Salam sejahtera buat semua.
Akhirnya, 9 Nyawa, novel terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM), Novelis Thriller Nombor 1 di Malaysia telah berada di pasaran mulai 24 November. Novel ini telah diberitahu akan menjadi tajuk seterusnya yang akan dikeluarkan setelah novel Mikhail yang berada di pasaran sejak bulan Mac yang lalu.
9 NYAWA
Harga: RM19.90
Halaman: 518
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-487-6
Sinopsis
INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.
HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?
Bagi peminat novel hasil karya RAM, anda boleh mula dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran ataupun secara pos melalui Alaf 21. Anda turut berkesempatan untuk mendapatkannya di Pesta Buku Alaf 21 yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Disember nanti.
Bagi pengguna Goodreads, anda boleh tambah novel 9 Nyawa ke dalam rak buku anda. Data-data untuk buku ini telah saya masukkan dan anda boleh lihat maklumat novel itu di sini [Goodreads – 9 Nyawa]. Jangan lupa untuk ulas tentang novel ini di sana jika anda telah membacanya.
Bagi yang sudah tidak sabar untuk mendapatkannya, anda boleh baca fragmen 9 Nyawa yang memaparkan prolog serta bab 1 hingga bab 5.
beliamuda: salah satu buku wajib baca dalam cuti semester ni… kalau ada peluang, saya akan ulas… err, buku Mikhail dulu pun tak terulas lagi… 😛
[Sumber: Kelab RAM dan Alaf 21]
Dapatkan Buku Percuma Di Sini!
aku baru baca Mikhail…
best
.-= hazwan´s last blog ..Last Paper =-.
@hazwan, aku nak ulang baca Mikhail balik lah.. nak wat reviu~
@hazwan, dah baca RAM Bagaikan puteri, cinta sang ratu, Hijab sang pecinta ? tiga2 tu lagi best…x puas baca walau dah banyak kali ulang..sampai dah nak lunyai kulit buku…
@azie, kalau best baca yg tu, wajib tunggu untuk Cinta Sufi.. 🙂
ada ke Cinta Sufi?itu sambungan Laksamana Sunan ke????
@Adelina, rasanyalah… ada RAM tulis dalam buku 9 Nyawa tu…
ye! nantikan smbungan trilogi nih…trilogi yang menyengat! Harap-harap kali ni lebih menyengat! 🙂
saya dh bc mikhail dn lain2… nak jer balik mlysia beli. ad ke syrikt2 buku nk antar ke luar ngra. kl ad pn, msti caj yg tnggi…
huh *sigh* sedey lar……
9 nyawa….
.-= nur akmal´s last blog ..Iman mempamerkan akhlak… =-.
@nur akmal, baca fragmen pun ok jugak.. hikhik.. hmm.. dengar kata, kat KB tak sampai lagi.. tak tubik cari lagi..
karya Ramlee A. Murshid mmg sgt berbaloi-baloi utk dibeli & dibaca…tp naz selalunya pinjam kt library ja, hehe 😀
.-= nazra´s last blog ..Apabila mak suruh cari calon suami. =-.
@nazra, apalah naz ni..belilah boleh buat koleksi…I geram sangat koleksi novel RAM I ada 2 novel orang pinjam, pakai ambil kat rak jer tapi x cakap, pastu x pulang, sampai sekarang….
@azie, tu yang parah tu. pinjam tak reti nak hantar… -_-“
@beliamuda, @azie, org2 mcm tu kena sound direct to the point ja..
.-= nazra´s last blog ..Kalau dah namanya LELAKI. =-.
@nazra,
xpun pegi serang jee…ske ati je nak amik ksayangan org..
beli snirik xmau..
xpun curik blek n buat2 tanye kat dye..
mau kalut..hak9…
pergggh kena dapatkan ni. thanks for sharing bro!
.-= Syed Akmal´s last blog ..dapatwang.com bukan scam! jangan ragu ragu lagi. =-.
mcm stephen kings..
karya die bez2…
huhu…lme dh xbce karya ramlee awang murshid nie..
asyk duk ngadap buku food je..haha..
cpt2 wt ulasan je..
xsbr nk bce ulasan nye..=]
.-= whitedaisy´s last blog ..tag dari anem =-.
@whitedaisy, nnt dah dapat buku tu, bila dah siap baca, akan dibuat.. kalau tiada aral melintang..
salam..suma bok ram mmg best gila ler…yuri dh bc suma pn…
and ader koleksi pn..suma bok ram…hehehe..
@yuri, wah.. best la ada sume.. ni pun takde sume.. tak baca sume lagi.. tgh mencari2 lagi..
tak sabo nak beli 9 nyawa..baru baca synopsis..jantung dh berdebar2…fuhh..dasyat tul hasil karya abg RAM kite nie… boleh bikin hati kaco…tapi masalahnye..kat kb nie tak smpi2 lagi stok buku RAM yang terbaru nie..haihhh.tension2 coz kena tunggu…+_+
@wani, tak sampai lagi ke kat KB? saya pun nak cari kat situ jugak nih…
huhu..yuri skrng nie final exam la..x leh la nk p pesta bku alf21 t…time 2 tgh ader paper 4-6hb..hrp la t lau ader g yuri dpt p…nk sgt2 la….
@yuri, all the best untuk final exam.. semoga sempat dapat beli buku tu sebelum habis.. 🙂