Salam sejahtera buat semua.

Saya tidak menyangka Perodua MPV Alza akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna. Dalam hanya 10 hari, sudah terdapat lebih 3,500 tempahan untuk MPV yang baru dilancarkan ini.
Harga yang ditawarkan untuk Perodua MPV Alza ini adalah diantara RM56,000 hingga RM64,000 seunit untuk model standard dan diantara RM67,000 hingga RM70,000 untuk versi yang lebih maju.
Untuk melihat reka bentuk dalaman dan luaran Perodua MPV Alza, anda boleh merujuk entri ini. Daripada perbandingan yang dibuat, Perodua MPV Alza bersaiz lebih kecil daripada kereta MPV lain yang terdapat di Malaysia seperti Proton Exora dan Toyota Avanza.
Di bawah ialah perbandingan harga yang dipaparkan di laman web rasmi Perodua untuk keenam-enam varian bagi enjin 1.5-liter. Sila klik untu saiz paparan gambar yang sebenar.






Untuk spesifikasi lebih lanjut bagi setiap varian Perodua MPV Alza ini, anda boleh semak di sini. Anda juga boleh memuat turun brosur Perodua MPV Alza. Secara ringkas, versi Advanced mempunyai ciri-ciri keselamatan berbanding dengan versi biasa.
beliamuda: [1] Alza dalam Bahasa Sepanyol bermaksud “rise”, menggambarkan kebangkitan Perodua dalam bidang automotif negara. [2] Dua versi Perodua MPV Alza yang lebih maju akan diperkenalkan pada Mac tahun hadapan dengan bodykit lengkap, GPS yang lengkap dengan kamera pandang belakang, tinted windows dan tempat duduk daripada kulit.
Leave a Reply