9 Nyawa (RAM) – Kini Berada di Pasaran

Salam sejahtera buat semua.

9 Nyawa oleh RAM

Akhirnya, 9 Nyawa, novel terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM), Novelis Thriller Nombor 1 di Malaysia telah berada di pasaran mulai 24 November. Novel ini telah diberitahu akan menjadi tajuk seterusnya yang akan dikeluarkan setelah novel Mikhail yang berada di pasaran sejak bulan Mac yang lalu.

9 NYAWA
Harga: RM19.90
Halaman: 518
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-487-6

Sinopsis

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

poster-pesta-buku-alaf-21

Bagi peminat novel hasil karya RAM, anda boleh mula dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran ataupun secara pos melalui Alaf 21. Anda turut berkesempatan untuk mendapatkannya di Pesta Buku Alaf 21 yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Disember nanti.

Bagi pengguna Goodreads, anda boleh tambah novel 9 Nyawa ke dalam rak buku anda. Data-data untuk buku ini telah saya masukkan dan anda boleh lihat maklumat novel itu di sini [Goodreads – 9 Nyawa]. Jangan lupa untuk ulas tentang novel ini di sana jika anda telah membacanya.

Bagi yang sudah tidak sabar untuk mendapatkannya, anda boleh baca fragmen 9 Nyawa yang memaparkan prolog serta bab 1 hingga bab 5.

beliamuda: salah satu buku wajib baca dalam cuti semester ni… kalau ada peluang, saya akan ulas… err, buku Mikhail dulu pun tak terulas lagi… 😛

[Sumber: Kelab RAM dan Alaf 21]


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Comments

42 responses to “9 Nyawa (RAM) – Kini Berada di Pasaran”

  1. ZURANA AYU Avatar
    ZURANA AYU

    Tak sabar nak beli ni, besok jugak nak pg cari…semua koleksi ram aku ada, tp ada trilogi tomborio tak jumpa2 la…puas aku cari, tak jumpa…

    1. yuri Avatar
      yuri

      @ZURANA AYU, salam…yer ke??
      la…
      yuri suma pn ader taw koleksi ram….
      hehehehehhe
      cri….
      jgn x cri…
      syg 2….
      muahhhhhhh

    2. beliamuda Avatar

      @ZURANA AYU, yeay, dah beli dah.. hehe~

  2. yuri Avatar
    yuri

    salam suma….huhuh..cmner erk korng p pesta buku alf21????
    syok x??
    ader jmpa ram x???
    huhuhuh
    rugi tol yuri taw….
    huhuhuhuhuh

    1. beliamuda Avatar

      @yuri, hehe… tak pergi pun… tapi buku 9 Nyawa dah dapat… yeay~

  3. yuri Avatar
    yuri

    salam…hm…syok taw…sper2 yg lum bli 9nywa bli cpt2 taw…
    huhuh…cuti nie..x la boring lau ader benda nk wt..

  4. tieha Avatar
    tieha

    alaaa….
    mana aci..nak jgak baca 9nyawa…
    all RAM dah ade xcept Igauan Maut n 9Nyawa..
    huhuhuhu ;]

    1. beliamuda Avatar

      @tieha, tak beli lagi ke? rugi la…

  5. izzati Avatar
    izzati

    nak bace buku nih.tapi mane nk dpt..UK takde bku mlayu..tak pnah bli buku ramlee lambat

    1. beliamuda Avatar

      @izzati, sabo2. tapi buku 9 Nyawa ni buku Melayu paling laris minggu lepas.

  6. shimajb Avatar
    shimajb

    best ke klo bce ulang2??????????
    x bosan ke?

    1. beliamuda Avatar

      @shimajb, bergantung.

  7. […] cuma Cinta Sufi. Tajuk novel terbaru ini telah pun didedahkan dalam novel RAM yang terkini iaitu 9 Nyawa yang terbit suku akhir tahun […]

  8. zacky Avatar

    novel yang gempak….kat sini susah tol nak cari novel….nak tempah ngan alaf 21 la…harap novel nie terbaek la..
    .-= zacky´s last blog ..Adobe Photoshop CS4 Cybershop Edition 2010 [Multi] =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zacky, better tempah direct ngan Alaf 21 je la kalau payah nak cari.

  9. sailor peach Avatar
    sailor peach

    cmna nak tempah novel lama??

    1. beliamuda Avatar

      @sailor peach, hubungi pihak Karangkraf. Masa PBAKL tempoh hari, hampir semua buku RAM ada dijual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge