTUK LEPASAN SPM & PELAJAR STPM MENENGAH RENDAH DENGAN
      JAMINAN KERJA SETELAH TAMAT PENGAJIAN..TEMPAT SEMINAR PAHANG, PERLIS,
      SABAH & KEDAH..KEPADA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MENGHADIRI SESI
      SEMINAR
      …INI SILA HUBUNGI …PEGAWAI JEMPUTAN UNTUK SEMAKAN KELAYAKAN
      TERLEBIH DAHULU..017-6485408…. EN ZAHID

      1. eyna Avatar
        eyna

        bla tu seminar brmula erk??

        1. zahid Avatar
          zahid

          @eyna, sudah bermula di seluruh malaysia… utk maklumat lanjut call sy k.. 0176485408

  4. emylin Avatar
    emylin

    camne ek nk mohon kemasukan program ijazah dlm ngeri???asyik2 PILN.bengang tol. b.i sya b.so xlyk r amik PILN.tp nk try r mohon dlm ngeri.tp xjmpe2 borg nyer pn…….

    1. beliamuda Avatar

      @emylin, tak bukak lagi.

  5. jannah Avatar
    jannah

    aq nk tao kalo utk prog.asasi kita boleh plih ke tmpt pgajian?

  6. loladyna Avatar

    nk tanye ble x..lau nk mohon ke maktab perguruan kn,…lamn web nye pe ek??? =p

    1. beliamuda Avatar

      @loladyna, cari KPLI. under MOE (KPM).

  7. challeDhA.. Avatar
    challeDhA..

    HUHUHU…bInGnUNg aRh CaM Na MaW oN9 kAt UiTm??????????

  8. zlr Avatar
    zlr

    Bila erayuan UPU sesi 2010/2011 nk keluar ni

    1. beliamuda Avatar

      @zlr, buat masa ni, tak pasti lagi. Ada yang kata keluar hari ni. Tengoklah camne nanti.

  9. piah Avatar
    piah

    salam… permohonan msuk k ipta tuk student spm 2010 da buka ka????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge