Sambutan Meriah di Parit Buntar Inn

Salam sejahtera buat semua.

Parit Buntar Inn
Parit Buntar Inn, gambar lama…

Setelah membelah Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Puchong ke UNITEN kemudian terus Parit Buntar Inn selama lima jam, kami disambut dengan meriah di sini. Persinggahan pertama di RnR Rawang membolehkan kami bertemu dengan rakan-rakan lain yang turut dalam perjalanan ke sini dan kali kedua kami singgah sebentar di Hentian Sebelah Bukit Gantang.

Tanpa disangka, ada sambutan meriah sebaik sahaja kami tiba di Parit Buntar Inn. Jalan masuk (sehala) ke laluan depan Parit Buntar Inn sesak dengan kereta memarkir di kiri dan kanan jalan.

Continue reading

Ranking MRSM untuk Keputusan SPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Ranking MRSM dalam keputusan SPM 2011!]

logo MRSM

Akhirnya, kedudukan penuh bagi seluruh Maktab Rendah Sains MARA di Malaysia dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah pun diketahui. Pasti bekas-bekas pelajar, alumni dan ahli Anak Sains MARA (ANSARA) ingin mengetahui bagaimanakah prestasi MRSM masing-masing.

Ranking ini disusun berdasarkan Gred Purata Maktab (GPM) yang dikira daripada keputusan SPM setiap pelajar. Untuk 7 MRSM paling cemerlang SPM 2010, anda boleh semak untuk GPM setiap MRSM terbabit.