beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Harga Perodua MPV Alza

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

Salam sejahtera buat semua.

TPM lancar Perodua MPV Alza (the sun daily)

Saya tidak menyangka Perodua MPV Alza akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna. Dalam hanya 10 hari, sudah terdapat lebih 3,500 tempahan untuk MPV yang baru dilancarkan ini.

Harga yang ditawarkan untuk Perodua MPV Alza ini adalah diantara RM56,000 hingga RM64,000 seunit untuk model standard dan diantara RM67,000 hingga RM70,000 untuk versi yang lebih maju.

Untuk melihat reka bentuk dalaman dan luaran Perodua MPV Alza, anda boleh merujuk entri ini. Daripada perbandingan yang dibuat, Perodua MPV Alza bersaiz lebih kecil daripada kereta MPV lain yang terdapat di Malaysia seperti Proton Exora dan Toyota Avanza.

Di bawah ialah perbandingan harga yang dipaparkan di laman web rasmi Perodua untuk keenam-enam varian bagi enjin 1.5-liter.  Sila klik untu saiz paparan gambar yang sebenar.

Perodua MPV Alza 1.5L GX

Perodua MPV Alza 1.5L GX

Perodua MPV Alza 1.5L EZ

Perodua MPV Alza 1.5L EZ

Perodua MPV Alza 1.5L GXi

Perodua MPV Alza 1.5L GXi

Perodua MPV Alza 1.5L EZi

Perodua MPV Alza 1.5L EZi

Perodua MPV Alza 1.5L GXi Advanced

Perodua MPV Alza 1.5L GXi Advanced

Perodua MPV Alza 1.5L EZi Advanced

Perodua MPV Alza 1.5L EZi Advanced

Untuk spesifikasi lebih lanjut bagi setiap varian Perodua MPV Alza ini, anda boleh semak di sini. Anda juga boleh memuat turun brosur Perodua MPV Alza. Secara ringkas, versi Advanced mempunyai ciri-ciri keselamatan berbanding dengan versi biasa.

beliamuda: [1] Alza dalam Bahasa Sepanyol bermaksud “rise”, menggambarkan kebangkitan Perodua dalam bidang automotif negara. [2] Dua versi Perodua MPV Alza yang lebih maju akan diperkenalkan pada Mac tahun hadapan dengan bodykit lengkap, GPS yang lengkap dengan kamera pandang belakang, tinted windows dan tempat duduk daripada kulit.

24

November
2009
Masa: 6:00

46 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. bole th gak hrga die..br dpt yg ni,model len lak kua..haha

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @azizan4444, lambat lagi model baru nak kuar… 2011 baru ni Perodua nak facelift @ revamp MyVi…

    [Reply]

  2. he…23x harga dh nk dekat same dgn vios je

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @framestone, tapi vios kete bese kan…

    [Reply]

  3. exclusive gak pembuatan die ni yer bro..bile la aku leh pakai..huahaha

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Mr. Cuz, nnt dah ada famili yang tak muat kalau pakai kete bese.. hehe~

    [Reply]

  4. palie

    saya lebih suka exora dari alza ,alza macam hampeh…mpv kotak mancis….siapa beli rugiii….belila exora banyak kelebihannya….luas dan selesa….

    [Reply]

    cassira Reply:

    @palie,

    salah tu…jangan dikata kotak mancis..exora punya rekabentuk pun tak la secantik mana

    dan kena dengar dan lihat betul…alza adalah kereta juga mpv…maknanya ia adalah kereta yang kadangkala dalam masa diperlukan boleh juga jadi mpv…

    bagi saya seorang wanita..pergi kerja sorang2 ok juga bawak alza ni dan senang parking..exora senang parking?…apabila perlu barulah seat ke3 itu digunakan…tak jadi masalah pada saya

    sekarang saya berfikir mahu myvi or alza saja

    [Reply]

    takderkete Reply:

    @cassira, sy lak tgh pikir mane nk beli ni.. naza citra ke.. alza… tolong bagi pendapat.. harga lebih kurang jer..

    [Reply]

    cassira Reply:

    @takderkete,

    saya sudah beli alza premium manual/….sangat berbangga memilikkinya….tiada masalah…naik bukit
    untuk menuju ke sekolah saya yang kawasan dalam tu laju ja…ada satu kawsan tu…jalan kolam di area kota kinabalu sabah…bukit curam..alza saya naik best saja….

    row ketiga…tak macam yang orang cakap….masih sejuk walau cuaca panas..pengudaraan air con sampai dengan baik…orang yang duduk di third row saya kata sejuk juga

    alza la yang paling sesuai dengan saya

    [Reply]

  5. kunta kinte

    betui kata palie tu….saya pakai exora naik genting ok jeee..alza kalau dia buat body lebar macam exora dah tentu ramai orang nak beli…kalau anak ramai lebih selesa pakai exora,buatan malaysia juga kan…

    [Reply]

    M.pp Reply:

    @kunta kinte, klu alza pki sport rim saiz 17 cm ne..ok …rasa2 msh da pickup x.

    [Reply]

  6. myvi SE ttp di hati :D
    nazra´s last blog ..Apabila mak suruh cari calon suami. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, myvi EE pun ok jugak kan?

    [Reply]

    nazra Reply:

    @beliamuda, tp mmg dh terpikat ngn keta myVi kaler orange lah. jatuh hati gila2 :D
    nazra´s last blog ..Lelaki berpayung, Perempuan berbaju hujan My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, kaler tu memang smart pun…

    [Reply]

    takderkete Reply:

    @nazra, ni nk cari kete ke nk cari laki???? hehehhehee

    [Reply]

  7. ija

    adoi.. dah test drive alza auto.. pickup langsung takdela.. pickup lg kancil auto 660… ha..ha..ha..

    [Reply]

  8. aku e

    Tempat duduk bagi pemandu terlalu rendah.(tpye standard) tidak seperti MPV lain. Jadi pemandangan tidak selesa atau jelas krtika memandu, dashboard terasa terlalu tinggi menghalang pandangan.

    [Reply]

    cassira Reply:

    @aku e,

    saya pun dah tengok alza tu…seat tu boleh adjust lah..tingi rendah dia

    [Reply]

    seera ashikin Reply:

    ang ni pendek kot….

    [Reply]

  9. jimi

    Boleh tahan gak MPV ALZA ni.tapi kereta keluaran Perodua gue jamin ada kualiti.body pun boleh tahan berbanding exora.exora kosong je gue tengok.xmenarik.pastu kebnyakan gue dengar kereta keluaran proton ni banyak masalah.ada terdengar kereta terbakar secara tiba2 time drive.pelik tu.kereta cucuh api kut.ada dengar bru guna 2 bulan putus tali minyak,bocor sini bocor situ tengok2 proton pasang komponen x berkualiti dan murah.nak untung banyak ke,tp pelanggan menderita.ada orang kate bli kereta proton ni atas nasib,boleh yang baik Alhamdulillah,boleh yang xbaik sedihnya.aik,selama gue guna kereta honda xpernah dengar lak dapat kereta baru atas nasib baik ke x baik.ok ke x ok.pilih kereta macam pilih jodoh gak ek.anak dara ke janda yang dapat.huhuhu.

    [Reply]

    riv Reply:

    @jimi,
    mana lu tau beb keta selain Proton some nye berkualiti, klau lu tgk pasal keta tebakar byk lg keta Produa yg tebakar, lu x tgk n x dgr brita ka beb ish3, bukan gua nk ngutuk kat produa ni dia pun buat kereta BUKAN buatan Malaysia, upssss, tapi betui apa company ni copy n paste sj n ubah sikit2 je huhuhu, lg 1 kalau tgk viva body betui2 tin kosong je (pengalaman aku pakai viva ni nyesal aku, bg gua walaupun keta Proton bukanlah baik sgt namun gua berbangga dgnnye sbb design n development also RND somenye dibuat sendiri oleh tgn2 anak watan kita (Melayu & bumi,cina,india), kalau lu kata beli keta Proton tgk nasib je, setahu aku Proton dah jual keta lebih dari 9 Juta keta apakah semuanya ada atas nasib je (klau lu pikir mcm tu gua igt lur kena belajar balik math la), aku rs lu la yg kurang benasib baik krn x pakai keta Proton huhuhu, keta Honda xyah ckplah mmg org tau keta je mahal tp mcm hampeh spare part mahal, service payah, engine cepat over heat walaupun baru 150km jln(CRV),transmission jammed tgh jln, safety kureng (rsnya baik lg viva aku walaupu tin kosong je)…akhir kate lu pikir la sendiri kuang3.

    [Reply]

  10. elvinda

    MPV Alza ka… Exora ka… bergantung kepada kemampuan… apa-apa pun belilah barangan buatan Malaysia

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @elvinda, betul2…

    [Reply]

  11. pok…ooh
    tahniah pada perodua lahirkan satu lagi produk automobil mpv yang
    amat membanggakan.Rekabentuk memang lawa dan sporty sesuai dengan mottonya kereta juga mpv.Inilah kereta serbaguna yang i amat impress sekali dalam semua keluaran mpv.amat berbaloi kualiti dan juga harga. i teruja sebab memang kengaman dari semua segi dan terus tempah model yang lebih maju dan dinamik yang akan dilancarkan mac tahun depan.Syabas kepada perodua!

    [Reply]

  12. SygMalaYsia

    Tahniah perodua berjaya lancarkan kereta perodua baru.
    Seperti yang kita semua sedia maklum ALZa adalah bukanlah dicipta oleh
    perodua, ianya kereta yang dihasilkan hasil kerjasama antara toyota & Daihatsu..
    So jangan la minta besarkan kereta tu, panjangkan kereta tu,Tambah power engine..
    perodua tak mampu nak buat..melainkan toyota atau dahatsu keluarkan versi baru baru le perodua dapat manfaatnya.
    ape yang akan perodua mampu buat ialah tambah aksesori. Kita tunggu.

    [Reply]

    riv Reply:

    @SygMalaYsia,
    Gua setuju ngan lu beb, mmg cantik keta Alza ni, tp sayang ianya bukan buatan Malaysia, pendek ceta copy n paste je huhu, x mampu nk design keta sndri huhuhu, ish3 sedih betui

    [Reply]

  13. cassira

    saya memang suka keluaran perodua..tak kira la apa orang nak kata….

    sekarang ada kancil saja untuk ke mana2..jimat dan murah…walau 660cc saja…dijaga dengan baik dan selalu servis

    walau kecik dan enjin hanya 660cc…tapi dapat juga naik bukit
    jika ada yang tahu keadaan muka bumi di kg kiapad inanam sabah..korang akan terkejut dengan kemampuan kancil ku

    sekarang saya berfikir untuk sebuah kereta lagi

    MyVI or Alza…yang lain tak mahu

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @cassira, generasi kancil dah takde dah lepas ni…

    [Reply]

  14. incik belia muda, Alza neh bes x?
    Alza ke Exora bes?
    ZT´s last blog ..:: Selamat Tahun Baru 2010 :: My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ZT, saya nak cakap pun susah sebab saya tak compare dua2.

    [Reply]

  15. Join Perodua Alza Club now @ http://www.alzaclub.my.
    An Online Community/Forum/Club for Owners and Fans of Perodua Alza.

    [Reply]

  16. uMMU hANIE

    bagaimana dengan aircond bahaian belakang? ada host khas atau dari depa je?? tingkap belakang boleh buka ke?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @uMMU hANIE, air-cond ada depan je. takde kat belakang. yg tingkap belakang sekali rasanya tak boleh bukak. mmg standard kereta MPV.

    [Reply]

    cassira Reply:

    @beliamuda,

    sejuk jugala

    saya sudah dapat alza saya..yang premium manual

    ok ja..sejuk saja di belakang tu…saya sudah test…alza saya tu kalau di sekolah parking memang tak de bumbung…apalagi panas la sehingga tengahari..tunggu saya abis waktu kerja..tengahari tu saya masuk dalam alza..kasi on kuat maksimum air con selama 2 minit…then tukar ke tahap dua

    then saya gi duduk seat ke 3…ala..terasa lagi angin tu blow muka saya…siap tergerak2 lagi tudung depan saya…

    tiada masalah bah air con dia samapai juga ke third row

    [Reply]

  17. kundang

    sebuah MPV @ kereta yg bagus,injin senyap,harga berpatutan,sy dh beli sebuah warna putih mutiara MODEL PREMIUM,memang power..tak menyesal siapa yg beli…sy trade in kereta proton waja tahun 2002,,,tp harga sedih beb jika nak dibandingkan dengan harga kereta jenis KELISA dan KENARI tahun yg sama…kenapa? Org yg nak beli WAJA tu tanya “U punya kereta Enjin yg mula-mula keluar atau Enjin Campro”.Sy tanya”Apa beza kedua-dua injin tersebut” Dia kata”Injin lama bagus tp campro susah mahu jual,harga pun tak bagus”

    [Reply]

  18. takderkete

    lebih kurang ngan harga naza citra la pulak..

    [Reply]

  19. uMMU hANIE

    siapa boleh beri komen perbandingan antara alza dan avanza? ansuran bulanan,interest,minyak, harga jualan selepas guna(2hand), pickup dan ciri2 keselamatan. terima kasih.

    [Reply]

    cassira Reply:

    @uMMU hANIE,

    gi tanya kawan2 yang ada avanza…kalau saya di sabah ni…saya tidak prefer beli avanza sebab di sini ia banyak betul digunakan sebagai bus penumpang

    alza tentu tak akan diguna sebagai kenderaan penumpang

    bagi saya pengguna alza yang baru 2 minggu

    minyak: (saya hari2 gerak dari rumah pergi tempat kerja..yang jauh dari kawasan bandar yang sibuk dengan trafic light dan jem ke kawasan kampung yang berbukit2…kira 50km pulang balik)
    lima hari bekerja…250km itu tak masuk saya singgah2 ke mana2 lagi

    hanya rm50 seminggu………full tank
    jumaat samapai umah dari tempat kerja blink2 sudah lamapu amaran minyak,begitula

    air con: tip top..third row pun masih rasa muka tu di kenakan air con

    tempat duduk selesa

    saya ni lagi gemuk..berat 90kg masih juga masuk itu alza bah

    [Reply]

  20. Sy nak bli new saga atau alza? Mana save minyak?

    [Reply]

  21. azman

    untuk dibawa ke opis alza atau exora tak sesuai, yang paling sesuai samada kancil atau kelisa sahaja.malah nak ke pasar pun lebih sesuai kancil atau kelisa , lainlah kalo nak bawa satu famili ke pasar. tak perlu nak ungkit kisah lama proton.. masalah itulah masalah inilah. lagi sesuai kalo surf tengok masalah semasa. kalo ungkit kisah lama 100 tahun lagipun proton tetap bermasalah.saya dah surf tentang masalah terkini alza dan proton. boleh dikatakan semua bermasalah almaklumlah 1 batch.saya sekarang ni pun sedang memikirkan nak memilih samada alza atau exora.. still do some research..tak rugi menunggu..

    [Reply]

  22. stiven ak maran

    slmt pg.. sy mahu tanya brapa harga alza yg auto.. mline.. kalau full loan@10%…tq.. sila balas secepat mungkin..

    [Reply]

  23. jailani

    Kalau ada duit beli lah yang mahal, mcm stream ke atau grandis. kalau tak ada duit ambil je alza atau exora. dua keta ne memang tak sempurna.Ada kelebihan dan kekuranganya. Jadi lu pikir lah sendiri alah membeli menang memakai begitulah sebaliknya.TQ

    [Reply]

  24. myvi to you je alza

    [Reply]

  25. Joe

    Saya memiliki Ford Ranger 2.5 (4×4) dan isteri saya proton saga BLM… Sejak keluar Alza ni… terasa nak memiliki MPV. Mana patut saya korbankan Ford ranger ataupun Saga blm? Kerja saya selalu masuk site.. jadi ulang-alik pakai Ranger.. isteri saya kerja dalam bandar je… tetapi selalu balik kampung yang 800km jauh dari rumah. Mana lebih berbaloi sama ada saya ambik Alza atau trade-in salah satu kereta ataupun x payah tukar… Tolong bg pendapat ye… bingung ni..

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan