Harga Perodua MPV Alza

Salam sejahtera buat semua.

TPM lancar Perodua MPV Alza (the sun daily)

Saya tidak menyangka Perodua MPV Alza akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna. Dalam hanya 10 hari, sudah terdapat lebih 3,500 tempahan untuk MPV yang baru dilancarkan ini.

Harga yang ditawarkan untuk Perodua MPV Alza ini adalah diantara RM56,000 hingga RM64,000 seunit untuk model standard dan diantara RM67,000 hingga RM70,000 untuk versi yang lebih maju.

Untuk melihat reka bentuk dalaman dan luaran Perodua MPV Alza, anda boleh merujuk entri ini. Daripada perbandingan yang dibuat, Perodua MPV Alza bersaiz lebih kecil daripada kereta MPV lain yang terdapat di Malaysia seperti Proton Exora dan Toyota Avanza.

Di bawah ialah perbandingan harga yang dipaparkan di laman web rasmi Perodua untuk keenam-enam varian bagi enjin 1.5-liter.  Sila klik untu saiz paparan gambar yang sebenar.

Perodua MPV Alza 1.5L GX
Perodua MPV Alza 1.5L GX
Perodua MPV Alza 1.5L EZ
Perodua MPV Alza 1.5L EZ
Perodua MPV Alza 1.5L GXi
Perodua MPV Alza 1.5L GXi
Perodua MPV Alza 1.5L EZi
Perodua MPV Alza 1.5L EZi
Perodua MPV Alza 1.5L GXi Advanced
Perodua MPV Alza 1.5L GXi Advanced
Perodua MPV Alza 1.5L EZi Advanced
Perodua MPV Alza 1.5L EZi Advanced

Untuk spesifikasi lebih lanjut bagi setiap varian Perodua MPV Alza ini, anda boleh semak di sini. Anda juga boleh memuat turun brosur Perodua MPV Alza. Secara ringkas, versi Advanced mempunyai ciri-ciri keselamatan berbanding dengan versi biasa.

beliamuda: [1] Alza dalam Bahasa Sepanyol bermaksud “rise”, menggambarkan kebangkitan Perodua dalam bidang automotif negara. [2] Dua versi Perodua MPV Alza yang lebih maju akan diperkenalkan pada Mac tahun hadapan dengan bodykit lengkap, GPS yang lengkap dengan kamera pandang belakang, tinted windows dan tempat duduk daripada kulit.

Comments

62 responses to “Harga Perodua MPV Alza”

  1. MOHAMAD IZZAR SHAH Avatar

    pok…ooh
    tahniah pada perodua lahirkan satu lagi produk automobil mpv yang
    amat membanggakan.Rekabentuk memang lawa dan sporty sesuai dengan mottonya kereta juga mpv.Inilah kereta serbaguna yang i amat impress sekali dalam semua keluaran mpv.amat berbaloi kualiti dan juga harga. i teruja sebab memang kengaman dari semua segi dan terus tempah model yang lebih maju dan dinamik yang akan dilancarkan mac tahun depan.Syabas kepada perodua!

  2. SygMalaYsia Avatar
    SygMalaYsia

    Tahniah perodua berjaya lancarkan kereta perodua baru.
    Seperti yang kita semua sedia maklum ALZa adalah bukanlah dicipta oleh
    perodua, ianya kereta yang dihasilkan hasil kerjasama antara toyota & Daihatsu..
    So jangan la minta besarkan kereta tu, panjangkan kereta tu,Tambah power engine..
    perodua tak mampu nak buat..melainkan toyota atau dahatsu keluarkan versi baru baru le perodua dapat manfaatnya.
    ape yang akan perodua mampu buat ialah tambah aksesori. Kita tunggu.

    1. riv Avatar
      riv

      @SygMalaYsia,
      Gua setuju ngan lu beb, mmg cantik keta Alza ni, tp sayang ianya bukan buatan Malaysia, pendek ceta copy n paste je huhu, x mampu nk design keta sndri huhuhu, ish3 sedih betui

  3. cassira Avatar
    cassira

    saya memang suka keluaran perodua..tak kira la apa orang nak kata….

    sekarang ada kancil saja untuk ke mana2..jimat dan murah…walau 660cc saja…dijaga dengan baik dan selalu servis

    walau kecik dan enjin hanya 660cc…tapi dapat juga naik bukit
    jika ada yang tahu keadaan muka bumi di kg kiapad inanam sabah..korang akan terkejut dengan kemampuan kancil ku

    sekarang saya berfikir untuk sebuah kereta lagi

    MyVI or Alza…yang lain tak mahu

    1. beliamuda Avatar

      @cassira, generasi kancil dah takde dah lepas ni…

  4. ZT Avatar

    incik belia muda, Alza neh bes x?
    Alza ke Exora bes?
    .-= ZT´s last blog ..:: Selamat Tahun Baru 2010 :: =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ZT, saya nak cakap pun susah sebab saya tak compare dua2.

  5. AlzaClub.my Avatar

    Join Perodua Alza Club now @ http://www.alzaclub.my.
    An Online Community/Forum/Club for Owners and Fans of Perodua Alza.

  6. uMMU hANIE Avatar
    uMMU hANIE

    bagaimana dengan aircond bahaian belakang? ada host khas atau dari depa je?? tingkap belakang boleh buka ke?

    1. beliamuda Avatar

      @uMMU hANIE, air-cond ada depan je. takde kat belakang. yg tingkap belakang sekali rasanya tak boleh bukak. mmg standard kereta MPV.

      1. cassira Avatar
        cassira

        @beliamuda,

        sejuk jugala

        saya sudah dapat alza saya..yang premium manual

        ok ja..sejuk saja di belakang tu…saya sudah test…alza saya tu kalau di sekolah parking memang tak de bumbung…apalagi panas la sehingga tengahari..tunggu saya abis waktu kerja..tengahari tu saya masuk dalam alza..kasi on kuat maksimum air con selama 2 minit…then tukar ke tahap dua

        then saya gi duduk seat ke 3…ala..terasa lagi angin tu blow muka saya…siap tergerak2 lagi tudung depan saya…

        tiada masalah bah air con dia samapai juga ke third row

  7. kundang Avatar
    kundang

    sebuah MPV @ kereta yg bagus,injin senyap,harga berpatutan,sy dh beli sebuah warna putih mutiara MODEL PREMIUM,memang power..tak menyesal siapa yg beli…sy trade in kereta proton waja tahun 2002,,,tp harga sedih beb jika nak dibandingkan dengan harga kereta jenis KELISA dan KENARI tahun yg sama…kenapa? Org yg nak beli WAJA tu tanya “U punya kereta Enjin yg mula-mula keluar atau Enjin Campro”.Sy tanya”Apa beza kedua-dua injin tersebut” Dia kata”Injin lama bagus tp campro susah mahu jual,harga pun tak bagus”

  8. takderkete Avatar
    takderkete

    lebih kurang ngan harga naza citra la pulak..

  9. uMMU hANIE Avatar
    uMMU hANIE

    siapa boleh beri komen perbandingan antara alza dan avanza? ansuran bulanan,interest,minyak, harga jualan selepas guna(2hand), pickup dan ciri2 keselamatan. terima kasih.

    1. cassira Avatar
      cassira

      @uMMU hANIE,

      gi tanya kawan2 yang ada avanza…kalau saya di sabah ni…saya tidak prefer beli avanza sebab di sini ia banyak betul digunakan sebagai bus penumpang

      alza tentu tak akan diguna sebagai kenderaan penumpang

      bagi saya pengguna alza yang baru 2 minggu

      minyak: (saya hari2 gerak dari rumah pergi tempat kerja..yang jauh dari kawasan bandar yang sibuk dengan trafic light dan jem ke kawasan kampung yang berbukit2…kira 50km pulang balik)
      lima hari bekerja…250km itu tak masuk saya singgah2 ke mana2 lagi

      hanya rm50 seminggu………full tank
      jumaat samapai umah dari tempat kerja blink2 sudah lamapu amaran minyak,begitula

      air con: tip top..third row pun masih rasa muka tu di kenakan air con

      tempat duduk selesa

      saya ni lagi gemuk..berat 90kg masih juga masuk itu alza bah

  10. Kot,e Avatar

    Sy nak bli new saga atau alza? Mana save minyak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge