Bakal Dipertemukan Dengan Cinta Sufi (Novel RAM)

Salam sejahtera buat semua.

Trilogi-Bagai-Puteri-RAM

Jangan salah sangka. Tajuk novel terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) tu bukanlah sepanjang tajuk entri ni, tapi cuma Cinta Sufi. Tajuk novel terbaru ini telah pun didedahkan dalam novel RAM yang terkini iaitu 9 Nyawa yang terbit suku akhir tahun lepas.

Bagi peminat RAM, pastinya ramai merasakan tidak puas semasa membaca Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta). Manakan tidak, watak utama iaitu Laksamana Sunan seakan-akan dimatikan begitu sahaja dalam novel terakhir iaitu Hijab Sang Pencinta.

Pada pandangan saya, kekuatan novel ini begitu terserlah pada watak Laksamana Sunan yang dibina dengan baik dalam dua novel terawal, terutama Bagaikan Puteri. Pasti pembaca ingat dengan frasa ini, “Awan, kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba”

Dalam emel yang ditulis oleh RAM kepada KelabRAM, dia mengandaikan novel Hijab Sang Pencinta sebagai noktah kepada Trilogi Bagai Puteri. Namun, melalui emel dan SMS daripada peminat yang kecewa dengan kematian Saifuddin (nama sebenar Laksamana Sunan), RAM mengambil keputusan untuk menghidupkan kembali watak ini.

catlina3 cinta sufi RAM

Saifuddin dihidupkan semula dalam novel Cinta Sufi yang mula ditulis November 2009 dan dikatakan novel ini adalah new session kepada Trilogi Bagai Puteri yang dilanjutkan.

Berikut adalah petikan emel RAM yang disiarkan di laman blog RAMFC berkenaan ringkasan cerita Cinta Sufi;

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan…banyak lagilah.

Novel Cinta Sufi ini telah pun siap ditulis dan dicetak. Dijangkakan novel Cinta Sufi ini akan mula memasuki pasaran mulai daripada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010. Untuk menjadi yang pertama mendapatkan buku tersebut, jangan lupa untuk ke PBAKL tahun ni.

beliamuda: Novel selepas Cinta Sufi seperti yang dinyatakan oleh RAM ialah Rayyan Fantasi.

Gambar 1 adalah Trilogi Bagai Puteri milik saya

Gambar 2 diambil daripada RAMFC

19 thoughts on “Bakal Dipertemukan Dengan Cinta Sufi (Novel RAM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge