PMR: Selamat berjuang kepada pelajar Tingkatan Tiga

Salam sejahtera buat semua.

Image056.jpg

Malam itu, kami semua berdebar-debar. Sebagai batch pertama pelajar MRSM Transkrian yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), kami sebenarnya dibebani dengan tanggungjawab untuk menetapkan satu standard buat pelajar selepas kami.

Jumlah pelajar yang hampir dua kali ganda daripada jumlah pelajar di MRSM lain yang menduduki PMR, dua pusat peperiksaan dibuka. Satu di dewan besar dan satu lagi di bangunan akademik pelajar tingkatan tiga. Maklumlah, pelajar yang asalnya patut menjadi pelajar MRSM Kampung Gajah yang kini dikenali MRSM Pasir Salak (termasuk saya) dipindahkan ke sini atas sebab-sebab masalah keselamatan.

Kalau sebut persediaan, daripada segi akademik, semuanya telah berada di tahap optimum. Segala soalan spot dan target yang dijangka keluar telah ditelaah lebih daripada yang lain. Slip peperiksaan juga telah dilaminate untuk mengekalkan kekemasannya. Oh ya, jangan lupa untuk bawa slip peperiksaan dan kad pengenalan masa PMR. Kan tak pasal-pasal kena halau. Alat tulis pastikan semuanya telah tersedia.

Kalau bernasib baik, ada beberapa orang pelajar yang akan dipanggil bagi menandatangani bungkusan kertas soalan sebagai pengesahan bungkusan itu masih belum dibuka. Saya berpeluang untuk melakukannya pada kertas terakhir pada PMR tahun itu iaitu kertas Kemahiran Hidup. Sekadar menyemak sama ada bungkusan itu masih lengkap tertutup dan dibuka di depan mata saksi-saksi terpilih ini.

Cuma, kertas Kemahiran Hidup pada tahun itu ada kesilapan pada satu soalan (gambar rajah). Gantiannya, setiap pelajar diberi sehelai kertas yang ada gambar yang kecil itu. Semasa kertas itu dikutip semula, ada sedikit masalah. Yang menjadi mangsa adalah kami, padahal itu adalah kesilapan arahan yang dikeluarkan oleh ketua pengawas peperiksaan dan disalah tafsir oleh pengawas-pengawas peperiksaan yang lain.

Kepada pelajar yang akan menduduki PMR, termasuk adik dan sepupu saya, semoga berjaya! Untuk melihat jadual PMR 2009, anda boleh lihat di sini (dalam format PDF). Untuk soalan spot bagi kertas Sains dan Pendidikan Islam, anda boleh lihat di sini. Jangan studi yang spot sahaja ya. Cuma tumpu lebih je.. 🙂

beliamuda: pesan abang, studi smart dan jangan lupa untuk berdoa… selepas berusaha dengan gigih, bertawakkallah~

Comments

33 responses to “PMR: Selamat berjuang kepada pelajar Tingkatan Tiga”

  1. ikin Avatar
    ikin

    ecece~
    encik belia cam terbangge yeh dapat sign initial utk ketas periksa 😀

    saye sampai masuk univ pon tapenah ade peluang. ekeke. tapi kalau sign kat ketas periksa sendiri pun okeh gak 🙂

    btw, goodluck jugaakk kat adik2 PMR. saye dah lepas 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, peluang datang sekali je.. hehe..

  2. azizan4444 Avatar

    hebat demo boh buleh sign2..huuu..kawe hok paling minat mase exam tu skodeng maria farida…ad sorg pengawas tu sebjik cm maria farida..haha..

    semoga berjaya pada anak2 melayu..

    1. beliamuda Avatar

      @azizan4444, mesti terganggu konsentrasi… haha~

  3. nazra Avatar

    adik-adik, dengarlah nasihat “abg” itu, semoga beroleh kejayaan yg diidamkan ^__^
    .-= nazra´s last blog ..Aku, Kau & Curang =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, hah, kakak pun dah bersuara~

  4. loq Avatar

    aku ade gak sepupu PMR..
    PMR tak sebest macam tahun yg lepas2 lah..
    nak best PMR dulu baru raya lepas tu cuti..haha
    .-= loq´s last blog ..Kenangan Raya Tahun 2009 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @loq, masa aku lagi best.. habis sebelum puasa lagi.. habis tu terus cuti dan lepak kat rumah je..

      1. syahida Avatar

        @beliamuda,rasa seram plak nak pg ambik keputusan pmr…… camner nie???????????????

        1. beliamuda Avatar

          @syahida, banyakkan berdoa dan terima je apa keputusannya nanti.

          1. syahida Avatar

            @beliamuda,ida nak tanye ckit ida nak panggil ape kat wak nie ek???????

          2. beliamuda Avatar

            @syahida, boleh baca lebih lanjut di sini >> http://beliamuda.com/mengenai-penulis/

      2. syahida Avatar

        @beliamuda,tlong doa kan untuk ida, mudah2han ida dapat keputusan yang cemerlang k…….

        1. beliamuda Avatar

          @syahida, semoga ida dapat keputusan yang cemerlang. amin.

  5. MrRoll Avatar

    oh..thx for link site..tapi skrang ni tengah down…huhu

    1. beliamuda Avatar

      @MrRoll, oh, kalau tukar link lain, inform eh.. mungkin sempat lagi nak update link baru tu.. 🙂

    2. ida Avatar

      @MrRoll, hai…………….

  6. di Avatar

    cite ni tol ke

    1. beliamuda Avatar

      @di, ni bukan cerita…

  7. sha Avatar

    huh….berdebarnya nak exam pmr hari rabu nie..macam mana lah nak wat tak over confident..lepas habis jer exam. nak rilex sepuas-puasnya..hahaha
    .-= sha´s last blog .. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @sha, jangan overconfident, tapi yakin dengan diri.. cukup dengan persediaan, banyakkan berdoa. Tawakkal di atas usaha yang telah dilakukan.. semoga berjaya~

  8. NANA Avatar
    NANA

    wah b’debar asewnya nk exam hari rabu ni..
    nana lom ready lagi nk exam..
    hehehehe..
    hari rabu niy exam pmr n bezday nana…
    hehehee..
    nana sllu b’hrap present bezday nana niy adlah kputusan pmr yg cmerlang..
    cayok.cayok!!!

    1. beliamuda Avatar

      @NANA, jangan berdebar sangat, tapi yakin dengan diri.. cukup dengan persediaan, banyakkan berdoa. Tawakkal di atas usaha yang telah dilakukan.. semoga berjaya~

      Hepi belated birthday.. (^_~)v

  9. […] ni dah masuk hari kedua pelajar Tingkatan 3 di seluruh Malaysia menduduki PMR. Alhamdulillah, tiada pelajar yang mengambil peperiksaan di hospital (berdasarkan berita Utusan […]

  10. frustedguz Avatar
    frustedguz

    taOwn ney Pmr cam OK j…..p xtauw la law dak2 len an,,ermm,,gud luck 2 all pmr candidates,,!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge